[WRITTEN ON 28th FEBRUARY 2023]
[UNEDITED][NO ONE POV]
TALITA MENCATAT SEMUA PERKARA penting sepanjang mesyuarat bersama klien. Mesyuarat kali ini dilakukan untuk mencari penaja untuk mengadakan majlis 'Qwatch New Collection' yang bakal diadakan tidak lama lagi. Talita melihat Qaiser yang sangat profesional membentangkan hasil kerjanya. Dia kagum dengan cara Qaiser membawa diri sebagai CEO Qwatch.
Qaiser yang sedang bekerja di luar syarikatnya ini sangat berbeza dengan Qaiser yang terperap di pejabatnya sendiri. Sekarang Qaiser lebih terbuka, dia banyak bercakap dan lagaknya sungguh meyakinkan. Talita memandang reaksi penaja mereka yang juga kelihatan kagum dengan penyampaian Qaiser.
Beberapa jam berlalu, mereka berjaya mendapatkan tajaan daripada Mr. Lee. Talita senyum dalam hati sambil nelihat Qaiser bersalaman dengan Mr. Lee. Talita pula bersalam dengan Mr. Lee sebelum lelaki itu berlalu meninggalkan mereka.
Qaiser duduk di kerusinya, keluhan lega dilepaskan. Talita memandang wajah Qaiser dari sisi kanannya, lelaki itu kelihatan sungguh kacak. Qaiser melepaskan kaca mata, diletakkan kaca matanya itu di atas meja, kemudian dia meraup wajahnya sekilas.
Talita merenung tangan berurat itu bergerak mengusap rambutnya sendiri, Qaiser kelihatan lebih tenang sekarang. Anak mata Talita bergerak mengikut pergerakkan tangan Qaiser, matanya terhenti pada cincin di jari lelaki itu. Dia tergamam sebelum mengalihkan pandangannya ke arah lain.
Talita menyimpan barang-barangnya, Qaiser sedar Talita seperti tergesa-gesa. Semua fail ditutup dan disusun dengan kemas. Qaiser memegang fail yang Talita ambil dari atas meja itu sekaligus mencuri perhatian Talita.
"Kau nak pergi mana?" Soal Qaiser dengan kerutan di dahinya. Talita menarik fail itu dari tangan Qaiser dan memeluk fail itu ke dadanya.. Dia mengalihkan pandangannya dan mencapai beg tangannya.
"Saya nak balik. Kerja kita dah selesai, kan?" Talita berdiri dari kerusi, tanpa menunggu jawapan daripada Qaiser, kakinya bergerak meninggalkan Qaiser di tempatnya.
Talita turun dari tangga ke tingkat bawah kafe itu. Dia berlalu keluar dari kafe itu dengan keluhan di bibirnya. Dia harus pulang sekarang. Dia tidak mahu berlama-lama dengan Qaiser.
"Talita!" Talita mendengar Qaiser memanggilnya tetapi memilih untuk mengabaikannya. Dia dengan tapak kasut Qaiser mengejar langkahnya. Talita berhenti di sebelah kereta Qaiser.
"Can we go now? Saya nak balik sekarang. Kalau Tuan Qaiser tak nak balik sekarang, saya boleh panggil grab aje." Talita bersuara tanpa memandang wajah lelaki itu. Qaiser membuka kunci keretanya, Talita bergegas masuk ke dalam kereta itu. Qaiser berlalu ke tempat duduk pemandu. Enjin kereta dihidupkan tetapi tidak dipandu.
"Kenapa nak tergesa-gesa balik? Dah rindu dekat boyfriend kau tu?" Qaiser bersuara dingin, Talita mengetap bibirnya rapat, dia mahu marah tetapi ditahankan saja kerana tiada guna bergaduh dengan lelaki di sebelahnya itu. Mata dibawa memandang ke luar tingkap, kereta masih belum dipandu oleh Qaiser.
"Diam? Kenapa diam? Sebelum ni banyak sangat kau nak cakap, kan?" Qaiser bersuara lagi, kali ini kedengaran mencabar, Talita masih cuba mengawal kesabarannya. Dia diam kerana tidak mahu bergaduh.
"Apa yang ada pada Zayan sampai kau tiba-tiba nakkan dia pula? Zayan tu playboy. He can hurt you anytime he wants!" Qaiser bersuara lagi kali ini mata Talita mencerlung tajam ke arahnya. Turun naik dadanya menahan amarah.

ANDA SEDANG MEMBACA
JEJAKA NERD [SLOW UPDATE]
Romance[BAKAL TERBIT] Siapa sangka perempuan paling degil dan popular di kolej itu boleh jatuh cinta pandangan pertama pada seorang jejaka nerd. Lelaki yang membosankan, lelaki yang selalu lindung mukanya dalam buku. Aneh tetapi itulah yang terjadi pada Ta...