~ 4 🍂

2 0 0
                                    

Tengku Hazel merenung jauh ke luar tingkap kelasnya. Kedudukan mereda adalah tiga tiga. Tengku Hazel ialah orang yang pertama yang akan di tegur oleh guru kerana mejanya berdekatan dengan meja guru. 

Angin yang sempoi berlalu ke wajahnya. Semua kelas bising kerana tiada guru, menunggu guru ganti tapi belum ada ketua kelas. Guru kelas pula cuti bersalin pada bulan ini. Biasalah baru Form 1, ada yang berborak tentang sekolah baru, ada yang borak pasal senior lah.

Yang membuatkan mereka semua kecoh pada masa ini ialah pergaduhan antara dua kekasih dari sekolah rendah. Mereka selalu membuka mulut tetapi Hazel hanya diam diri dan menunggu waktu rehat. Melihat ke arah tingkap dan merenung padang sekolah yang kering kontang itu.

"Ayang! Cakap betul-betul! You curang dengan I ke?!"

"Tak! Mana ade!"

"Tipu! I cari orang lain!"

Itu lah, dah mula dah. Semua dalam kelas terdiam melihat aksi drama yang akan menanti. Imani dan Johan kini sudah berperang, yang masih bertenang ialah Hazel. Peduli apa dia?

"Sabar Mani, sabar." Salah seorang rakan Imani menenangkan hati sahabatnya yang telah luka.

"You cakap betul-betul, Han, kita dah 2 tahun bersama. Siapa perempuan yang you curangkan I!?"

"Woi! Bising siot!"

Salah seorang pelajar senior dari group nya mengacau cerita drama ini, mereka hendak ke makmal dan saja mahu melihat adik comel junior ni.(Ewuk!)

"Diam lah!"

Serentak mereka bertiga mengamaran kan senior senior yang mengejek mereka. Ini kelas pertama, kelas 1 Tengku, patutnya memberi contoh yang terbaik. Bukan ini...

"You, you cakap betul betul. Siapa perempuan yang you edit jedag jedug dekat dalam status Whatsapp?"

"Fine, you nak sangat kan? I bagi tahu."

"Jap, jedag jedug?" Healing Hazel terganggu apabila dengar perkataan 'jedag jedug'. Dia pun bertanya kepada rakan belakangnya, Suhaila.

"Wey, Su. Kenapa diorang tu?"

"Biasalah, jantan tu dia pergi letak gambar sorang perempuan dalam status Whatsapp, katanya orang kelas kita, pastu dia pergi buat jedag jedug dengan gambar tu."

Tengku Hazel terkejut, ini kali pertama dia mendengar gosip dari rakan sekelasnya.

"Siapa orang nya?"

"Faceless, takkan kau tak tahu?"

"Aku tak save nom satu kelas pun."

Tengku Hazel kembali merenung tingkap dan Suhaila menyambung kerjanya.

"Siapa? Cakap lah!"

"Tak boleh dia ada dekat kelas ni!"

Hazel mengambil botol air miliknya dan membuka penutup untuk minum, cuaca pada hari ni agak panas ye?

"I tak kesah, I nak tahu juga siapa perempuan yang you suka sekarang ni!"

"Fine, nama dia Hazel!"

"Pftt-!"

Tersembuh air yang diminumnya selepas mendengar nama disebut. Semua pandangan mengalih ke arah Tengku Hazel. Habis lah kau, Haz.

"Kau!"

Katanya garang.

"Eh eh, apa ni! Aku tak tahu apa-apa!"

Lelaki itu sememangnya tidak sengaja memetik namanya, Hazel memandang wajah serba salah Johan dan kemerahannya. Eww! Siapa nak dia lagi?

Imani mendekati Hazel dengan muka yang tidak bersalah dan menghentak tangannya ke meja Hazel. Dengan muka merah menahan marah akhirnya Imani menghembus nafasnya dan memandang mata hazel milik Hazel.

"Kau nak-"

"Tak nak."

Dengan pantas Hazel menjawab, apa punya soalan?

"Ti-"

"Kau gila aku nak dengan mamat tu, aku pun tak tahu dari mana dia dapat gambar aku. Aku pun tak de nombor dia, lagi pun type aku orang tua."

Hazel memberi penerangan yang jelas yang dia tidak suka pada lelaki itu. Imani terkejut dengan jawapan Hazel, belum habis bertanya dia sudah tahu apa yang dia mahukan. Hazel tiada niat untuk merampas kekasihnya, walaupun dia tidak kenal lagi siapa classmate nya dan dia dulunya home school. Entah dari mana budak lelaki itu mendapat gambarnya.

"Are you sure?" 

"Yes."

"Cikgu, cikgu datang!"

Salah seorang rakan sekelasnya memberitahu kedatangan gurunya. Mata Imani masih tidak lepas dari matanya. Seolah mahu merusuk jiwa wal hal Hazel tidak merasanya. Semua kelas berkelang-kabut duduk ke tempat masing-masing termasuklah Johan. Imani mengundur dari tempat nya dan duduk di sebelahan Johan. Guru kelas tidak membuat tindakan lagi, so semua kelas dapat duduk dengan rakan-rakan mereka.

--

"Roslan! Sini!"

Bola yang di sepak oleh rakan pasukannya di sambut oleh Tengku Haidar. Dia melepasi halangan pasukan lawan yang cuba menghalang nya dari menjaringkan gol.

Masa berbaki 1 minit lagi sebelum tamat perlawanan, Tengku Haidar membuat sepakkan jauh memandangkan pasukannya cuba untuk menghalang pasukan lawan agar tidak mengganggu jaringan gol pasukannya.

PIT!

Masa pun tamat dan pasukan Haidar mendapat jaringan gol yang terakhir. Mata pasukannya mendapat 3 mata dan pasukan lawan mendapat 2. Ini baru latihan, sekolah mereka akan diadakan perlawanan bola sepak untuk sesi akhir pada tahun lepas kerana perlawanan pada tahun lepas dibatalkan kerana urusan tertentu. 

Kebanyakannya pasukan sekolah ini ber tingkatan 2, 3 dan 4, malangnya tingkatan 5 tidak dapat menyertai pasukan sekolah dan memberi perluang untuk mereka fokus pada SPM yang akan diadakan. Masa pun sudah tamat, mereka terus keluar dari padang.

"Bagus doh kau, final ni kau main la?"

Roslan menepuk bahu Tengku Haidar dan membawa dia ke astaka untuk berehat seketika sebelum pulang.

"Tengok lah, kalau aku boleh join, join lah"

Tengku Haidar mengambil botol airnya dan minum air tersebut lalu menyiramkan kepalanya dengan air tersebut.

"Woi! Basah beg aku! Hahaha."

"Wey, sorry doh. Tak perasan, haha"

Beg Roslan separuh basah akibat terkena air tadi.

"Dar, kau nak balik ke sekarang ni?"

"Haah, aku kena balik awal sebab parents aku nak melawat makcik aku kat hospital. Aku pergi dulu eh, Lan."

"Iyelah bro, baik-baik."

Tengku Haidar mengambil beg baju basahan dan beg sekolahnya lalu pergi dari situ.

"Abaanngg!!"

Kedengaran jeritan panggilan seseorang, Tengku Haidar menoleh ke arah suara itu. Tengku Hazel berlari dengan pantas menuju ke arah abangnya.

"Abang! Eew... Mesti Pak Ham buka tingkap lagi ni."

Tengku Haidar menjeling tajam pada adiknya. Saja adiknya mengusik abangnya.

"Aku siram air lah, bukan peluh aku pun."

"Iye lah tu, tapi tetap juga Pak Ham buka tingkap kereta lagi! Sebab abang dah busuk dengan peluh!"

Ejeknya tadi.

Tengku Haidar mengangkat lengan nya dan perlahan-lahan mendekati diri ke Tengku Hazel.

"Eh, eh, apa ni! AAA! Raksasa ketiak busuk!!"

Tengku Hazel berlari menjauhi Tengku Haidar.

"Sini kau!"

Mereka bermain kejar-kejar sehingga ke tempat perhentian bus untuk menunggu Pak Ham mengambil mereka.

"Abang! Busuk lah!"

"Kau ejek aku lagi kan, ini makannya. Hahaha!"

Haidar & Hazel (A)Where stories live. Discover now