Selepas selesai barangan yang telah dikirim oleh Aaron sahabat Tengku Haidar, dia terus ke dekat runcit yang bersebelahan dengan stesen minyak. Dia mengunyah perlahan-lahan roti jagung yang baru dia beli dan duduk di hadapan kedai tersebut.
Kesan lebab di tepi bibirnya akibat melawan Aaron tadi. Bukan di bibirnya sahaja, hampir keseluruhan badannya lebab akibat dipukul dan ditendang. Tak sangka pula dia yang jadi mangsa, sahabat yang mendera sahabat baiknya sendiri. "Kau memang pembawa sial, Aaron!"
Bisik hatinya yang geram dengan tindakkan sahabatnya yang terpengaruh dengan dadah. Sial! Siapa sangka?
Flashback
Motor Tengku Haidar di parking di sebelahan dengan motor geng Aaron, Dia berjalan mendekati Aaron dan rakan-rakannya dengan membawa satu bungkusan yang dibalut dengan plastik hitam.
Tengku Haidar bergenggaman dengan bungkusan itu dan campak ke arah Aaron yang sedang duduk santai di tepi bangunan terbiar sambil menikmati mengisap rokoknya. Dengan rasa geram, Tengku Haidar menyepak kasut sahabatnya sehinggakan rokoknya terjatuh.
"Kau beli apa ni, sial!?"
"Relax, brother, relax."
Aaron mengambil bungkusan itu dan menyerahkan pada rakan gengnya. Apabila sampai sahaja bungkusan itu di tangan rakannya, semua geng menyerang bungkusan itu seperti kelaparan sesuatu.
"Aku dah bagitahu kan? Jangan buka bungkusan tu. Degil jugak eh kau ni." jawabnya tenang dengan nada yang memainkan peranannya. Tengku Haidar sudah tidak boleh membiarkan apa yang merosakkan sahabatnya ini, jadi Haidar cuba untuk melihat isi bungkusan itu, dadah.
Bungkusan itu di penuhi dengan dadah yang dari serbuk putih. Dari manakah sahabatnya ini mendapat barang sebergini? Berani betul dia membelinya!
"Aku tanya, dari mana kau dapat benda macam ni, sial?!"
Aaron bangun dan mendekati tubuh Haidar. Mereka hampir sama tinggi tetapi Aaron lagi tinggi darinya. Wajah Aaron tidak ubah, tenang sahaja. Rasa marah itu pasti sudah terbenam di hatinya.
"Kau, aku, dah lama berkawan. Kau kalau nak join group aku pun boleh, tapi satu syar-"
"Aku tak nak join lah bodoh! Aku tanya dari mana benda tu datang!"
Tengku Haidar menolak kasar tubuh Aaron ke belakang.
"Bapak aku punya lah, bab*!"
Tangan Aaron terus mencapai dan menggenggam colar baju Tengku Haidar, rasa marahnya hampir terkeluar. Tapi Tengku Haidar tidak takut padanya, dia hanya menunggu sahabatnya tenang baru dia mulakan sesi seterusnya. Kalau dalam keadaan macam ni, Malaikat Maut sudah mengambil langkah untuk manarik nyawa.
Aaron melepaskan colar baju Tengku Haidar dan kembali tenang, dia faham cara untuk mengelakkan diri daripada kena penumbuk nya. Aaron mengundur sedikit dan mengambil kotak rokok di dalam poketnya.
"Bila kau nak berhenti semua ni, Ron. Kau tahu mende ni bahayakan nyawa kau, nasib aku tak bertindak nak report polis pasal ni."
"Kalau kau buat pun, kau juga yang kena sekali."
Mulutnya disumbat dengan sebatang rokok dan nyalakannya. Tengku Haidar masih geram dengan sikap buruk sahabatnya. Dia melihat kembali rakan-rakan Aaron yang sedang berseronok mengisap dadah, tetapi dia hairan pada sahabatnya.
"Ron, asal kau tak join sekali? Bukan kau ketua diorang ke?"
"Kalau aku join, dah lama aku rembat adik kau bawa balik rumah aku."
Mereka tidak bergurau, memang betul niat dia. Mereka tidak bersantai, mereka sedang menahan baran mereka. Mata mati mereka bertentangan. Tengku Haidar sudah tidak berpuas hati dengan sahabatnya, adiknya dia nak rembat?
"Eh, gatal. Kau simpan sikit niat gatal kau tu."
"Relax lah bro, aku pun belum tahu muka adik kau cantik ke tidak. Kalau dia boleh lawan awek aku yang ke-15, aku amik dia."
Telinga Tengku Haidar sudah panas mendengar kata-kata Aaron. Ini bukan sahabatnya dulu.
"Iye lah, mana tahu dia dah upgrade dia punya badan, lagi slim, lagi sexy~"
Penumbuk Haidar sudah meletak di pipi Aaron, dia tidak menyangka yang dia akan buat tindakan secepat dan tiba-tiba itu. Aaron sudah tidak sabar, gunung berapinya sudah meletup. Apa lagi, mereka pun bergaduh, tumbuk sana, tumbuk sini, tendang sana, tendang sini.
"Kau jangan nak gatal dengan adik aku! Sialan!"
Buk!
End Flashback
Tepi mulut Tengku Haidar mula mengalir darah, darah nya yang warna kecairan itu di isap perlahan olehnya.
Dia mencapai helmet nya dan menyarung sarung tangannya. Dia tidak pernah lupa apa yang sahabatnya katakan padanya. Kata-kata itu bermain di fikiran, 'Aku akan pastikan dia jatuh ke tangan aku. Aku akan buatkan dia mabuk untuk aku.'
Dia mesti pastikan Hazel ada di sisinya, dia takut akan tindakan Aaron padanya. Entah-entah, dia cuba untuk tilam belakangnya. Tengku Haidar menaiki motornya dan pulang ke rumah.
Hampir pukul 1:00 pagi dia di luar pagi buta ini.
"Assalamualaikum..." bisik Tengku Haidar sambil menutup kembali pintu rumah mewahnya.
Perlahan-lahan memusingkan badannya ke arah pintu rumahnya. Dia perlahan-lahan menanggalkan helmet, kasut dan meletakkan ke atas rak kasut sebelahannya.
Pak!
Apabila mendapat rasakan bahunya di tepuk, Tengku Haidar perlahan-lahan memusingkan badannya ke arah belakang. Bertelekung putih, wajah putih, dengan senyuman yang menyeramkan terpapar di wajahnya.
"AARRGGHH!!!"
"AYAM MASAK MERAH, MERAH ANAK CHE MUN, JODOHNYA TAK SAMPAI KE THAILAND!"
Tengku Haidar terhenti menjerit seketika mendengar latah Hazel tadi.
"Haz!?"
"Abang!?"
"Haz, buat apa malam buta ni? Tak tidur lagi?"
"Malam buta nenek kau! Dah pagi buta, buta! Bawa jalan-jalan tak ajak."
Tengku Haidar mengeluh perlahan melihat pakaian adik perempuannya, apalah dia cosplay hari ni.
"Ni, kau cosplay apa ni?"
"Hah?"
Tengku Hazel melihat sekeliling ruang tamu dan kembali ke pandangan abangnya.
"Aku? Cosplay? Nenek kau! Aku pakai face mask lah!" Jeling Tengku Hazel pada abangnya.
"Ade ade je kau ni, dah aku nak tidur."
"Abang, mana lollipop Hazel?"
Tengku Haidar menyeluk sesuatu di poket jaket dan mengeluarkan segugus lollipop dan beri kepada adiknya.
Tengku Hazel tersenyum mengambil lollipop itu dan terus ke atas biliknya. Haidar hanya menggelengkan kepalanya atas sikap adiknya yang manja itu.
Tengku Haidar menaiki tangga ke biliknya untuk tidur, satu pesanan dari mesej nya terpapar di screen telefonnya di tangan. Dia membuka dan satu pesanan dari orang yang dia dendam. Hati Haidar sudah geram dengan perangai sahabatnya.
Aaron:
"Kalau kau tak jaga adik kau baik-baik, biar aku jagakan adik kau untuk aku dan kau"
YOU ARE READING
Haidar & Hazel (A)
Sonstiges|| Tengku Hazel Zahyan x D. Damian Aaron || Bertengkar dua adik beradik ini tidak sampai ke tua. Ada juga part yang diorang bersweet-sweet. "Abang. Abang kena janji dengan Haz. Jangan tinggalkan Hazel kerana cinta tau. Walau apa pun jadi, abang tet...