Prolog

218 25 4
                                    

Aku Alec, Alec Bryce Salvatore. Nama aku agak pelik, aku tahu. Elliot yang berikan nama itu kepada aku. Siapa Elliot? Dia bapak angkat aku. Aku anak yatim piatu dan juga anak tunggal. Mak aku meninggal sewaktu umur aku 4 tahun. Meninggal kenapa? Aku tak tahu.

Ayah aku pula tak balik-balik daripada kedai. Kali terakhir aku lihat kelibat dia katanya nak keluar sekejap pergi beli air susu. Namun setelah setahun berlalu bayang susu pun tak ada, apatah lagi dia. Jadi aku buat kesimpulan yang dia takkan balik sampai bila-bila. Jiran-jiran kata aku dibuang oleh ayah sendiri. Fakta. Tapi aku yang pada waktu itu seorang budak mentah berusia 6 tahun berfikir yang ayah aku mati kemalangan, tak pun diculik raksasa Godzilla.

Secara tak langsungnya, aku jadi anak yatim piatu pada umur 6 tahun. Perihal keluarga kandung aku, cukup sampai situ dulu.

Sejak daripada itu, aku tinggal di pusat asuhan anak-anak yatim piatu. Dan boleh dikatakan semuanya aku kena buat sendiri, memandangkan aku sudah tiada sesiapa pada waktu itu. Sedara mara pula memang aku tak pernah tahu kewujudan mereka. Jadi aku anggap aku tiada ahli keluarga yang lain.

Bila umur aku menginjak ke angka 12, Elliot angkut aku secara paksa ke Arkansas US. Dalam erti kata mudahnya dia culik budak-budak malang seperti aku dan cuba jual ke pasaran gelap. Aku yang pada waktu itu baru pulang daripada sekolah terus dibawa lari sekelip mata. Sadis. Ya aku tahu.

Tapi entah macam mana, dalam ramai-ramai yang dia culik, Elliot sangat tertarik dengan aku. Mungkin sebab aku terkorek sebelah biji mata salah seorang pekerja Elliot sewaktu cuba memberontak. Well teenager. What you expect?

Kejadian itu menyebabkan aku terselamat daripada dijual ke pasaran gelap. Elliot pula makin bertambah minat dekat aku. Dia kata aku ada bakat yang terpendam. Bakat yang tak semua orang ada. Bakat membunuh. Aku simpulkan, bakat untuk jadi orang jahat.

Dan dengan beralasankan itu, akhirnya aku bekerja di bawah dia seawal umur 13 tahun. Diringkaskan cerita setelah bertahun-tahun aku menjadi hamba suruhan paling hina, dipukul, dicaci, didera, dihenyak akhirnya aku ditawarkan untuk menjadi ahli kumpulan Salvatore secara rasmi.

Salvatore? Itu nama kumpulan Mafia US Italy. Kenapa Italy? Sebab pengasas awal kumpulan itu berasal dari Italy. Kini, kumpulan itu dikendalikan oleh keluarga Salvatore. Boleh dikatakan sudah berdekad-dekad kumpulan itu bertapak di Arkansas sejak mereka berhijrah tempat. Elliot pula merupakan salah seorang waris tunggal Salvatore. Satu hari nanti kumpulan ini bakal menjadi milik dia.

Oleh kerana Elliot sayang sangat dekat aku, Kemana Elliot pergi, aku akan ada sekali. Apa dia makan, aku makan. Apa dia minum, aku minum. Apa dia buat, aku buat. Serupa macam bayang-bayang gelap dia.

Elliot naik tahta pada umur aku 22 tahun. Dan semenjak itu, aku ialah orang kanan Elliot yang paling disanjung tinggi apabila dia menawarkan pangkat congsigliere kepada aku. Mungkin memang betul cakap dia, aku ada bakat jadi orang jahat.

Pangkat itu boleh dikira pangkat kedua tertinggi dalam kumpulan Salvatore. Dengar macam senang tapi tak semudah itu. Dalam ketenangan, aku sentiasa diburu. Pernah juga aku hampir dibunuh beberapa kali. Tapi masih belum mati. Kalau sudah mati siapa yang nak ceritakan kisah aku.

Walaupun hidup aku sentiasa diburu, Elliot tak pernah masuk campur, apatah lagi nak selamatkan aku. Dia kata itu semua latihan untuk aku jadi lebih kuat. Aku simpulkan yang dia memang sengaja nak tengok aku merana. Hobi dia.

Aku sempat berkhidmat bawah Elliot selama 10 tahun sahaja. Tak lama selepas itu, Elliot pergi meninggalkan kami semua. Dia mati dibunuh.

Semenjak Elliot mati, aku seakan hilang arah tujuan hidup. Hari-hari aku diburu oleh ahli kumpulan Salvatore itu sendiri. Mereka risau aku naik tahta dengan berstatuskan anak angkat Salvatore. Rimas. Akhirnya aku lari semula ke tanah air aku sendiri.

BOOK 17 | THE CONGSIGLIERE : SECRET MISSION (ON GOING)Where stories live. Discover now