PROLOG

57 10 0
                                    

DETIK hari terakhir aku, Dhiya Zahran bersama si dia, Hazirah Hazel ditemani hujan yang sangat lebat.  Di saat itulah aku menyedari bahawa hari bahagia itu akan menjadi hari terakhir aku dan dia.

Semuanya terjadi apabila keesokan harinya, ada ambulans datang ke rumah jiran. Rumah jiran itu ialah rumah milik Hazirah Hazel. Ayah, ibu dan adik-adiknya dijemput naik ke dalam van ambulans kerana kakaknya, Hazirah Hazel seperti berlaku kemalangan. Mereka dibawa ke hospital.

Aku teringat kata-kata terakhirnya.

"Kalau aku dah tiada, kau rindu aku tak?"

Aku hanya tergamam. Dan menjawab,

"Eh kau ni rindu lah, kau kawan aku kot... plus siap berjiran lagi."

Kemudian, kami pun balik ke rumah masing-masing.

Lima jam selepas keluarga Hazirah Hazel dibawa ke hospital.....

Keluarga Hazirah Hazel pun sampai di rumah, kami bertanya lah apa yang berlaku. Dan dia mengatakan bahawa anaknya, Hazirah Hazel sedang berada dalam hospital. Kami sekeluarga pun berasa sebak.

Sebab kejadian itu lah, aku terus melihat tingkap untuk menunggu kehadiran Hazirah Hazel. Namun, bayangnya telah tiada. Bapanya juga perlu berpindah ke tempat lain, jadi kami tidak lagi berjiran. Mereka berpindah dua hari selepas kejadian itu. Hazirah Hazel? Masih tiada khabar jika dia masih ada atau tidak.

Sehinggalah aku mendapat panggilan dari ibunya, Puan Maisarah. Dia meminta dengan aku agar tidak menceritakannya pada orang lain. Hanya aku sahaja yang patut tahu perkara itu. Jadi aku menyimpan rahsianya.

Puan Maisarah mengatakan bahawa Hazirah Hazel, anak perempuannya itu sudah tiada. Pada mulanya, aku kurang mempercayai kata-katanya. Dan dia langsung menghantar gambar yang boleh dikatakan membuktikan Hazirah Hazel telah tiada.

"Dhiya, ummi nak bagitau yang Hazel dah tiada."

"Dhiya okay kan?"

"I hope u are okay, Dhiya Zahran."

Iya. Aku mengelarnya Ummi Mai. Meskipun bukan ibuku tetapi dia banyak membantuku.

Kini, hariku seperti bunga layu sejak kehilangan mereka. Terutama sekali Hazirah Hazel. Aku masih setia menunggu kerana belum aku ungkapkan perasaanku. Namun, dia sudah tiada.

Aku banyak meluangkan masa dengan kawan kolejku dengan perasaan yang teringat "jika ada Hazel" mesti lagi meriah. Kawan-kawan dari pelbagai kelab banyak bersama aku. Pergi cafe. Pergi potluck. Pergi muzium. Pbakl pun sama. Dengan kawan perempuanku kebanyakkannya lah yang pergi membeli buku. Lelaki ni limited sikit.

Meskipun hari aku kelihatan bahagia, aku masih teringat waktu aku bersama dia.

Ada masanya aku termenung. Ada masanya aku seperti hilang arah. Kawan baru aku, Nur Qalisya selalu memerhatikan kelakuanku. Seperti tidak sama di waktu kami kolej.

Aku lain. Tidak gembira seperti dulu.

Nur Qalisya perasan benda sekecil itu.

Dia cuba menenangkan aku.

Terharu sebenarnya masih ada yang hargai aku.

Tapi, aku masih rindu dia. Dia, Hazirah Hazel.

─────────•°•❀•°•─────────

Sekejap panas, sekejap sejuk. Itulah hari-hari yang aku lalui selepas kehilangannya.

"Kopi ni pun kerap rasa sejuk macam angin sedang ditiup di dalamnya."

Dingin. Aku kembali seperti dahulu.

Bagaimana cara untuk menghangatkan balik? Aku cuba. Cuba. Dan, terus mencuba. Tetapi, tidak berjaya.

"Please come back, Hazel."

"I know u are still alive."

"Why u did that?"

"You such a selfish girl I had ever met."

"You know I will miss you... but why? Just why? I want to know the reason."

Namun ayat itu hanya keluar dipikiranku sahaja. Perasaan yang tidak pasti kebenarannya. Betulkah dia masih ada?

─────────•°•❀•°•─────────

AKU akan kembali membuat lagu baharu. Lagu itu merupakan cara aku mengungkapkan perasaan aku tanpa diketahui. Jika dia masih ada, harap dia tahu yang aku suka dia. Dan, masih menunggu dia.

Setiap masa. Setiap waktu. Di tempat aku.

Aku mencintai dia, Hazirah Hazel. Kawan yang aku ingin merubahnya menjadi kepunyaanku.

"I want to replace your status. From a friend to be mine."

Dan aku menulis lirik-lirik yang berkaitan tentang aku dan dia. Kedinginan hujan. Di dalam lagu yang bertajuk "Menunggu Cinta Darimu", sesuai dengan perasaan aku yang menunggu dirinya.

Lagu ini khas untukmu, kawanku, Hazirah Hazel.

"I miss you for real, stewpeed."

Bersambung...

TUNGGU CINTA DARIMU [WILL PUBLISHED]Where stories live. Discover now