𝐁𝐚𝐛 𝟏𝟒 ˖⋆࿐໋

3.9K 91 0
                                    

Ian turun dari kereta sebaik sahaja dia sampai di hadapan rumah umi.

Ian melangkah masuk dan memberi salam.Dia agak terkejut apabila menampak umi dan hawa duduk di ruang tamu seperti memunggu kehadirannya

"Umi ada apa nak jumpa Ian"Tanya Ian sekilas memandang Hawa yang seperti baru lepas menangis

"Aku nak kau bertanggungjawab pada Hawa"-Puan Noridah

"Kenapa Ian yang kena bertanggungjawab, Ian tak ada buat apa apa pun pada Hawa"Ian bengang

"Hawa dah mengandung, Jadi aku nak kau kawin dengan hawa dan tinggalkan Raihana"-Puan Noridah

"Kau jangan sampai aku yang pergi jumpa dengan Raihana cakap pasal benda ni"Jawab Puan Noridah

"Umi jangan melampau , Ian sentuh Hawa pun tidak jumpa pun tak macam mana benih Ian boleh ada dalam perut betina ni"Kesabaran Ian sudah hilang

"Kau jangan nak panggil anak aku betina ya isteri kau yang betina"

"Umi jangan nak Hina isteri Ian!"-Ian

"Dan kau perempuan.Aku sentuh kau pun tidak apahal aku nak kena bertanggungjawab dekat anak haram kau ni!"Jerkah Ian

"Ian please tolong saya Ian , awak je boleh tolong saya please Ian kesian kan la anak ni Ian"Hawa merayu pada Ian

Hawa ingin memeluk Ian tetapi dengan pantas Ian tepis

"Kau dah tidur dengan jantan lain apaahal aku pulak yang kena jadi pak sanggup pada anak haram kau "Ian

"Ian please kesian kan la saya lagipun awak dengan Rai pun tak ada anak jadi saya-"

"Kau jangan nak libatkan isteri aku , sekurang kurangnya isteri aku tak jadi perempuan jalang macam kau!"Ian paling geram apabila orang lain sebut pasal isterinya

"Ian tolong Ian lepas je anak ni dah beranak awak nak lepaskan saya pun tak apa Ian "Merayu hawa lagi

"Ian kesiankan la anak umi ni , dia mangsa keadaan je Ian"Ujar Puan Noridah

"Lagipun Ian dengan Rai kan belum ada rezeki nak dapat anak , ni Hawa dah mengandung Ian boleh kawin dengan dia dan jaga anak tu sama sama"

"Nak tunggu isteri Ian tu mengandung memang tak la, Entah entah mandul dah perempuan tu"

"Kau jangan nak cakap isteri aku mandul , sekurang kurangnya isteri aku tak murah untuk bagi sesuka hati badannya pada lelaki lain!"-Jerkah Ian

"Kau cakap apa tadi , suruh kawin dengan anak emas kau ni?"

"Kau suruh aku tinggalkan isteri aku untuk kawin dengan anak kau dan jaga budak haram ni?"-Ian

"Eh kau dengar sini eh sampai mati pun aku tak akan ceraikan isteri aku"

"Dan kau"Ian memandang Puan Noridah tajam

"Kalau kau suruh aku datang sini sebab nak suruh aku kawin dengan anak kau baik kau cari jantan mana yang dah buat anak kau ni mengandung"Ian dengan pantas keluar dari rumah itu

"Hugh"Ian serabut

"Macam mana ni umi Ian taknak tolong Kita umi"Hawa menangis

"Umi ada rancangan lain untuk buat Ian kawin dengan hawa"Puan Noridah senyum bangga

"Plan apa umi "Tanya hawa

......

Izzah yang sedang mengemas rumah itu terdengar deringan phone

'Umi'

"Assalamualaikum umi"

"Eh kau cakap dengan lelaki dayus kau tu kalau dah mengandungkan anak orang kena berani bertanggungjawab "-Puan Noridah

"Rai tak faham Umi siapa yang mengandung?"Tanya Izzah

"Hawa"-Puan Noridah

"M-macam mana hawa boleh mengandung Umi"

"Suami kau dah sedap sedap dengan kakak kau dan sekarang dia taknak bertanggungjawab"

'Allah'Jantung nya hampir putus apabila mendapat berita itu

"T-tak tak Ian takkan buat benda terkutuk tu umi"

"Rai kenal Ian umi"Izzah takut untuk terima takdir jika benar Suaminya yang mengandungkan kakaknya sndiri

"Tolong aku rai , tolong cakap dengan Ian untuk bertanggungjawab Rai , kau kesiankan la anak kami yang tak bersalah ni Rai "Hawa berlakon menangis

"Tak! Suami aku takkan buat benda tu"Izzah masih tidak percaya

"Kalau kau tak percaya sebaik sahaja anak ni keluar kita buat DNA test"Izzah terus menutup phone nya itu dia tak sanggup untuk dengar lagi semua tu

Lelaki yang paling dia sayang buat perkara kejam tu,dia masih tidak sangka

......

𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐀𝐤𝐮 | 𝐂 Where stories live. Discover now