Bab 2

58 12 0
                                    

"Ya Allah, Alec kau okay tak ni?" Terkejut melihat aku terluka, Fatteh kalut mengambil kain lap kering yang berada dalam almari dapur.

"Ya Allah, Ya Allah macam mana boleh pecah ni, nah nah ambik kain ni lap air. Luka teruk jari kau," kain itu dihulurkan kepada aku. Melihat aku yang tak memberikan respon apa-apa, dia terus letakkan kain tadi atas tangan aku. Fatteh kemudian terus mengambil kotak peti kecemasan pula. Dalam keadaan cemas itu tak putus mulutnya menyoalkan tentang keadaan aku.

Aku pula masih lagi diam seribu bahasa. Jari jemari yang tercucuk serpihan cawan kaca itu tak terasa sedikit pun sakitnya. Darah pula makin laju menitik di atas meja.

"Alec, kau okay tak ni?" Fatteh begitu kelam kabut cuba merawat aku. Entah kenapa aku langsung tak memberi apa-apa jawapan kepada dia. Masih kekal diam melihat Fatteh yang cuba menarik keluar serpihan kaca pada jari aku menggunakan penyepit besi.

Selesai merawat, Fatteh terus hembus nafas lega. Aku periksa balutan kemas yang dibuat pada jari aku itu. Rapinya, seakan dia memang ada kemahiran dalam bidang perubatan. Segala peralatan dan juga ubatan tadi juga digunakan dengan begitu cekap. Seolah-olah dia tahu apa yang sedang dia lakukan. Hanya suaranya sahaja yang kalut menyoalkan keadaan aku, namun perbuatannya masih tenang mengawal keadaan.

"Kau study bidang medical ke?" Soalan pertama keluar daripada mulut aku. Fatteh senyum hambar. Sesaat kemudian dia geleng kepala pula.

"Janganlah buat aku takut Alec, apa yang buat kau marah sampai macam ni sekali. Aku ada tersalah kata ke tadi? Ataupun kau tak selesa untuk bekerja dengan aku," Fatteh pandang aku lama. Renungan matanya meredup. Seakan meminta jawapan daripada perbuatan aku tadi. Aku yakin dia terkejut saat melihat aku menggenggam cawan kopi itu sehingga pecah berkecai.

"Aku okay, aku bukan marahkan kau. In fact, aku tak marah lah. Kau jangan salah faham. Alah benda ni-" aku angkat tangan berbalut itu. "Sikit je ni, jangan risau," aku berikan jawapan selamat. Dengan harapan dia tak bertanya lebih seperti selalu. Aku malas nak beritahu yang sebenarnya aku sangat kenal dengan 'pak long' yang dia baru sebutkan tadi.

"Kau terkejutkan?" Teka Fatteh tiba-tiba. Aku senyap.

"Kau kenal pak long aku ke?"

Aku masih lagi kekal senyap. Mataku beralih ke arah lain. Sejujurnya aku dah biasa berurusan dengan pelbagai jenis manusia. Yang kejam, yang jahat, yang tak berhati perut, semuanya aku pernah jumpa. Tetapi apabila berjumpa dengan manusia sebaik Fatteh, entah kenapa buat kali pertama dalam hidup aku, aku jadi ragu-ragu untuk menipu.

"Kan aku kata, aku banyak uruskan tentang bisnes family angkat aku. Jadi aku adalah juga beberapa kali terlintas nama gelaran pak long kau tu dalam dunia bisnes," aku cuba berdalih tanpa berdusta.

"Tapi reaksi kau tadi bukan satu reaksi yang baik. Kau kata kau tak marah. Ya, sebab reaksi kau lebih kepada terkejut. Pak long aku musuh kepada syarikat bisnes family kau ke, Alec?" Teka Fatteh lagi.

Aku gengam tangan. Otak lincah memikirkan alasan untuk soalan kedua. Buntu kepala ingin menjawab. Tak kanlah aku nak kata yang pak long dia dah bertahun-tahun terlibat dalam salah satu bisnes jual dadah di pasaran gelap.

Tapi macam mana aku boleh tahu pasal hal itu pula? Nanti kantoilah yang aku juga ada terlibat sama.

Come on Alec, fikir.

"Hmm benda ni rahsia ke?" Soal Fatteh tiba-tiba.

"Ha?" Aku pandang lelaki itu laju.

"Tak adalah, kau macam susah je nak jawab soalan aku ni. Kalau benda ni rahsia tak apalah. Aku tak paksa pun. Lain kali aku tak tanya lagi. Kau janganlah susah-susah nak jawab. Jangan risau, aku faham. Dunia bisnes memang macam tu. Kadang-kadang tak semua kita boleh beritahu orang lain, betul tak?" Balas Fatteh sambil tersenyum lebar. Kotak peti kecemasan tadi dia letakkan kembali di tempat yang sepatutnya.

BOOK 17 | THE CONGSIGLIERE : SECRET MISSION (ON GOING)Where stories live. Discover now