Bab 1

60 15 0
                                    

Muhammad Fatteh Darwish. Nak kenal orangnya bagaimana, cukup mudah. Berumur 30 tahun, seorang lelaki hasil daripada kacukan Melayu dan Bugis. Kulit yang agak cerah dengan rambut hitam keperangan. Bermata hazel juga mempunyai hidung yang cukup mancung. Dagunya agak runcing menampakkan dengan jelas jawline beliau. Bibirnya yang halus menyembunyikan sebaris gigi putih bersih yang lurus cantik.

Fatteh seorang yang tak banyak karenah. Seorang manusia yang tulus dan cukup suci. Kalau diberitahu yang dia ni sebenarnya malaikat bertopengkan manusia, aku akan percaya. Kepercayaannya terhadap manusiawi terlalu tinggi. Dianggapnya semua orang mempunyai hati yang suci seperti dia. Nak buruk sangka dekat orang jauh sekali. Kalau tidak, mana mungkin dia boleh tawarkan lelaki asing seperti aku tinggal bersamanya walaupun baru sekali pertemuan kami.

Buat masa ni yang aku boleh simpulkan adalah, Fatteh ialah definisi seorang lelaki sempurna.

Pejam celik, kini Fatteh dan aku telah menjadi rakan serumah lebih 2 bulan. Oleh kerana sifatnya yang tak banyak ragam dan simple, aku membuat keputusan untuk tinggal bersamanya dengan lebih lama. Hal sewa pula, Fatteh hanya menyuruh aku bayar sebanyak RM600 sebulan sahaja dengan kelengkapan rumah yang serba-serbi cukup.

Dalam masa yang sama, banyak benda yang aku telah pelajari daripada seorang manusia bernama Fatteh Darwish. Perwatakan kami sangatlah berlawanan. Dia bagaikan langit dan aku bagaikan bumi. Dia seakan burung yang bebas, manakala aku seakan anjing liar. Jiwanya bersih suci dan aku pula masih lagi-

"Alec, harini kau nak makan apa?" Soalan Fatteh menyentak lamunan ku yang sedang merenung lama ke luar tingkap balkoni. Lelaki itu baru sahaja pulang bermain gym di tingkat 5. Aparment elit ini lengkap dengan beberapa fasiliti seperti sauna, gym, kolam mandi dan beberapa kemudahan yang lain. RM600 sebulan? Terlalu murah bagi aku.

"Tak kisah, apa kau masak. Aku makan je semua,"

Oh aku ada cerita tak yang Fatteh ni bukan sekadar sempurna fizikal dan rohani malah dia juga sempurna daripada segi yang lain. Contohnya, memasak, membuat kerja rumah, bersukan, beramal dengan agama, mental yang sihat, kesemuanya hampir sempurna.

Kadang aku tertanya-tanya sendiri. Wujud lagi manusia seperti Fatteh dalam dunia yang begitu kejam ini. Apa didikan yang ibu bapa dia berikan kepada seorang manusia untuk terbentuknya satu kewujudan sesempurna seperti Fatteh.

"Kalau macam tu aku masak nasi goreng kampung dengan thai omelate lah ye? Aku rasa teringin pula nak makan nasi goreng kampung. Bro, kau tak ada alergik dengan belacan kan?" Soal Fatteh yang sedang menyarung sehelai apron pada badannya sendiri.

Aku geleng kepala. "Tak ada, aku okay je," mudahnya menjadi aku pula, aku langsung tak memilih bab makanan. Hanya tolak batu dan kayu sahaja. Kalau dahulu, segala halal haram pun aku redah sahaja. Memang langgar habis semua. Yang membesarkan aku pula si Elliot, seorang lelaki kacukan Italy yang mengamalkan konsep Liberal dalam kehidupannya. Memang makin jahanam lah jadinya aku.

Cukup tinggal 2 bulan bersama Fatteh, banyak perkara yang aku telah pelajari. Mungkin tak sesempurna iman seperti seorang Fatteh Darwish. Tetapi aku sudah mula menjaga mana yang halal dan mana yang haram. Bak kata Fatteh, nak berubah tak perlu mendadak. Cukup ada penambahbaikan hari demi hari.

"So macam mana job hunting kau? Dapat sangkut dekat mana-mana tak?" Fatteh memulakan topik seusai kami berdua memulakan suapan yang pertama setelah membaca doa. Sudah menjadi habit kami setiap kali waktu makan untuk membuka beberapa topik ringkas. Sekadar mengisi suasana sepi. Tak adalah kekok sangat merenung muka sesama sendiri.

"Hmm macam itu jelah. Diorang tak terima aku sebab aku tak cakna lagi selok belok mengenai Malaysia ni. Banyak benda aku nak kena belajar semula. Lagipun-" aku berhenti bersuara. Kunyahan dalam mulut aku telan habis.

BOOK 17 | THE CONGSIGLIERE : SECRET MISSION (ON GOING)Where stories live. Discover now