Seduction | 40

6.5K 393 23
                                    

     MASUK sahaja ke dalam banglo mewah itu, lengan Amanda terus ditarik bila Amanda hanya menonong untuk berlalu. Tubuh Amanda terpusing menghadap Daniel dan lengan lelaki itu terus membelit pinggangnya.

"Macam mana boleh accident?" Soal Daniel. Wajahnya tenang namun ada terselit serius.

"I tak perasan ada kereta jalan waktu I keluar dari parking,"

"Lepas itu, you settle macam mana?"

"Dia... cakap tak apa sebab kereta dia tak teruk sangat,"

Wajah Daniel berkerut. "Are you sure?"

Amanda anggukkan kepala.

"You look tired," ujar Daniel. Kemudian, dia labuhkan satu ciuman di kedua-dua belah kening Amanda. Tangan yang melingkar di pinggang Amanda mula bergerak mengusap lembut pinggang wanita itu.

""Nanti I settlekan kereta," pucuk hidung Amanda pula dicium.

"Thank you, baby."

"Most welcome sayang,"

"I nak tanya you sesuatu boleh?"

"Yes baby," balas Daniel. Selepas itu, tepi bibir Amanda pula dicium dan pinggang Amanda ditarik semakin dekat sehingga tiada langsung ruang antara mereka. Berhari-hari tak jumpa, rindu sangat. Sebab itu dia tak sabar-sabar nak balik hari ini juga. Kalau satu hari lagi tak jumpa Amanda, dia akan mati.

"You masih ada perasaan pada Emylia Rose?"

Terus berubah air muka Daniel. Wajahnya dijauhkan dari Amanda dan keningnya berkerut. "You cakap apa ni? Kenapa nak sebut tentang benda yang dah tak ada kaitan langsung dengan kita?"

"I just wonder,"

"Wonder what?" Suara lelaki itu sudah berubah sedikit keras. Rasa marah sedikit demi sedikit mula memuncak.

"Tak lama pun sejak you berpisah dengan dia dan kita bercinta, I cuma terfikir kalau masih tersisa perasaan you pada dia? After all, she is your first love,"

"Sayang stop. Kenapa tiba-tiba fikir tentang benda ni? No, I tak ada sedikit pun perasaan pada dia. All of my feelings only for you. My heart, my body, my soul. Macam tu juga dengan you, I tak nak you ada perasaan sikit pun pada orang lain kecuali I. Because what? Your heart, your body and your soul are all mine, Amanda Vierra." Tegasnya.

Amanda tersenyum kecil. Dia usap dada lelaki itu. Dapat dia rasakan betapa kuatnya degupan jantung lelaki itu menampar halus telapak tangannya.

"I minta maaf kalau you tak suka I cakap tentang ini,"

"I tak suka."

"I janji tak akan cakap lagi tentang ini,"

"You better, Amanda. Dia ada jumpa dengan you ke? Dia ada cakap apa-apa pada you?"

"Ada." Selamba Amanda menjawab. Pandangan mata Daniel dibalas.

"Dia cakap... benda yang I rasa... logik,"

"What?"

"Kalau I tak muncul tiba-tiba dalam hidup you, you dengan dia pasti dah bersama balik. Hubungan you deng..."

Bicara Amanda terhenti bila bibirnya sudah terkunci dengan bibir lelaki itu. Daniel menciumnya kuat. Seperti benar-benar tak mahu dia berbicara soal Emylia Rose lagi. Lengan lelaki itu juga semakin kuat memeluknya.

Amanda balas ciuman lelaki itu. Tubuhnya didorong kuat ke belakang sebelum dia ditolak berbaring diatas sofa dan Daniel terus menindih tubuhnya.

10 minit berlalu, lelaki itu pisahkan tautan. Dahinya dijatuhkan diatas dahi Amanda dan rahangnya diketap. Dalam banyak-banyak perbualan yang pernah mereka kongsi sepanjang perkenalan mereka, perbualan 10 minit lalu adalah perbualan yang paling menyakitkan hati Daniel. Jiwanya sakit.

Book 4 : SeductionTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang