1 8 𓆩♡𓆪

36 8 3
                                    

˚ପ ⊹ D i a r i C i n t a K i t a ࿐ྂ

⎯ akulah bulan yang menemukan kamu, bintangnya, di saat kamu bergemerlapan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

akulah bulan yang menemukan kamu, bintangnya, di saat kamu bergemerlapan..

⋆ ⋆ 𓆩♡𓆪 ⋆ ⋆

PAP!

Fuadh menampar dinding itu dengan kuat. Maya yang duduk di birai katil hanya mendiam tak berkutik.

"Puas hati kau sekarang? Aku tanya kau, puas hati kau sekarang Maya?!"

Maya ketap bibir apabila ditengking begitu oleh Fuadh. Dia tahu dia sudah melakukan kesalahan yang paling besar dalam hidupnya.

"Fuadh, awak tak boleh salahkan saya. Lambat laun, Yaani kena tahu jugak rancangan bodoh awak tu!" Naik satu oktaf suara Maya membuatkan Fuadh memandangnya dengan tak percaya.

Fuadh menapak ke hadapan sebelum menarik baju Maya dengan kuat dan terangkat sedikit tubuh gadis itu, memandang tajam ke anak matanya.

"Rancangan bodoh? Maya.. itu bukan rancangan bodoh, itu semua pilihan aku! Disebabkan kaulah Yaani bencikan aku tau? Kalau tak sebab kau yang menyibuk urusan aku dan perangkap aku sejak mula, semua ni takkan jadi. Yaani yang sepatutnya kat sisi aku sekarang bukan kau, Maya!"

Fuadh menolak Maya kasar sehingga wanita itu terduduk lemah di atas katil itu sambil mengalirkan air mata yang kecewa.

Dia kecewa mengenali lelaki itu. Mahu berkorban demi apapun untuk lelaki itu, lelaki itu masih saja memikirkan wanita lain berbanding dia. Dia juga punya hati dan perasaan.. dia juga seorang wanita yang lemah masih saja mengharapkan cintanya kembali dibalas.

"Habis tu.. awak nak salahkan saya sepenuhnya? Bukan awak pun setuju ke malam tu, Fuadh? Awak sendiri layan saya-"

"Shut up! Malam tu aku tak fikir dengan waras lah Maya.."

"Takkanlah sedikit pun awak tak ada rasa sayang kat saya, Fuadh? Awak masih tak boleh anggap saya ni isteri awak ke Fuadh?"

Fuadh mendengus kecil mendengar rintihan Maya yang seolah-olah merayu simpati darinya.

"Maya.. bagi aku, kau tu langsung tak ada beza dengan pelacur. Kau terlalu murah.. kau sanggup gadaikan maruah kau untuk goda aku. Isteri? Tak, Maya. Aku tak pernah anggap kau sebagai isteri aku.. melainkan wanita yang paling murah di mata aku."

Melepaskan saja ungkapan perit yang susah ditelan itu, Fuadh mula angkat kaki beredar dari bilik tersebut meninggalkan isterinya dalam keadaan patah hati.

 𝐃𝐢𝐚𝐫𝐢 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐊𝐢𝐭𝐚Where stories live. Discover now