sebelas

13 2 3
                                    

AYANA masih kaku duduk di tepi katil. Kedua - dua lututnya dibawa rapat ke dada. Dia masih terkurung dalam 'penjara' atau mungkin sebenarnya bilik tidurnya sendiri. Dalam keadaan dikunci seperti itu, apa yang Ayana boleh buat ?
Nak terus mengetuk pintu meminta pertolongan agar pintu dibuka ? Tak akan ada seorang pun yang akan mendengar rintihan dia.

Semua dalam rumah tersebut pastinya akan patuh pada ayahnya, yang jelas jelas seperti gunung berapi yang akan meletus bila - bila masa tu. Kunci keselamatan, atau kunci biliknya juga sekarang pasti dalam genggaman ayahnya. Dalam keadaan begitu, mamanya pun tak berani. Berkali - kali dia mendengar suara Noreen di luar pintu, tapi tak menunjukkan tanda - tanda dia menarik untuk membantu Ayana.

Atau mungkin juga, mamanya turut sedang kecewa dan turut sekepala dengan ayahnya untuk memberikan dia pengajaran, iaitu mengurungnya di dalam bilik tidurnya sendiri. Oleh itu, mamanya tak melayan sebarang permintaan atau rintihannya, bahkan panggilan telefon pun dibiarkan tak berjawab oleh mama atau ayahnya.



Ayana mencapai telefon bimbitnya kembali. Nombor telefon Eshan dicarinya di contact. Beberapa mesej sudah kerap kali dia hantar kepada kekasihnya itu, tapi tidak menerima sebarang balasan. Panggilan telefon juga sudah dibuat, tapi hasilnya sama. Tiada respon yang Ayana mahukan, seolah olah lelaki itu sudah lenyap dari muka bumi.





Kalau lenyap pun bagus. Hidup cuma untuk kesengsaraan orang.






Kali ini, Ayana cuba lagi. Nombor Eshan ditekannya, sebelum cuba untuk membuat panggilan telefon kepada Eshan sekali lagi. Sekarang - kurangnya untuk meminta sedikit penjelasan, kenapa dia perlu pergi meninggalkan tanggungjawab untuk Ayana pikul seorang diri. Telefon bimbitnya terus diletakkan di telinga mengharapkan jawapan.




"Helo ?"



Ayana berdecit. Suara perempuan. Siapa lagi kalau bukan isteri rahsia Eshan yang langsung dia tak tahu kewujudannya itu. Kalau ikutkan hati Ayana yang dah membengkak tu, panggilan telefon itu sudah lama dia hentikan. Namun memikirkan perempuan itu nampak mesra dan seolah - olah tak ada niat yang pelik padanya, Ayana cuba untuk maniskan tutur bicara.


"Hi, Dyla" sapa Ayana kembali. Suara serak kerana dia menangis cuba untuk dia tahan supaya tak kelihatan terlalu jelas ditelinga Dyla yang masih dalam talian. Seketika kemudian, selepas merasakan dirinya sedikit tenang, Ayana sambung kembali tutur bicaranya. "Eshan ada ?" tanpa berbasa basi, dia bertanya.

Soalannya disambut dengan ketawa kecil Dyla di dalam talian. Perempuan itu kemudiannya membalas, menjawab soalan yang diajukan oleh Ayana. "Yes, he's with me now. Kenapa you call suami I ? I dah banyak kali nampak you call dia. And this is like, the tenth time already. Ada apa - apa yang penting ?" Dyla bertanya.

Ayana ketap gigi. Dia hembuskan nafas berat sebelum membalas lagi, masih cuba bersopan. "Boleh awak bagi saya bercakap dengan Eshan sekejap ? Hal ni urgent and it's about company. Pretty please ?" Ayana meminta kebenaran daripada perempuan, atau isteri Eshan itu supaya perempuan itu tak ada syak wasangka padanya.



Dia dengar Dyla ketawa kecil dalam talian. Seketika kemudian, suara sinis perempuan itu membalas terus menikam - nikam gegendang telinga Ayana. "You know ? I think, you should stop everything, girl. Eshan dah beristeri. And it's me, not you. Kenapa you tak henti- henti nak call suami I ?" Dyla bertanya, mengundang kepada jantung Ayana yang berdegup kencang.


Ayana hela nafas berat. Dia ingat taknak bertikam lidah di situasi yang jelas tak sesuai sekarang. Tapi perempuan ni betul - betul menguji kesabaran dia yang menipis. "Listen, Dyla. Awak tak faham apa yang jadi pada saya dan Eshan. Hal ni personal. I really need you to consider"
ujarnya, masih cuba untuk bertenang dalam keadaan yang buat dia rasa nak menendang.



"Oh yeah ? Really personal matter sampai I pun tak boleh tahu ? I'm his wife. His legal wife. I layak untuk tahu semua benda yang berkaitan dengan dia. You, yang patut consider keputusan you untuk call suami I dan rosakkan our honeymoon trip, miss" perempuan tu tak kalah membantah, terus memotong bicara Ayana.


Belum sempat Ayana buka mulut, Dyla menyambung sekali lagi. "And please, stop contacting my husband ever again. Kalau I nampak number you call dia lagi, I akan buat report polis sebab you menganggu ketenteraman !" nyaring Dyla menjerit di corong telefon, sebelum panggilan dimatikan tanpa sempat Ayana berkata apa - apa.



Ayan menjerit tak puas hati, sebelum telefon bimbitnya dicampak jauh daripada dia. Dia menunduk, rambutnya kembali diramas lembut. Nafasnya yang laju cuba diatur perlahan - lahan untuk menenangkan hatinya yang bergelodak dengan amarah. Ayana ketap bibir. Air matanya jatuh lagi.




__________________




BUNYI kunci dibuka langsung tak menarik perhatian Ayana yang masih merenung ke luar tingkap. Telefon masih dalam tangannya, digenggam kemas tanpa ada niat untuk dilepaskan. Ya, dia masih tak berhenti menelefon atau menghantar pesanan ringkas kepada Eshan walaupun sudah diberikan amaran oleh isteri lelaki itu.


Baru sebentar tadi, dia menangis disebabkan satu post Instagram yang sempat dilihatnya. Satu post yang menunjukkan kemesraan Eshan dan isterinya dalam menggapai kebahagian yang mereka layak untuk dapatkan. Eshan dan Dyla sudah tiba di sebuah tempat baru, untuk memulakan kehidupan baharu.




Sedangkan dia ? Terkurung dalam lembah dosa dia dan Eshan.






Dengan itu, dia menangis lagi. Bunyi telapak kaki yang mendekati dirinya langsung dia tak hiraukan. Tak pula dia kisah untuk pusingkan tubuhnya, melihat gerangan manusia tersebut. Biarlah jika perompak nak masuk rumah dia sekalipun, dia tak ambil peduli. Tingkap masih jadi tempat renungannya.










"Menangis tak akan mengubah apa - apa, Nur Ayana Jannah"














-nadya ☾, 28 June 2024

𝐀𝐍𝐆𝐄𝐋 | [𝐎𝐆]Where stories live. Discover now