0 4 𓆩♡𓆪

27 9 7
                                    

˚ପ ⊹ D i a r i C i n t a K i t a ࿐ྂ

⎯ Kalau saya sudah temukan awak nanti, saya tak nak kehilangan awak untuk kedua kalinya⎯ 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⎯ Kalau saya sudah temukan awak nanti, saya tak nak kehilangan awak untuk kedua kalinya⎯ 


⋆ ⋆  𓆩♡𓆪  ⋆ ⋆

"Apa yang awak dengar hari tu.. itu bukan siapa-siapa. Semua tu angkara kawan saya. Dia saja nak main-main dengan awak. Trust me."

Yaani diam memerhati wajah Fuadh yang berusaha untuk meyakinkan dia.

Hatinya kuat mengatakan bahawa Fuadh tidak jujur sepenuhnya. Dia masih ingat lagi kalau Fuadh yang dulu di zaman kecilnya, Fuadh pasti akan sedang menundukkan pandangan dan banyak berdiam diri ketika berbohong. Dan sudah pasti akan menatap mata Yaani ketika bercakap benar.

Tetapi bagi Yaani, Fuadh sekarang jauh berbeza dan sikapnya banyak berubah daripada sebelumnya.

"Kawan?" Tanya Yaani dengan kening kanan yang terangkat, ragu-ragu.

"Yes. Perempuan tu cuma kawan saya sejak dari kolej lagi. Saya tak tipu.. awak percayakan saya, kan?"

Fuadh sudah mengangkat tangan sumpah sambil mengetap bibir penuh risau. Risau jika Yaani tidak percaya padanya.

Saat itu Yaani dapat agak jikalau Fuadh waktu itu sangat tidak meyakinkan. Mana Fuadh yang dulu? Kenapa dia tidak melihat Fuadh yang sama pada Fuadh yang sekarang?

"Yaani, saya.. maafkan saya sebab tak dapat temankan awak semalam. Saya kena ulangkaji dengan kekawan.."

Fuadh tersenyum nipis sebelum menurunkan pandangannya.

Yaani yang berdiri sambil memeluk buku itu memandang Fuadh dengan serius.

"Ya ke?"

"Hm.. ya."

Fuadh menggaru belakang tengkuknya yang tidak gatal. Mata tidak henti memandang ke arah kasut putih yang dipakainya.

"Awak tipu kan? Saya nampak awak keluar dengan Kin dan kawan dia! Korang pergi main bola tanpa saya!"

Fuadh telan air liur kesat. Macam mana Yaani boleh tahu?

"Betul kan? Wah... Saya ingatkan saya ni kawan awak, Fuadh? Awak dah janji nak main bola dengan saya, bukan dengan budak gemuk si Kin tu! Kin budak gergasi gem- umph-"

 𝐃𝐢𝐚𝐫𝐢 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐊𝐢𝐭𝐚Where stories live. Discover now