Bab 3

63 14 0
                                    

Baru sahaja beberapa minit yang lepas Fatteh meninggalkan Alec di hadapan pintu bilik Haris. Katanya sekejap lagi Haris akan buat sesi temu duga secara formal. Alec pula tak banyak bunyi. Dia hanya duduk menunggu sambil mata meliar memerhatikan sekeliling kawasan pejabat. Sambil-sambil itu, dia membuang masa dengan melihat telefon bimbitnya sendiri. Serba sedikit maklumat mengenai Syarikat The Wave ada di pencarian Google.

Apa yang dapat Alec simpulkan, pejabat ini mempunyai 10 tingkat. Tidak terlalu besar juga tidak terlalu kecil. Pekerjanya pula tak cecah 100 orang.

Mengikut yang diceritakan oleh Fatteh ketika dalam kereta tadi pula, syarikat yang bernama The Wave ini sudah 40 tahun beroperasi di kawasan Bangi. Memang ini tapak asalnya ia mula dibuka. Ayah Fatteh ialah pengasas utamanya. Namun oleh kerana Fatteh tak memperjuangkan haknya sendiri setelah ketiadaan mereka, kini si Harris pula yang dapat syarikat The Wave.

Itu kalau yang dilihat secara atas dasar. Alec tahu Syarikat The Wave bukan sekadar itu. Menjual barangan elektronik? Tidak. Ada yang lebih dalam lagi.

Mengikut maklumat daripada iPad Alec pula, The Wave adalah satu syarikat suci pada awalnya sebelum dikotorkan oleh tangan Haris, pak long kepada Fatteh. Sejak 20 tahun yang lalu, Haris jadikan syarikat ini sebagai tempat untuk penggubahan wang haram. Macam-macam kegiatan terlarang yang telah dilakukan oleh Harris. Bukan setakat penjualan dadah dan rumah pelacuran, malah perdagangan manusia juga pernah dilakukan oleh Harris. Kegiatan itu hampir-hampir terkantoi oleh pihak Unit Tindakan Khas PDRM, namun terlepas begitu sahaja akibat kelicikannya memanipulasikan maklumat.

Ianya tidak berhenti di situ sahaja. Beberapa tahun selepas itu, Harris mula menjalankan operasi perjudian haram pula. Targetnya adalah budak-budak sekolah menengah yang masih mentah dalam kehidupan. Diberikan kemanisan wang beberapa kali sehinggalah mereka sendiri ketagih untuk memperjudikan kesemua harta mereka. Malah ada yang sanggup mencuri, merompak dan juga membunuh untuk mendapatkan wang.

Semua itu tidak diketahui oleh Fatteh. Walaupun Fatteh bekerja di bahagian finance. Tetapi Haris lebih bijak memasang beberapa tikus di bahagian itu untuk mengaburi mata Fatteh. Atau mungkin-

Fatteh terlalu polos mempercayai ahli keluarganya sendiri.

"Alec Bryce, silakan masuk,"

Alec yang sedang mengelamun jauh itu lantas bangun apabila namanya dipanggil masuk ke dalam bilik kerja Haris. Beberapa kali nafas dalam dia tarik.

Kini, dia perlu berhadapan dengan lelaki itu sendiri.

-

"So, macam mana?" Soal Fatteh sebaik sahaja melihat kelibat Alec yang memasuki pintu biliknya. Tak sabar dia ingin mengetahui keputusan temu duga kawannya itu tadi. Memang dia sudah pasang harapan untuk bekerja sekali dengan Alec. Dia sangat yakin kawannya itu diterima, tak mungkin pak longnya ingin menggagalkan lelaki berbakat seperti Alec.

Alec berjalan mendekati meja kerja Fatteh sebelum dia labuhkan punggung di kerusi hadapan meja. Masih kekal tayang wajah tenang.

"Kau rasa-rasa?" Sengaja Alec angkat sebelah kening sewaktu menyoal. Ingin melihat reaksi Fatteh.

Fatteh yang sedang tersenyum itu langsung muram mendengar ayat Alec. "Alaa kenapa? Tak dapat ke?"

Alec geleng, dia tergelak sedikit sebelum sambung bersuara. "Dapat,"

"Alhamdulillah! Ya ke? Betul ke? Alhamdulillah! Yeay lepas ni boleh kita pergi balik kerja sama-sama! Boleh lunch sama-sama. Boleh stress sama-sama. Boleh-"

Alec senyum sahaja melihat rakannya itu meraikan kejayaan dirinya. Dia teringat kembali sewaktu sesi temuduganya bersama dengan Harris tadi.

"Alec Bryce?" Haris berkerut membaca kertas resume milik Alec. Dibeleknya beberapa kali dua helai kertas itu. Sesekali turut memandang raut wajah Alec di hadapan.

BOOK 17 | THE CONGSIGLIERE : SECRET MISSION (ON GOING)Where stories live. Discover now