DENGAN sekali lafaz, namanya meniti di bibir lelaki itu dan kini dia telah sah bergelar isteri kepada Megat Daniel. Bila dia bernekad untuk membalas dendam kepada Megat Daniel, dia tak pernah terfikir yang dia akan pergi sejauh ini.
Ini... sudah terlalu jauh.
Hubungan merek sudah semakin serius.
Tapi, Amanda tak akan kesali semua ini. Asalkan dia tak lupa dengan tujuannya.
"My precious..."
Amanda angkat pandangan dan lelaki itu sudah ada dihadapannya untuk sesi menyarungkan cincin. Amanda pandang ke hadapan. Dia tak sedar berapa lama dia termenung sampaikan lelaki itu sudah berada dihadapan dia pun dia tak nampak.
Senyuman paling manis ditarik. Sambil matanya tak lepas memandang lelaki itu duduk di sininya.
Cincin diambil dari tempatnya dan disarungkan ke jadi Amanda lalu Amanda juga lakukan yang sama.
"I love you," bisik Daniel saat Amanda tunduk mencium tangan. Amanda tersenyum makin lebar tatkala ubun-ubunnya disentuh tangan lelaki itu. Angkat sahaja wajah, dahinya pula dicium dan sebalik si pengambil gambar selesai mengambil gambar, lelaki itu jatuhkan satu ciuman di pipi Amanda pula.
Mereka pandang ke hadapan, jemari Amanda kuat digenggam tangan besar Daniel.
•••
MAJLIS PERSANDINGAN diadakan di villa kedua pulau itu, perhiasan serba mewah bertemakan modern dan glamorous beach wedding indah dari villa itu terus ke persisiran pantai. Semuanya sudah didekorasi persis keinginan mereka berdua. Tak ada satu cacat cela pun untuk majlis yang sudah memakan ratusan ribu ringgit itu. Itu baru duit yang dilaburkan sendiri, dicampur lagi dengan jenama-jenama antarabangsa terkenal yang ingin menaja perkahwinan model terlenal Amanda Vierra. Fuh, wedding of the year.
Cukup doorgiftnya sahaja sudah perfume dan lipcare dari jenama mewah Dior. Belum persalinan groomsmaids dan bridesmaids yang direka khas oleh tailor terkenal dari eropah.
Menu utama dan menu sampingan yang dihidangkan buat para tetamu ditempah khas dari hotel mewah di Malaysia.
Jemputan yang tidak terlalu ramai, cukup buat suasana meriah dan terkawal.
Empat orang groomsmaid terdiri dari rakan baik Daniel sendiri — Harith, Haiqarl, Rayyan dan Farris. Manakala empat orang bridesmaid pula terdiri dari empat orang rakan rapat Amanda termasuk Gina dan Bobby.
Ya, Bobby. Mungkin Bobby nampak tersesat sendiri tetapi dia tak pernah lari tema.
Oh, tidak dilupakan undangan paling istimewa — Tatty. Si diva itu juga tak kalah dengan busana yang ditempah khas buatnya. Anak kesayanganlah katakan. Persalinan Tatty sahaja sudah mencecah puluhan ribu ringgit tidak termasuk perhiasan dari jenama terkenal. Kalau dileher tak terkalung mutiara, bukan Tatty.
Kini, selepas lima jam berlangsungnya majils... acara persandingan mereka selesai. Masih tersisa tetamu yang diundang berbual-bual dengan tetamu lain yang hadir.
Amanda leka berbual dengan rakan-rakan yang hadir. Senyuman tak hilang dari bibir sejak awal dia masuk ke kawasan pelaminan. Majlis hari ini, menggambarkan dengan teliti majlis perkahwinan impiannya. Malah, setiap satu yang berlangsung hari ini lebih dari yang dia sering impikan. Terlalu lebih.
Dia tersenyum tanpa henti namun didalam hati ada satu rasa kesal yang cukup dalam dan tak akan pernah terubati. Orang tuanya, tak akan pernah melihat dia naik ke atas pelamin untuk menyambut hari terbahagia ini bersama dia. Sampai bila-bila dia tak akan rasai apa yang Megat Daniel rasai hari ini.
![](https://img.wattpad.com/cover/139119763-288-k81101.jpg)
YOU ARE READING
Book 4 : Seduction
RomanceMegat Daniel | Amanda Vierra Ya, hidup lelaki itu sempurna. Lahir dalam kemewahan, hidup sempurna bersama keluarga yang bahagia dan lengkap. Paras rupa yang menawan dan tentunya dapat menarik hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Dia punya segalanya...