4 4 𓆩♡𓆪

11 5 0
                                    

˚ପ ⊹ D i a r i C i n t a K i t a ࿐ྂ

˚ପ ⊹ D i a r i C i n t a K i t a ࿐ྂ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⋆ ⋆ 𓆩♡𓆪 ⋆ ⋆

"What? Adam tengking kau depan orang lain?! Nak kena budak ni! Eyy- siaplah kalau aku jumpa dia!"

"Sabarlah Thia."

"Sabar? Hoi, Yaani.. Kau tahu kan aku pantang kalau ada orang sakitkan hati sahabat baik aku? Walaupun orang tu sepupu aku sekalipun, aku tak kira jugak. Aku kena beri pengajaran kat dia!"

Yaani menggeleng kecil sebelum memeluk kusyen sofa itu dengan erat.

Ya, malam itu dia tekad untuk bermalam di rumah sewa milik Fathia untuk semalam. Semalam? Huh. Mungkin untuk beberapa hari kerana dia masih tak mahu menghadap wajah suaminya.

Fathia segera mendekati sahabatnya yang masih sedang patah hati kerana sikap sepupunya yang seorang itu.

Cis. Tak guna punya Adam! Siaplah kau kalau aku jumpa kau nanti. Kau tak tahu ke yang isteri kau ni sensitif? Heih, nak kena makan penampar aku betul budak seorang ni! Fathia geram dengan perbuatan Adam yang betul-betul sampai hati nak menengking isterinya sendiri saat itu.

"Adam tahu tak kau akan tidur kat sini malam ni?"

"Tak. Aku tak bagitahu sesiapa. Tolong jangan bagitahu kat dia yang aku ada kat sini. Aku tak nak jumpa dia lagi.."

Fathia hela nafas kecil. Haih, kesiannya bestie aku ni. Muda-muda lagi dah kena menghadap situasi macam ni.

"Aku memang tak akan bagitahu kat dia. Tapi kau tahulah, dia tu mesti akan datang jumpa aku untuk tanya tentang kau. Aku tak bagitahu pun nanti dia akan tahu sendiri jugak."

"Please, Thia. Jangan bagitahu dia aku ada kat sini. Aku tak nak jumpa dia.. aku.. tak nak anak dalam kandungan aku ni tahu yang ayah dia sanggup buat macam tu kat ibu dia."

Fathia ternganga kecil sebelum menekup mulutnya dengan penuh tak percaya. Terbeliak matanya apabila melihat Yaani sudah mulai mengusap perutnya.

"Kau mengandung? Wei, seriuslah?!! Dah berapa bulan? Asal kau tak bagitahu aku?"

"Baru nak masuk sebulan. Aku tak rasa ini masa yang sesuai untuk bagitahu sesiapa."

"Yaani! Ya Allah, wei tahniah wei! Ya Allah, aku akan ada babyfruit lah lepas ni kan? Eee bestnya!"

Fathia segera memeluk tubuh sahabatnya itu dengan senang hati. Yaani senyum kelat.

"Wait, kau dah bagitahu kat member lain ke? Terutamanya Nana. Dia tu pantang dengar ada orang mengandung terus nak diculiknya baby tu kalau dah lahir nanti!"

Yaani menyengih. Reaksi teruja Fathia betul-betul menghiburkan hatinya yang sedang lara.

"Awhh.. tak sabarnya. Disebabkan kau bagi aku berita yang baik ni, aku nak kau lupakan persengketaan antara kau dengan Adam untuk sementara waktu. Hari ni aku akan masak special untuk kau. Kau cakap je apa kau nak, aku akan masak untuk kau!"

 𝐃𝐢𝐚𝐫𝐢 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐊𝐢𝐭𝐚Where stories live. Discover now