~1 🍂

8 1 0
                                    

(7 tahun kemudian)

"Mak I, bapak besar sekolah ni!"

Seru Hazel apabila sampai ke sekolah barunya. Well, kejadian 7 tahun lepas pun masih kelihatan misteri, abangnya tidak dapat mengingati apa-apa pun terjadi. Selepas 5 hari di hospital mereka pun pulang seperti biasa.

"Bang, tak sesat ke kita nanti?"

"Benda kau ni, kalau kau sesat pun bukan kena telan dengan kubur pun. Dah jom keluar, first time sekolah takkan dah lambat?"

Tengku Haidar Zayyan keluar dari kereta dan diiringi oleh Tengku Hazel Zahyan. Tengku Haidar sekarang ni berusia 15 tahun dan Tengku Hazel berusia 13 tahun. Tengku Haidar sudah biasa bersekolahan dengan orang biasa, tetapi kekok bagi Tengku Hazel, biasa lah budak sekolah rumah. Mereka berjalan menuju ke dewan tertutup untuk sesi pendaftaran Tingkatan 1.

"Abang, orang dekat sini peramah tak?"

"Abang, orang dekat sini suka buli orang ke?"

"Aba-"

"Dah sudah, sekarang ni kau focus pada pembelajaran je. Orang pandang kau ke tak pandang kau ke, tu lain cerita. Janji kau belajar."

Dengar sahaja pembebelan dari abang nya, mulut Tengku Hazel mula memuncung ke hadapan.

"Eeleh, tanya sikit pun nak marah. Tau tak, orang yang kuat marah ni nanti makin tua tau! Nanti tak de sapa pun nak dekat abang, and  single forever-"

"Hah! Pasal satu lagi, jangan nak gatal. Kalau aku tahu kau tangkap basah dengan orang, aku potong WiFi kau nanti."

"HAH?! Bapak strict kau hari ni!"

"Iye lah, kau nampak ni aku pakai baju warna biru ni."

Tengku Haidar menunjukkan pakaian pengawas sekolah kepada adiknya. 

"Kenapa?"

"Aku pengawas lah."

"Ouh, eleh... Itu pun nak tunjuk berlagak lah tu."

Tengku Haidar tersengih nipis. Sampai sahaja di Dewan Al-Khindi, Tengku Hazel masuk ke dalam dan mengambil tempat duduk yang telah disediakan. Dewan tersebut sangat cantik dan ramai pelajar tingkatan 1 yang mendaftar di sini.

"Hey."

Satu sapa yang menegurnya, Tengku Hazel menoleh ke kiri dan terlihat seorang pelajar perempuan india yang menegurnya tadi.

"Are you form 1?"

"Yeah, I am."

"I see, nervous an?"

"Haah, sikit lah."

Pelajar tersebut memandang ke papan tanda yang menyatakan "Welcom to School!" dan meneruskan perbualannya.

"Kau anak Tengku an?"

"Yes... Kenapa awak tanya?"

"Just asking, sebab tak ramai yang dapat naik kereta mewah macam you."

Pelajar itu senyum pada Tengku Hazel atas ketahuan nya. Tengku Hazel tertawa sedikit mendengar penjelasan darinya. Dia pun tidak ingin untuk menunjukkan yang dia ni anak Tengku. Bak kata abang nya, 'Tengku, tak Tengku sama je, adab kena jaga'.

"I'm Dewi."

"Tengku Hazel Zahyan, just call me Hazel."

"Wow, that's a unique name."

"Thanks."

--

Selepas sesi tamat persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Yed (SMKTY), pelajar berpulang ke rumah masing-masing. 

"Abang! Bagi lah Haz duduk depan pulak!"

"Tak boleh, abang nak pulak. Waktu hantar tadi, Haz dah duduk depan kan?"

"Alaa, itu baru berapa jam! Nak!"

Tiba lah masa mereka untuk perang ke-35 . Setiap kali naik dan turun mesti bergaduh. Kalau tak gaduh tu tak sah adik-beradik, tapi ni dah melampau. Waktu datang kena, waktu rehat kena ni waktu balik pun kena gaduh. Nasib mereka adik-beradik.

"NAK!!"

"Ish! Iye lah!"

Akhirnya, Tengku Haidar mengalah dan memberi peluang kepada adiknya. Pak Ham hanya mengeluh perlahan dan melepaskan rasa lega kerana pergaduhan itu tidak lama. Kalau lama pun 2 jam macam tu, pastu kena tanya dengan Tengku Hassanal nanti.

Semua sudah mengambil tempat duduk masing-masing, kalau muka dah masam macam ni, Pak Ham pun tak senang hati. Tanpa tunggu lama, Pak Ham bergerak pulang.

"Tuan muda, Puan muda, jangan lah tunjuk muka masam macam tu. Tak senang hati Pak Ham ni nak memandu."

Omel Pak Ham, walaupun umurnya dalam lingkungan 60 lebih, dia tetap menganggap mereka ni cucu Pak Ham. Tengku Hassanal membenarkan Pak Ham memanggil mereka 'cucu' atau pun 'nak'. Biasalah, atuk-atuk. Tapi Pak Ham tetap mahu memanggil Tuan atau Puan muda.

"Entah lah Pak Ham, orang kat belakang ni tak reti nak kongsi kereta."

"Eh, aku dah bagi kan. Orang yang dekat depan ni yang tak reti bersyukur!"

Belum lagi Tengku Hazel mahu menjawab, Pak Ham menyelit pergaduhan mereka.

"Sudah lah nak, tak baik bergaduh. Nanti hubungan korang makin merosot. Maaf lah kalau Pak Ham kata macam ni, tapi dah kerap kali Tuan dan Puan muda bergaduh. Pak Ham rasa tak senang hati tau, dekat ibubapa pun sama. Nanti hati diorang kecewa. Jangan gaduh, kalau boleh elakkan. Tolong lah Tuan dan Puan muda."

Dengar kata-kata Pak Ham yang sopan dan tidak terlalu marah, mereka menundukkan kepala mereka dan berasa bersalah. 

"Kami minta maaf, Pak Ham. Inshaallah, Hazel dengan Haidar tak gaduh lagi."

Mendengar kata-kata perjanjian Tengku Hazel dan Tengku Haidar, terukir satu senyuman hangat bagi Pak Ham.

"Alright, Pak Ham nak bawa Tuan dan Puan muda makan ais krim nak? Untuk tenangkan hati, nak?"

"NAK! NAK!" seru mereka

"Okay, jom kita makan ais krim!"

Mereka pun pergi ke kedai yang menjual ais krim yang mereka ingini. Mereka gembira dengan sikap penyayang Pak Ham terhadap mereka. Misalnya, kedua ibubapa mereka sudah ber yatim piatu. Jadinya, mereka berdua tiada kasih sayang nenek dan atuk.

Haidar & Hazel (A)Where stories live. Discover now