tujuh belas

17 2 1
                                    


PINTU bilik Ayana diketuk dari luar. Ayana, yang sedang menidurkan Ayyad terus memandang ke arah pintu. Ayyad yang hampir menutup matanya juga terus terbuka lebar kembali mata bulatnya. Namun selepas ditepuk perlahan oleh ibunya, matanya kembali kalah dengan rasa kantuk sebelum perlahan - lahan ditutup kembali. Dengan bantuan puting piring di bibirnya, Ayyad kembali lena.


"Lah, ayah rupanya. Masuk jelah. Kenapa nak ketuk ?" Ayana berbicara apabila ayahnya membuka pintu dan menjengukkan kepalanya dari muka pintu. Malik senyum sebelum melangkah masuk. Ketawa kecil keluar dari bibirnya apabila memandang Ayyad yang dah lena, siap terlentang tidur dengan anak patung robot dalam tangannya. Malik terus tarik kerusi duduk di sebelah katil.

"Patutlah sunyi rumah ni. Noise machine dah tidur." Malik berkata sebelum Ayana sengih. Tangannya setia menepuk perlahan belakang Ayyad untuk memastikan dia lena. "Itulah, nasib baik dia boleh tidur, ayah. Kalau tak, tengoklah macam mana dia berlari tadi. Dari hujung sini, ke hujung sana. Ayana risau je kalau dia terhantuk ke apa" Ayana menggelengkan kepalanya. Sejak bergelar ibu, dia memang jadi paranoid lain macam. Benda kecil pun dibesarkan.

Malik memandangnya dan membuat muka. "Eleh. Ayana ingat dia ikut perangai siapa ? Ayana mana ingat macam mana Ayana masa kecil dulu. Lagi teruk daripada dia tahu ? Nasib baik ayah nampak, kalau tak sikit lagi Ayana nak terjun dalam tali air rumah nenek, tahu." katanya. Ayana terus ketawa. Okay, dia memang tak nafikan yang dia memang nakal dia masa kecilnya. Dah dewasa pun masih 'nakal', tapi mungkin sekarang tidak lagi.

"Ayah, nak tanya sesuatu pada Ayana. Bukan tanya, but more to discussion actually" kata kata Malik membuatkan dari Ayana berkerut. Ayana menolak anak rambutnya yang hampir mencucuk anak matanya. "Bincang apa, ayah ? Macam penting je.." Ayana berkata. Duduknya dibetulkan supaya lebih selesa untuk berbincang dengan ayahnya. "Macam ni. Ayana tahu kan yang ayah pun dah hampir nak pencen daripada kerja ayah sebagai peguam. Jadi, pejabat ayah of course kehilangan seorang peguam" Malik membuka kata.



Ayana angguk faham. "Dah tu ? Apa yang ayah nak bincangkan ?" dia bertanya lagi. Dia tak suka orang berbasa basi. Dia mahu seseorang itu terus straight to the point memandangkan tajuk perbualan mereka pun sudah menjadikan dia tertarik untuk berbual lebih lagi. Malik senyum nipis sebelum menarik nafas dan menghembusnya. "Ayana nak gantikan tempat ayah ? Sebagai peguam. That's your passion I assume."


Matanya sedikit terbuntang, dan memang Ayana tak menipu soal riak terkejut dan gembira yang tertayang di wajahnya. "Serious ? Ayah tak main - main, kan ?" Ayana bertanya minta kepastian. Senyum lebar masih terukir di bibirnya, yang mengundang ketawa kecil ayahnya. Malik angguk. "Nampak macam ayah main main ke ? Come anytime, Ayana. I think you're perfect to take my place now"


─────────────

KEHIDUPAN baharunya sebagai seorang peguam sejujurnya bukanlah sesuatu yang mudah untuk dirinya. Untuk dia menggantikan tempat Malik di pejabat peguam tersebut, sejujurnya dia memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran, orang - orang serta cara kerja mereka.

Ayana pula memang spesies homo sapiens yang cepat hilang sabar. Beberapa orang pembantu di pejabat itu sudah mula menguji kesabarannya yang senipis sel itu di hari pertama. Kalau ikutkan hati dan jiwa mudanya yang suka memberontak, dia nak saja campak semua fail yang ada dekat muka mereka yang menyoal cara kerja dia.


Selain daripada manusia yang dihantar sebagai 'ujian' untuk menguji kesabarannya itu, semuanya baik - baik sahaja. Semua urusan kerjanya dimudahkan dengan bantuan pendidikan yang ditanamkan dalam kepala serta melalui rujukan dari ayahnya jika ada sesuatu yang dia sendiri memerlukan sokongan. Dia masih newbie, kata orang .

Dan hari ini ? Tak ada bezanya dengan hari - hari sebelumnya. Dia masih lagi dengan busana hitam putihnya yang menampakkan sosok wanita sebagai seorang peguam. Matanya fokus memandang ke arah komputer riba serta beberapa fail kes mahkamah yang perlu dia selesaikan. Tangannya tak berhenti menaip sedari tadi. Papan tanda 'Do Not Disturb' juga dah ditempeknya besar besar di muka pintu.



Di sebalik fokusnya itu, dia terganggu dengan notifikasi mesej yang sedari tadi membuatkan handphonenya berdenting. Awalnya, dia mahu pura - pura tak dengar dan tak nampak telefon itu di situ. Tapi, disebabkan sampai ada panggilan telefon yang sempat masuk, dia akhirnya mengalah dan alat komunikasi itu dicapai dan dia mula membelek mesej yang masuk.









Oh, dari mama, kata hatinya.








Mamaku sayangᡣ𐭩

: Ayana
: Ayana boleh balik sekarang ?
: Urgent ni, cepat sikit boleh ?



sent at 1:30 pm









Melihat pesanan ringkas itu, hatinya yang tadinya tenang tiba - tiba berdegup laju. Dengan cepat dia mencapai beg tangannya dan meninggalkan pejabat tersebut.











-nadya, 040824

𝐀𝐍𝐆𝐄𝐋 | [𝐎𝐆]Where stories live. Discover now