dua belas

16 2 7
                                    

KATA - KATA ayahnya dibiar sepi tanpa jawapan. Dia masih berkecil hati dengan apa yang ayahnya buat padanya semalam. Walaupun apa yang dia buat lebih teruk dan tak setanding dengan tamparan oleh ayahnya semalam, tapi dia masih berkecil hati. Dia tak pernah kena tampar sebelum ini.

Malik sedar Ayana tak mahu memandang dan memberikan reaksi kepada soalannya. Malik mendekati anak perempuannya yang termenung di tepi tingkap. Dia duduk di katil bersebelah Ayana. Wajah Ayana ditatapnya lembut. Masih ada butir air mata di pipi anak perempuannya itu. Terus dia membantu mengelapnya.

"Ayah cuma cakap, harap Ayana tak terasa. But, daripada Ayana termenung depan tingkap, menunggu benda yang tak pasti, baik Ayana solat. Betul tak ?" Malik berkata. Masih cuba bersopan - santun dalam tutur katanya kerana takut Ayana yang dalam keadaan sedih sekarang jadi makin memberontak.

Ayana rasa hatinya berdegup kencang mendengar kata - kata ayahnya. Ada benar dalam tutur katanya. Cuma, Ayana masih tak mahu bersuara. Masih berdiam macam patung cendana, terduduk tanpa reaksi melainkan cuma linangan air mata di wajahnya.

Liurnya ditelan penuh payah. Dia terus berpaling ke arah ayahnya. Bibirnya berketar - ketar untuk dia mengeluarkan suara dan bercakap dengan ayahnnya. Dia takut kalau amarah ayahnya masih bersisa. Takut dia kalau andainya dia ditampar lagi seperti semalam. Ayana mahu buka mulut, tapi dia berhenti.

Malik menyedari keraguan anaknya itu. Dengan lembut kepala Ayana digosok. "Ayana ada apa apa nak cerita pada ayah ? Ayah tak akan marah, ayah janji." Malik berkata, mengurangkan rasa ragu - ragu dalam diri Ayana. Ayana pandang ayahnya lagi, tangannya digenggam sebelum dia berkata perlahan di sela tangisannya.

"Ayana malu.."

Ayana berkata sebelum menunduk. Tanpa selindung dia menangis di depan ayahnya, melepaskan semua rasa yang berkumpul dalam dadanya yang semakin memeritkan. Sedih, geram, penyesalan yang teramat, semuanya diluahkan melalui linangan air mata yang membasahi pipinya tanpa sebarang kata keluar dari mulutnya.

Kebetulan ketika itu, Noreen melintasi bilik Ayana. Melihat pintu itu sudah tak berkunci, dia menapak ke dalam. Dia melihat suaminya duduk di birai katil manakala anak perempuannya menangis teresak esak di penjurunya. Dia cepat menapak ke arah Ayana. Noreen melutut di tepinya, sebelum memeluk tubuh lemah Ayana.

"Ayana.."

"Mama, Ayana malu.."

Noreen pantas memujuknya. Air mata Ayana yang tumpah di pipinya pantas dilap dengan tangannya. Beberapa ciuman singgah di pipi dan dahi Ayana, atas tujuan untuk menenangkan dan memujuk Ayana untuk berhenti dari tangisannya. Pelukannya dieratkan, sambil belakang badan Ayana diusap lembut.



"Ayana malu, mama. Ayana malu, ayah. Ayana tak tahu apa yang Ayana dah buat. Ayana tak percaya dengan apa yang dah jadi.." Ayana bercerita, dia turut memeluk tubuh Noreen. Noreen dan Malik hanya mendiamkan diri. Mereka mahu mendengar Ayana menceritakan segalanya, punca kepada semua masalah ini.




"Ayana, mind to tell us what really happened ? Siapa lelaki tu ?" Malik bertanya, dia turut memandang wajah sayu Ayana yang masih dialiri air mata. Ayana masih mendiamkan diri mendengar soalan ayahnya. Perlu ke dia beritahu ayahnya siapa lelaki sialan melakukan hal seperti ini pada dia ?
Kalau pun dia beritahu, Eshan pastinya berkeras untuk tidak bertanggungjawab.


Ayana geleng kepala beberapa kali. Dia tak mahu memberitahu ayahnya tentang Eshan, walaupun nama. Melihat anaknya menggelengkan kepala, mama dan ayahnya mengeluh berat. Kali ini, Noreen membuka mulut. "Ayana, macam mana mama dengan ayah nak tolong Ayana kalau Ayana tak beritahu siapa lelaki tu ? Tell us, sayang.."



Dia menggelengkan kepalanya lagi. Masih berkeras dengan keputusannya. Dia memandang kedua - dua orang tuanya. "Kalau Ayana..bagitahu, mama dan ayah tak boleh buat apa - apa. Lelaki tak guna tu, dia dah lari ! Lari tinggalkan Ayana dengan tanggungjawab bodoh yang Ayana kena sandang seorang diri !" Ayana jeda, mengambil nafas baharu.


"Budak ni bawa sial. Sama macam jantan tu. Aku nak gugurkan dia.." Ayana berkata, perlahan merungut dalam pelukan mamanya. Kata kata dia berjaya membuatkan Noreen dan Malik mengucapkan berkali kali, tak percaya dengan apa yang baru mereka dengar dari mulut Ayana. Tak mungkin dia sanggup buat begitu. Membunuh ?



Malik terus meletakkan tangannya di bahu Ayana. "Nur Ayana Jannah, dengar apa yang ayah nak cakap. Betul, ayah tak nafikan apa yang Ayana buat tu memang berdosa. Berzina memang dosa yang besar. Tapi, tak mungkin Ayana nak gugurkan baby tu ? That is considered a murderous sin, Ayana. Membunuh satu jiwa yang tak berdosa. Ayah tak setuju.." Malik berkata, tegas dan lembut bersatu dalam tutur katanya.



"Habis tu ? Ayah nak suruh Ayana simpan budak ni ? Budak yang akan memalukan hidup Ayana ? Budak yang akan meranapkan semua yang Ayana dah rancang ?" Ayana membalas kata kata ayahnya dengan soalan yang bertalu - talu. Dia memang betul betul tegak dengan keputusan dia nampaknya.


"Ayana. Tak perlu Ayana nak menambahkan lagi kesalahan yang Ayana dah buat. Lupakan semua tu. Lupakan semua rancangan menggugurkan baby tu. Ayana ada mama, Ayana ada ayah. Please, Ayana. Dengar cakap ayah sekali ini je.." Malik masih meminta, dia tak mahu anaknya itu menambahkan satu lagi kesilapan dalam umurnya.


──────────────



AYANA lentokkan kepalanya manja ke bahu mamanya yang sedang berselawat di sebelahnya sebelum matanya ditutup perlahan. Mereka baru sahaja selesai solat Isyak secara berjemaah. Ayah berkeras memberitahu pada Ayana, solat adalah salah satu petunjuk yang dia boleh gunakan untuk mencari penyelesaian dalam masalahnya. Jadi, dia turut sama menyertai mereka.

Ayana tak nafikan, dia rasa lebih tenang sekarang. Mungkin kerana atas pesanan mamanya untuk berdoa dalam sujud terakhir, meluahkan segalanya pada Allah dari atas sejadah. Hatinya bercerita, mulutnya berdoa. Doanya disertai dengan linangan air mata, yang membasahi helaian sejadah dan telekung yang tersarung di tubuhnya.



Selepas selesai Malik membacakan doa, Ayana terus memanggil mereka berdua. Seolah - olah ada sesuatu yang dia mahu ceritakan pada mereka berdua. Ayana duduk di antara mama dan ayahnya. Nafas berat dihelanya sebelum dia memandang kedua dua wajah mereka dengan penuh kasih.





"Kalau Ayana nak, bawa diri, mama dan ayah tak akan marah kan ?"
















-nadya ʚɞ, 01 July 2024

𝐀𝐍𝐆𝐄𝐋 | [𝐎𝐆]Where stories live. Discover now