tiga

18 4 8
                                    

"ANGEL !"

Ayana pusingkan tubuhnya yang baru mahu melangkah masuk ke dewan kuliah itu. Senyuman terbentuk di bibirnya yang tercalit gincu warna merah. Pegangan pada buku dalam tangannya dikemaskan sambil dia menyambut kehadiran pengarang jantungnya yang sedang berjalan menuju ke arahnya itu.



"Hi, my Angel. How you're doing ?"




Tubuhnya terus dirangkul oleh lelaki itu. Rambutnya dibelai lelaki yang masih tersenyum manis itu. Ayana lentokkan kepalanya ke bahu lelaki itu dengan manja sebelum ketawa kecil.





"I'm doing fine, Eshan. Malam ni macam mana ?" Ayana bertanya perihal malam ini yang nampaknya sama sahaja macam malam - malam sebelumnya. Malam yang penuh keseronokan. Keseronokan yang bergelumang dengan dosa.






Eshan Zafri, lelaki kesayangan Ayana itu terus merangkulnya kemas. Kepalanya dilentok ke ceruk leher Ayana. Bagi orang lain yang melihatnya, memang nampak tak selesa. Tapi, Ayana tak ambil pusing. Cinta, maklumlah. Semuanya boleh kalau cinta.



"As usual, Angel. Kat kafe I. I pick you up like usual, okay ? " Eshan berkata, tangannya terus menggenggam lembut tangan Ayana sebelum dia senyum manis, yang boleh mencairkan hati sesiapa sahaja.


Ayana angguk, sebelum turut membalas pelukan Eshan. Pelajar yang lalu - lalang melihat mereka hanya buat tak hairan dan hanya mampu geleng - geleng kepala sahaja. Tak guna kalau tegur mereka berdua tu. Buat bazir air liur saja.


Romeo and Juliet, itulah gelaran yang diberikan oleh warga universiti kepada merpati dua sejoli, Ayana dan Eshan itu.
Kalau boleh, kemana - mana nak bersama. Berpelukan macam tu saja tanpa batas pergaulan sesama mereka.


Kalau andai ada yang tegur pun, mereka buat tak endah. Mungkin, kadangkala Ayana boleh saja melenting dengan alasan supaya tidak menjadi orang ketiga dalam hubungan mereka. Daripada kena dengar Ayana menjerit macam orang meroyan, baiklah warga universiti itu tidak menegur mereka.



"Nur Ayana Jannah !"



Ayana berdecit apabila nama sebenarnya yang dibiarkan jadi rahsia dipanggil oleh seseorang. Dia terus pusingkan tubuh. Matanya terus menjeling kepada seseorang yang sedang berjalan ke arahnya sebelum berhenti di depan dia dan Eshan.

"I masuk dewan kuliah dulu la macam tu. See you later, Angel" Emir berkata, perempuan yang berdiri di hadapan Ayana itu dipandang sekali sebelum dia berjalan meninggalkan Ayana dan menuju ke dewan kuliah.

Ayana, terus silangkan tangan di dada, memandang perempuan yang berdiri di hadapannya atas bawah. Ayana hela nafas.


"Yes, Hayfa Aqilah. Anything wrong ?"


Hayfa hela nafas sebelum membetulkan kaca matanya. "Really, Ayana ? Berpelukan ? " Hayfa berkata, tak percaya dengan apa yang dia lihat depan mata. Bukan kali pertama dia nampak Ayana dan Eshan bermesra, tapi dia tak sangka sampai berpelukan begitu, di hadapan khalayak ramai di depan dewan kuliah.

Ayana berdecit lagi. Hayfa dipandangnya atas bawah sekali lagi, tak suka dengan cara teguran Hayfa yang seperti menganggu kehidupannya. "So ? Apa masalahnya ? Aku ajak kau join berpelukan sekali ke ? No, right ?" Ayana berkata.

"Batas, Ayana ! Batas lelaki dan perempuan ! Jangan cakap dengan aku kau tak tahu batas pergaulan ! Mustahil kalau maksu dan paksu tak ajar kau pasal benda ni !" Hayfa membalas, jarinya dituding ke wajah Ayana.

Ayana ketawa sinis. Jarinya dituding balik ke wajah Hayfa. "Kau, tak payah nak berlakon baik boleh ? Tak payah sibuk nak tegur baik buruk aku, tak payah sibuk nak cuba ubah diri aku. Kau dengan ayah aku, sama sangat. Sibuk cakap pasal suruh aku berubah !" Ayana berkata, nadanya jelas marah.

"Ni, tudung yang tersarung kat kepala kau ni, tak menjamin kau baik, kau tahu ? Perempuan kat luar sana, tudung labuh macam mana pun, ada je yang bermaksiat ! Jadi, kau tak layak nak tegur aku, Hayfa. Fix yourself first !" Ayana menyambung sebelum berbaik tubuh dan berjalan ke dewan kuliah semula. 

Hayfa geleng kepala, tak percaya dengan kelakuan Ayana. Matanya terus tertumpu ke arah Ayana yang sedang berjalan ke arah dewan kuliah. Sebelum dia melangkah masuk, dia sempat memberi pesanan berbaur arahan kepada Hayfa yang masih tercegat di situ.

"And also, friendly reminder for you, Hayfa. Kubur, sendiri - sendiri. Kau cukup uruskan dosa kau je, tak perlu nak sibuk uruskan dosa aku. Also, don't call me Ayana at public places, please ? It's Angel !"

Pintu terus dihempas kuat oleh Ayana, membuatkan Hayfa terus beristighfar melihat tingkah Ayana, sepupunya yang sudah terpesong jauh dari jalan yang sepatutnya.

"Astaghfirullahaladzim.."

________________


AYANA merengus benci. Tangannya terus mengipas wajahnya sendiri. Dia terus memandang wajah mama yang duduk di bahagian hadapan sebelah ayahnya yang sedang memandu. Rengusan tak puas hati keluar lagi dari ulas bibirnya.

Selendang yang menutupi kepalanya itu ditariknya sedikit, rimas dengan pemakaian selendang itu. Kalau bukan sebab ayah, dia tak ada dalam kereta ni. Dia tak perlu nak duduk dalam kereta ini dengan mama dan ayahnya. Dia sudah merancang beberapa rancangan bersama Eshan untuk malam ini, tapi semuanya hancur di tengah jalan.

Ayahnya, Malik secara tiba - tiba mengajak Ayana untuk mengikut mereka ke acara makan malam amal bersama rakan - rakan peguamnya. Ayana, pada awalnya menolak ajakan ayahnya kerana dia mempunyai rancangan lain. Tapi, ayahnya berkeras dan memaksa dia untuk mengikut juga, atas alasan mahu memperkenalkan anaknya kepada rakan kerjanya.

Disebabkan itu, rancangannya bersama Eshan dibatalkan begitu sahaja. Ayana pastinya tak berpuas hati dengan hal  seperti itu. Apatah lagi apabila ayahnya memaksa dia memaksi baju kurung ke majlis ini, sedangkan dia cuma bercadang untuk memakai sehelai dress sahaja.



Alasan ayahnya, mudah tapi menyakitkan hati Ayana yang mendengar.


Rewind..



"Apa yang Ayana pakai ni ?" Malik bertanya apabila melihat anak perempuannya menuruni tangga.
Kepalanya digeleng - geleng, sememangnya tak setuju dengan pakaian yang dikenakan oleh Ayana sekarang.

Ayana tunduk melihat busana pilihan sebelum angkat bahu. "Why ? I think it's pretty." Ayana memberikan komen. Dia hanya memakai sehelai dress berwarna hitam dengan butiran manik halus yang akan bersilau apabila terkena sinaran lampu. Rambutnya pula ditata kemas.

Bagi Ayana, ini sudah sempurna. Malik berkata untuk pakai sesuatu yang menutupi aurat. Jadi ? Dia sudah memilih dress dengan panjang yang sesuai, serta mempunyai lengan yang panjang. Apa lagi yang tak kena di mata ayahnya ?


Malik hela nafas. "Wear something appropriate, Ayana. Kita nak pergi majlis makan malam amal. Kawan ayah ramai dekat situ. Jangan pakai dress ni. Ayah tak suka. Change into something better" Malik mengarah sebelum berjalan keluar dengan Noreen.

"Mama dengan ayah tunggu dalam kereta. Change, or I block your credit card"

_____



Rimas ! Bagi Ayana, baju kurung yang tersarung di tubuhnya ini hanya memberikan kesan makcik - makcik, bukan elegan dan moden macam yang dia selalu rasakan apabila dia menyarung busana pilihannya sendiri.
Kalau tak disebabkan ayah mengugut untuk menyekat kad kreditnya, memang dia tak akan pernah memakai baju seperti ini.


"You look pretty in that clothes, daughter" Malik memuji. Ayana pula menyambut dengan ketawa sinis. "Ayah, tak payah nak puji Ayana sebab nak jaga hati lepas dah paksa and ugut Ayana. Ayana tak layan sebarang pujian" Ayana berkata, sebelum mengalihkan pandangannya ke tempat lain.



Malik ketawa kecil.




























-nadya, 28 May 2024 𐙚




𝐀𝐍𝐆𝐄𝐋 | [𝐎𝐆]Where stories live. Discover now