(16 tahun yang lalu)
"Haidar! Haidar!"
Seruan semua orang mencari budak lelaki yang bernama Haidar. Malam yang hujan lebat. Sekeluarga pergi mencari 'Haidar' dari rumah hingga ke tepi jalan. Dari pagi hingga ke malam budak itu tidak balik dari bermain, pada malam maghrib itu lah sekeluarganya pergi mencarinya.
"Mommy!"
"Hazel! Duduk dalam kerata, jangan keluar!"
Datin Hanessa menghalang anak gadis nya keluar dari kereta untuk mengelakkan risiko padanya.
"Tapi mommy, Hazel nak abang!"
"Hazel dengar sini. Dekat sini bahaya, biar mommy, daddy, Pak Ham dan Kak Jun cari abang, ye sayang? Hazel tunggu dalam kereta ye?"
Datin Hanessa menutup pintu kereta dan mengambil payung serta lampu suluh untuk mencari anak lelakinya. Hazel terperangkap di dalam kereta yang mewah seorang diri, dia juga agak takut duduk seorang diri. Hanya seorang sahaja yang boleh menenangkan hatinya, tapi waktu sekarang orang itu tiada di sisinya.
"Haidar! Haidar! Tengku Haidar Zayyan!"
"Tuan muda! Tuan Haidar!"
Pak Ham menyalakan lampu suluhnya ke arah semak di tepi jalan. Kawasan itu adalah hutan tebal, Pak Ham memasuki hutan itu dan berjalan ke hadapan sedikit.
"Pak Ham! Jangan pergi dekat situ!"
Amaran oleh Tengku Hassanal Zamri kepada Pak Ham. Pad Ham memerhati sekeliling dan terjumpa tubuh budak lelaki yang berbaring pengsan di atas semak yang berduri. Badan nya sejuk kerana terkena air hujan yang begitu lama.
"Tengku! Saya dah jumpa dia!"
--
Apabila sampai sahaja di hospital, doktor mengesahkan bahawa budak itu tiada luka yang parah tetapi luka yang sederhana. Datin Hanessa dan Tengku Hassanal Zamri berasa lega apabila mendengar penjelasan dari doktor tersebut.
"Daddy, abang bangun ke nanti?"
tanya Hazel sambil memegang tangan si abang nya yang sejuk. Tengku Hassanal yang memangku Hazel, kini mengusap rambut anak perempuannya.
"Inshaallah, daddy yakin abang akan bangun nanti. Abang tengah rehat tu, sabar ye sayang?"
Tengku Hassanal mencium kepala anaknya dan melihat kembali pada anak lelaki yang dia hargai. Hazel menggengam tangan abangnya dengan erat akibat rasa risau dan sedih.
"Hazel rindu abang. Bangun lah..."
"Abang..."
YOU ARE READING
Haidar & Hazel (A)
Sonstiges|| Tengku Hazel Zahyan x D. Damian Aaron || Bertengkar dua adik beradik ini tidak sampai ke tua. Ada juga part yang diorang bersweet-sweet. "Abang. Abang kena janji dengan Haz. Jangan tinggalkan Hazel kerana cinta tau. Walau apa pun jadi, abang tet...