Bab 35

7.1K 140 5
                                        

"Apa yang kau nak lagi?! Tak cukup ke dengan apa yang kau dah buat pada Rai! Apa lagi yang kau nak buat? Sakitkan hati dia lagi?" Kaki lelaki tua itu dipeluk erat.

"Maafkan Ian daddy, Ian tak mahu ceriakan Raihana Ian masih cintakan isteri Ian. Benarkan Ian jumpa Rai daddy.." Rayu Ian.

"Cinta? Kau dah ceraikan dia Ian! Kau halau dia keluar dari rumah kau!? Aku tak akan benarkan kau jumpa atau sakitkan hati dia lagi!" Tengku Raziff berkeras. Walaupun Izzah bukan lah anaknya namun dia sayangkan wanita itu bagai anak kandungnya sendiri.

"Daddy please..."

"Balik Ian. Pergi jumpa perempuan yang kau sayang dan agungkan tu!" Tangan Ian yang memeluk kakinya disepak.

"Aku tak ada anak yang memalukan macam kau." Ujarnya lagi.

"Macam mana sekalipun Ian akan rujuk dengan Rai. Ian tahu Rai pasti masih cintakan Ian!" Yakin dirinya berkata.

"Kau jangan mimpi benda tu akan berlaku. Aku sendiri tak benarkan kau untuk rujuk dengan dia. Rai dah cukup terseksa hidup dengan manusia bertopengkan syaitan macam kau!"

Puan Ros malas nak ikut campur.Dia masih menunggu doktor untuk merawat menantunya.Izzah masih tiada perkhabaran.Semoga menantu dan cucunya selamat

"Kalau apa-apa terjadi pada cucu menantu aku, Aku tak akan maafkan kau Ian. Berambus kau dari sini aku taknak menantu aku tengok muka kau!"

"Mummy..." Kalini rayunys pada Puan ros. Tapi tidak diendahkan. Mereka bagai sudah tawar hati.

Tiada guna juga dia menangis air mata darah sekalipun isterinya tetap tidak akan mahu jumpa dengannya. Kesilapan yang dia telah lakukan terlalu besar sehingga menyakitkan perasaan Izzah.

Dengan berat hati Ian melangkah keluar dari situ.

..........

Sekujur tubuh yang lena dipandang sayu. Air mata yang cuba ditahan mengalir di pipi.

"Sayang." Rambut Izzah dibelai. Dahi wanita itu dicium lembut.

"Sayang bencikan abang? I'm sorry honey. Abang teruk. Abang jahat. Abang tak layak jadi suami mahupun ayah kepada anak kita."

Tangan lembut wanita itu diraih dan dibawa ke mulut. Dia sayang akan wanita itu. Tapi bagaimana hatinya boleh dibutakan dengan cinta palsu Hawa.

Kelopak mata wanita itu basah. Pasti isterinya menangis saat tidur. Pipi isterinya yang kelihatan sedikit cengkung di usap.

"Abang..." Rengeknya dalam lena.

"Abang dekat sini sayang." Tangan wanita itu dicium. Ubun-ubun izzah diusap.

"Baby..." Perut wanita itu diusap perlahan. Dia berharap anak mereka dapat diselamatkan namun...

Usapan di perutnya membuatkannya terjaga. Kelopak mata izzah dibuka. "Apa ni Ian!" Tangannya digenggaman lelaki itu ditarik.

"Sayang anak kita macam mana? Baby? baby selamatkan?"

"Apa kau nak lagi dengan aku dan anak aku! Kau dah lupa ke kau dah ceraikan aku! Kau tak ada kaitan langsung dengan anak aku!"

"Sayang abang minta maaf sayang. Khilaf abang sebab ceraikan sayang. Percayalah abang masih cintakan sayang." Tangan wanita itu cuba diraih.

" Kau jangan nak bodohkan aku dengan kata-kata cinta kau lagi! Semua yang keluar dari mulut kau semua palsu!"

"Aku tak nak tengok muka kau lagi! Keluar Ian! Aku benci sebencinya dengan kau. Jangan berani kau nak tunjuk muka kau depan aku lagi!" Ujarnya lagi.

"Tak sayang abang tak akan pergi. Percayalah abang masih cintakan sayang. Mari kita rujuk sayang, kita jaga baby sama-sama." Pujuk Ian.

"Sayang? Rujuk? Pergi mampuslah kau dengan rujuk kau. Aku tak akan sesekali kembali pada lelaki macam kau!"

"Tak malu ke dengan kakak ipar sendiri pun kau boleh jadi apatah lagi kalau dengan anak kau nanti" Sarkastik sungguh ayatnya kali ini. Dia pasti hati lelaki itu sakit dengan ayatnya namun hatinya lebih pedih dengan hinaan dari suaminya sebelum ini.

"Kau dengar sini baik-baik. Aku tak akan pernah kembali pada kau mahupun maafkan semua salah yang kau dah buat pada aku! Kau keluar Ian sebelum hati kau sakit dengan kata-kata aku."

"Tak. Abang tak akan keluar. Abang tahu Rai tak maksudkan semua tu. Abang tahu Rai tengah marah. Marahlah abang kalau benda tu boleh buat Rai kembali pada abang. Pukul abang kalau benda tu boleh buat Rai puas." Pipinya sendiri ditampar.

"Kau dah lupa ke apa yang kau cakap pada aku Ian. Yang cinta kau pada aku dah mati."

"Dan sekarang kau pula yang terhegeh nak aku balik. Kau sendiri yang dah hancurkan cinta kita Ian Mikael." Izzah kembali menangis. Air mata yang sedari ditahan mengalir.

"Rai tolong maafkan abang. Sumpah abang tak sedar apa yang abang dah buat. Itu bukan diri abang. Rai sendiri pun tahu kan yang abang tak akan pernah sanggup untuk lukakan sayang."Ujar Ian

"Aku dah penat dengan semua ni Ian. Kau dah pun jatuhkan talak dekat aku, apalagi yang kau nak? Tak cukup ke kau buat aku terseksa selamani? Aku tak nak tengok muka kau lagi!" Izzah pusing membelakangi Ian

Bahu Ian terhenjut-henjut. Memang tak akan mudah untuk wanita itu maafkan perbuatannya.

"Rehat lah dulu sayang. Maafkan abang atas semua perbuatan abang. Abang tak pernah dan tak akan pernah berhenti cintakan sayang. Abang akan tunggu sehingga Rai sedia."

"Assalamualaikum bidadari abang. Always remember i will love you forever." Susuk tubuhnya terus keluar dari wad itu.

Makin berjujuran air matanya. Arh dia masih cintakan lelaki itu. Tapi hatinya dah cukup terluka. Suara tangisannya memenuhi ruang wad itu. Dia tidak kuat. Tapi ini sahaja pilihan yang terbaik buatnya.

........

𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐀𝐤𝐮 | 𝐂 Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang