Seusai makan, mereka berdua pulang semula ke pejabat. Alec sudahpun terangkan kepada Fatteh tentang senjata api yang dijumpainya tempoh hari. Namun ada fakta-fakta yang Alec olah sedikit supaya seorang lelaki seperti Fatteh mudah faham.
Sejujurnya Alec benar-benar tidak sangka yang Fatteh akan mempercayai pembohongannya semudah itu. Seolah-olah memperdayakan seorang anak kecil. Polos dan agak - bodoh? Awalnya dia hanya ingin bergurau dengan lelaki itu. Mungkin-
Namun Fatteh begitu mudah dibohongi. Tidak pasti sama ada itu satu kelebihan atau kekurangan kawannya itu.
Alec pandang sekeliling lobi syarikat. Hal Fatteh, dia perlu ketepikan dulu. Sekarang ini ada hal yang lebih penting dia perlu lakukan.
Kakinya melangkah ke arah kaunter pertanyaan, tak lepas matanya merenung ke arah meja yang terdapat di bahagian lobby. Ada dua orang perempuan cina yang sedang menjaga di kaunter. Kedua-duanya tinggi lampai, persis model. Berambut blonde. Juga berhias tak terlalu tebal. Alec hanya datang seorang. Tadi Fatteh sudah awal-awal lagi disuruh naik ke bilik terlebih dahulu. Ada sesuatu yang ingin Alec cari tahu tentang Haris. Sesuatu yang Fatteh tidak boleh tahu. Mungkin buat masa ni-
Alec terkaku langkah. Mukanya diraup kasar tiba-tiba. Dia tak boleh leka. Setelah dia dapatkan kehidupan yang diinginkan sebegini. Dia tak boleh lepaskan peluang yang ada. "Kalau aku leka, aku mungkin akan hilang sesuatu lagi-" Alec hembus nafas kasar.
Riak wajah diatur.
WELCOME TO -HOW TO SCAM PEOPLE PERFECTLY-
"Hi, excuse me?" Senyuman penuh berkarisma diukir buat kedua-dua gadis tadi. Rambut dikuak ke belakang. Tangan menongkat dagu. Tatapan mata, lock!
Note number 1
-Dapatkan perhatian mangsa. Untuk mendapatkan perhatian gadis, mudah, dengan cara? Teknik menggoda.
Salah seorang daripada gadis itu menoleh ke arah Alec, dia berbalas senyuman sebelum menjawab dengan nada yang sengaja dilembutkan. "Yes sir?"
Umpan mula dimakan mangsa.
"Saya pekerja baru dekat sini, Alec Bryce. Just call me Alec," Alec tunjuk kad pekerja yang tergantung pada lehernya, dia baru sahaja dapat kad itu sebelum keluar makan dengan Fatteh tadi.
"Ya, kenapa tu Encik Alec? Ada apa-apa yang kami boleh bantu?" Balas gadis itu sambil tersengih malu-malu.
"Saya nak tanya berkenaan dengan Tuan Haris, tadi ada dua orang tetamu dia datang. Pakai serba gelap. You two mesti ternampak diorang lalu tadi dekat lobi. Sebab tadi saya pun terserempak dengan diorang berdua depan bilik Tuan Haris. Cuma tulah-" Alec diam, dia ragu belakang kepala. Sengaja tayang wajah serabut. "Hmm- macam mana eh nak cakap-"
Melihat lakonan Alec, dua gadis itu mula tertanya-tanya. "Kenapa Encik Alec? Ada yang tak kena ke dengan tetamu tuan Harris?"
Note number 2
-Minta tolong dengan cara penuh naif, merayu dan sedikit ragu-ragu.
"Erm macam ni- Surat diorang terjatuh tadi, ni ha. Rasa nak kejar tapi tak sempat pula, sebab tadi nak keluar makan dengan Tuan Fatteh," satu sampul surat berwarna coklat diletakkan atas meja. "Boleh tak kalau nak minta tolong untuk berikan surat ni pada mereka semula? Diorang dah keluar ke? Atau masih dalam bilik Tuan Haris,"
Note number 3
-Pastikan tujuan jelas dilihat oleh mata kasar.(sertakan bukti sokongan)
"Oh, saya rasa macam diorang dah pergi dah tadi encik. Kan? Betul tak Celine. Tapi Encik Alec jangan risau. Saya boleh tolong berikan surat ni pada Umar, secretary Tuan Haris, mungkin dia boleh tolong encik pulangkan semula surat ni"
YOU ARE READING
BOOK 17 | THE CONGSIGLIERE : SECRET MISSION (ON GOING)
ActionAlec Bryce Salvatore seorang bekas ahli kumpulan kongsi gelap yang paling digeruni di US. Itu kisah lama. Sekarang dia ingin berubah. Namun semuanya tak semudah yang disangkakan. Kini, hidupnya tak tenang akibat diburu. Diburu oleh siapa? Kenapa? Se...