Bab 43

4.1K 87 2
                                    

Izzah meluncur laju kereta Merc nya dijalan raya.Dia mendapat panggilan dari Aina bahawa Ian kemalangan jalan raya.Yang membuat kan dia buntu Ian masih hidup?Selamani suaminya hanya menghilangkan diri?

Sampai sahaja di hospital dengan tergesa-gesa dia pergi ke bilik kecemasan.

"Aina suami aku macam mana na!"

"Aku masih taktau lagi keadaan Ian macam mana.Sampai-sampai je Ian dah dimasukkan dalam wad kecemasan"Ujar Aina

"Ya Allah abang..."Jika benarlah yang di dalam itu suami aku kau permudahkanla urusan suamiku Ya Allah.Izzah hanya mampu berdoa agar suaminya selamat

"Aku tahu Ian kuat.Kuat macam kau"Aina mengusap perlahan belakang badan Izzah.

Izzah hanya merenung ke arah pintu bilik yang dimana Ian sedang di rawat.Pelbagai macam perkara yang bermain di fikirannya sekarang namun dia hanya sabar menantu dan tidak tidak putus berdoa agar suaminya tidak terlalu kritikal keadaannya.

30 minit berlalu,pintu bilik rawatan akhirnya dibuka dari dalam membuatkan Izzah terus menerpa ke arah doktor yang baru keluar dan diikuti beberapa orang nurse.Di tangan doktor itu mempunyai beberapa helai kertas.

"How is my husband?"Soal Izzah.Dadanya berumbak kencang melihat wajah sunggul doktor itu.

"Saya harap Puan bersabar.Anggap ini semua takdir yang Allah dah tentukan"Perlahan suara doktor.

"Apa maksud doktor? Macam mana keadaan suami saya!"Sedikit tinggi ton suara Izzah.

"Izzah! dengar dulu apa yang doktor tu nak cakap"-Aina

Izzah menegalirkan air matanya.Entah kenapa dia berasa tidak sedap hati.

"Terdapat darah beku dalam kepala Tengku Ian yang perlu segera dibuang,tapi risikonya agak tinggi memandangkan beliau sudah hilang banyak darah"

Mendengarkan hal itu Izzah hampir pitam namun sempat ditahan oleh Aina.Aina sudah tergamam mendengar kata-kata doktor.Darah beku?

"Puan tolong sign borang ini.Pembedahan untuk mengeluarkan darah beku di kepala suami Puan,perlu dilakukan segera"Sambung doktor itu lagi sambil menghulurkan kertas pada Izzah.

Terketar-ketar tangan Izzah menurunkan tanda tangannya pada helaian kertas yang dihulurkan oleh doktor.Dia masih terkejut dengan apa yang berlaku.

"Terima Kasih atas kerjasama Puan.Kami akan lakukan yang terbaik untuk menyelamatkan Tengku Ian"Doktor itu menunduk sedikit sebelum kembali melangkah masuk ke bilik rawatan semula.

Izzah terduduk di lantai bersama esakan kecil.Aina segera memeluk sahabatnya.

"Kau kuat Izzah.Allah tak akan uji melebihi kemampuan kau!"

Inilah kali pertama dia melihat Izzah Raihana menangis kerana orang yang dia cintai.

"s...suami aku kritikal na.A..aku tak t..tahu kewujudan suami aku"Izzah teresak-esak

Dia sudah tidak kisah akan tanggapan Aina.Dia hanya ingin melepaskan beban di hati.Selamani dia sudah kehilangan suaminya dan dia tidak sanggup untuk merasai kehilangan itu lagi.

.........

Pembedahan Ian sudah berjaya namun dia disahkan koma dan kini ditempatkan di wad Diraja yang dikhaskan untuk ahli keluarga dan orang ternama.

Izzah menggengam erat jari jemari Ian sambil termenung jauh.Sayu hatinya.Aina perlahan-lahan mendekati sahabatnya.

"Aku nak melawat Adrean.Kau jangan lupa habiskan nasi yang aku beli ni.Aku tahu kau tak ada selera tapi kau kena makan,kalau sakit siapa nak jaga Ian nanti?,Kang tak pasal-pasal makcik aku yang jaga nanti"Sempat Aina membuat lawak hambar di hujung ayat.

"Hmm"Hanya itu balasan Izzah.

Aina senyum kecil.Kakinya mengorak langkah ke arah wad Adrean.Sudah seminggu dia dan Izzah berulang-alik dari rumah ke hospital untuk menjaga lelaki kesayangan mereka.Mereka?

Nafas ditarik panjang sebelum dia memegang tombol pintu itu.Kelihatan Adrean yang sedang tidur.Aina yang ingin bergerak pulang ade satu suara yang memberhenti kan langkahnya

"Apa kau buat dekat sini?"Soal Adrean.Aik bukan tadi dia tido ke?

"Saja.Nak melawat awak"Aina masuk semula ke dalam wad itu.

"Awak macam mana? sihat?"Tanya Aina.Rasa janggal pula apabila Adrean hanya menatap matanya.

"Allhamdulilah masih boleh larat lagi nak pandang muka cantik kau"Ujar Adrean beku.

"A..awak nak makan? saya boleh beli kan"Pelawa Aina

"No it's okey aku tak lapar"Matanya tidak lepas dari memandang wajah manis Aina.

"Kalau macam tu saya balik  dulu.Ada hal"Dia berasa tidak selesa pula berdua dengan Adrean.Selalu ada Izzah yang teman mereka untuk berborak.Langkah Aina diangkat.

"Pookie"

"What?"Soal Aina tak dengar.Apa perlahan sangat suara mamat ni dia taktau ke aku ni pekak.

"Drive safe"Pesan Adrean

.........






Best tak Ian hidup? ke nak tamatkan je watak Ian? Apa" pun thanks yang masih sudi baca my story

Happy Reading🤍











𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐀𝐤𝐮 | 𝐂 Where stories live. Discover now