~2 🍂

7 0 0
                                    


"Assalamualaikum! Kitorang dah balik!"

Tengku Hazel dan Tengku Haidar memasuki rumah dan melihat Datin Hanessa dan Tengku Hassanal Zamri sedang duduk di sofa ruang tamu.

"Eh, awal daddy balik?"

Tanya Tengku Haidar pada Tengku Hassanal yang baru balik kerja officenya.

"Saje balik awal sikit, nak tengok muka anak dara daddy masuk sekolah macam mana."

Mereka berdua duduk di samping Datin Hanessa dan Tengku Hassanal. Melihat anak daranya gembira semestinya ada cerita yang ingin dia kongsikan.

"Daddy!"

"Iye, sayang. Ada apa cerita hari ni?"

"Tadi dan Hazel dapat kawan baru, nama dia Dewi, dia orang India. Tapi Hazel tak kesah pun, lagi satukan daddy, dia kata ayah dia pun kerja dengan daddy juga! Betul ke?"

"Wah, dapat kawan sejenis kaum! Hebat anak mommy buat kawan."

Datin Hanessa meletak kembali secawan teh nya ke meja agar tidak tumpah di mana-mana tempat. Satu senyuman yang indah dipaparkan di wajah Datin Hanessa setelah mendengar cerita Hazel tadi.

"Hmm, daddy pun ramai juga perkerja India ni. Cuba Hazel bagitahu nama ayah dia sape?"

"Nama ayah dia... err... Hazel lupa nak tanya."

"Ptff! Aik? Seronok sangat dapat kawan sampai lupa nak tanya?"

Tegur Tengku Haidar sambil mengejek melihat adik perempuannya yang pelupa itu.

"Mana lah nak ingat! Kitorang lain kelas lah. Itu pun tak tahu, Hmph!"

"Haish, budak ni. Ade jugak aku sumbat kepala kau dalam longkang nanti."

Omel Tengku Haidar dalam hati yang kental itu. Riaksi muka makin purda mendengar jawapan adiknya dan mengingati pesanan Pak Ham tadi. Musibah Haidar, kau kena kental!

"Hm, Haidar nak mandi."

"Tak nak minum petang dulu ke nak?"

"Nanti lah mommy, Haidar perpeluh banyak ni."

"Haah mommy, sampaikan tingkap kereta kena buka sebab Pak Ham tak tahan nak bau peluh yang busuk abang tu."

Datin Hanessa dan Tengku Hassanal tertawa mendengar penjelasan Hazel. Haidar sudah kemerahan muka apabila mendengar ayat-ayat dari mulut adiknya.

"Haidar masuk dulu."

"Tunggu kau dik, aku humban kau dalam kuali nanti."

--

Pada malam itu, setelah selesai madan malam bersama keluarga. Datin Hanessa menolong Kak Jun mengemas dapur dan ruang makan. Mereka tidak menyewa banyak pembantu, hanya Pak Ham, Kak Jun, Aunty Dabi dan Pak Wan yang ada di rumahnya. 

Pak Ham berkerja sebagai pemandu dan juga tukar jaga kebun bunga, sama juga dengan Aunty Dabi. Kak Jun yang baru berusia 30 lebih, menyiapkan bahagian dalam rumah bersama Aunty Dabi. Pak Wan pula ialah kerja sebagai pak guard di pagar luar rumahnya. Itupun sudah bahagia bagi mereka. 

Tengku Haidar menuruni tangga dan menge-scroll mesej Whatsapp sekiranya ade maklumat sekolah atau rakannya. Apabila dia memandang ke ruang tamu, melihat beg plastik parcels bersepah di atas meja ruang tamu.

"Allah, sape kucing ni?"

Haidar mengambil beg plastik yang telah koyak dengan teruk. Isi dalam nya sudah tiada, melihat nama yang dihantarkan ialah 'Tengku Hazel Zahyan'. Sudah pasti gadis itu membeli barangan yang tidak berfaedah lagi.

Haidar & Hazel (A)Where stories live. Discover now