AMANDA termenung sambil memandang lukisan mewah di dinding galeri yang diperbuat dari beribu buluh asli itu — Vierra's Gallery. Nama yang diberikan oleh Daniel sendiri sempena nama kedua Amanda. Tak habis terharu Amanda dibuatnya sejak lelaki itu beritahu hal itu.
Cinta Megat Daniel kepada Amanda Vierra luar biasa bukan?
Lukisan yang dibida Daniel di Uffizi Gallery dengan harga lebih 100 ribu dollar ini salah satu buktinya. Lelaki itu bukan sahaja sanggup berhabis duit yang dia cari saban hari hanya untuk laburkan kepada Amanda, tapi dari segala segi pun tak ada yang terkurang dari lelaki itu.
Cintanya melalui tutur, cintanya melalui sentuhan, cintanya melalui perbuatan dan cintanya melalui semua waktu yang sanggup dia berikan buat Amanda Vierra.
Sebesar mana cinta lelaki itu sehingga sanggup lakukan semua ini?
Apa yang Amanda dah buat sampai Daniel sanggup jadi begini?
"Good morning, my precious princess" ucap Megat Daniel seraya mengucup sisi dahi Amanda. Tubuh wanita itu dipeluk dari belakang.
Amanda tersenyum kecil.
"You like it?"
"I love it... so much," balas Amanda. Daniel sendiri tahu betapa dia jatuh cinta pada sebuah lukisan ini saat mereka lakukan lawatan di Uffizi Galeri lebih sebulan lalu.
"I risau sangat hari kita dekat Vanice,"
"Why?"
"You macam tak okay,"
"I am sorry,"
Lelaki itu tidak segera menjawab. Tiba-tiba tubuh Amanda dipusingkan ke belakang untuk menghadapnya. "Kenapa sorry?"
"I rasa bersalah, you plan macam-macam dekat Vanice untuk I tapi I pula macam tu,"
"Sayang, you kan tak sihat. Jangan minta maaf untuk benda yang macam tu. I ikhlas dan I dah cukup happy you ada dekat sana dengan I. I am more than happy," tubuh Amanda ditarik ke dalam pelukan.
"Tomorrow is our big day,"
Amanda angkat kepala mendengar kenyataan itu. Dia tarik senyum. "Are you happy?"
"Sangat-sangat. I tak tahu macam mana nak explain perasaan I sekarang because no words can describe how I feel,"
Amanda usap pipi lelaki itu. Jujur, dia nampak sinar kebahagiaan didalam mata lelaki itu. Daniel, disebalik personaliti yang sangat maskulin milik lelaki ini ada sifat yang sentiasa ingin dimanjakan... ingin dicintai.
"Are you happy?"
"I am so happy,"
Daniel tersenyum lebar.
"I love you, my precious"
"I love you too my handsome,"
"You sayang I?" Soal Daniel lagi. Seribu kali pun dia tak akan jemu tanyakan soalan itu dan dia harap Amanda tak akan jemu untuk jawab soalan itu juga.
"Mhm,"
"Kalau macam tu boleh I nak minta sesuatu?"
Amanda letakkan jari di dagunya. "I fikir sekejap,"
Melihat reaksi Daniel, Amanda tersenyum lalu anggukkan kepala. "Apa dia? Mahal-mahal I tak nak bagi,"
"Tak malah, tapi sangat berharga,"
Amanda kecilkan mata. "I am curious. What is it?"
Senyuman diwajah Daniel bertukar dengan riak serius. Kedua-dua belah tangan Amanda diraih dan anak matanya memandang dalam anak mata wanita yang dia cinta sepenuh hati itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Book 4 : Seduction
RomantikMegat Daniel | Amanda Vierra Ya, hidup lelaki itu sempurna. Lahir dalam kemewahan, hidup sempurna bersama keluarga yang bahagia dan lengkap. Paras rupa yang menawan dan tentunya dapat menarik hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Dia punya segalanya...