Seduction | 31

3.2K 305 34
                                    

         AMANDA hanya duduk diam dihadapan Hans. Pulang sahaja dari Florance, dia terus diarahkan oleh Hans untuk ke rumah ini. Wajah Hans tegang. Lelaki itu juga nampak kusut dan risau.

"Kenapa ni Hans? Hans ada masalah ke?" Soal Amanda.

"Kenapa kau tak bagitahu aku apa dah jadi pada kau sebelum kau pergi Florence?"

"Hm?" Soal Amanda tidak faham.

"Kau kena serang dengan asid, kenapa tak bagitahu aku, Amanda?" soal Hans lagi.

Saban hari memikirkan hal itu, darahnya betul-betul memuncak ke kepala.

Keterlaluan, Hans akan pastikan manusia si pelaku akan terima akibatnya. Manusia itu sedang bermain dengan orang yang salah.

"Amanda cuma tak nak risaukan Hans. Lagipun Amanda tak apa-apa. Nasib baik Daniel ada masa tu kalau tidak tak tahu apa jadi pada Amanda,"

Wajah Hans berubah.

"Kau tahu siapa punya angkara kau kena simbah dengan asid, Amanda?"

Amanda lepaskan nafas berat. Dia tahu apa maksud Hans. Hans pasti marah dia bersama dengan Daniel sehingga disimbah asid oleh bekas kekasih lelaki itu.

"Hans jangan risau, Daniel tak akan biarkan Emylia buat apa-apa pada Amanda. Emylia pun tak akan berani buat apa-apa yang akan risikokan lelaki yang dia cinta tu," balas Amanda tenang.

"Bukan Emylia Rose,"

Wajah Amanda berkerut. "A... Apa maksud Han?"

Giliran Han pula melepaskan nafas berat.

"Me... Megat Darrius?" soal Amanda. Kali ini, dia tak setenang tadi saat dia masih beranggapan pelakunya adalah Emylia Rose.

Megat Darrius.

Amanda jadi trauma hanya memikirkan pemilik sebaris nama itu.

"Wazir."

Amanda terasa sekelilingnya terhenti.

Kali ini... dia benar-benar terkaku.

"W...Wazir?"

"Ya, aku sendiri baru tahu yang dia dah keluar dua bulan lepas,"

Jantung Amanda terasa mahu berhenti. Tubuhnya terasa menghangat buat dia jadi cemas.

Wazir...

Amanda lupa yang tempoh 10 tahun itu tidaklah lama mana, dia terlalu berharap yang Wazir akan mati dipenjara selepas menghidap macam-macam penyakit.

Hans mengeluarkan telefonnya sebelum terlefon itu dihulurkan kepada Amanda. Perlahan Amanda capai telefon itu dari tangan Hans dan matanya terus jatuh pada skrin di telefon.

Disitu ada gambar seorang lelaki yang sangat dia kenal. Walaupun Wazir memakai jaket dan bertopi tapi dia kenal bentuk tubuh lelaki itu. Lelaki yang beri seribu satu trauma kepada dia.

Lelaki itu sedang menghadap seorang wanita. Juga Amanda kenal.

"Apa dia buat dengan Emylia Rose?"

"Itu aku tak tahu. Apa yang aku tahu, alasan diaorang berdua adalan sama — kau"

Amanda pejamkan mata dan urut kepalanya yang tiba-tiba jadi pusing. "Tapi macam mana dia boleh kenal dengan Emylia?"

"Emylia tu public figure, tak susah untuk orang tahu tentang dia. Masalah dia. Kau dan Daniel juga,"

Maksudnya selama ini, bukan hanya Emylia Rose tetapi juga ada Wazir yang ingin menjatuhkan dia?

Kini, tak terlalu sulit untuk dia percaya bagaimana Emylia boleh terfikir untuk serang dia dengan asid kerana ada orang gila yang meracuni fikiran dia.

SeductionWhere stories live. Discover now