Bab 06 : Amarah

155 3 0
                                    

Irfana Nuha (4)

       

        AKU terkilan dengan apa yang terjadi. Susah buatku menerima keadaan ini. Air mataku yang berlinangan dibiarkan tanpa aku berniat untuk mengesatnya.

Hari sudahpun petang. Aku juga sudah menutup kedai. Sayang sekali hari ini aku tidak mendapat pelanggan yang ramai, tidak seperti yang aku target. Mungkin hari ini bukan rezekiku.

Motor yang berkuasa tinggi mengaum, menarik perhatianku daripada kekal larut dalam kesedihan.

Mataku tertancap ke arah seorang lelaki yang memarkir motorsikalnya itu. Topi keledarnya ditanggalkan dengan kasar. Eskpresi wajahnya kelihatan resah.

Izham. Matanya dengan segera tertancap ke arahku dan berlari anak masuk ke dalam kedaiku. Bibirnya terketar-ketar.

Aku agak sedikit terkejut melihatnya. Aku sendiri yang memanggilnya datang ke sini namun, yang membuatku terkejut adalah wajahnya.

Bibirnya pecah dan mempunyai luka di sisi bibirnya. Kulit wajahnya sedikit pucat. Dia mempunyai sepasang mata panda yang merenung ke arah wajahku.

Bibirnya digigit lembut seolah-olah menahan rasa. Aku tahu dia tidak suka melihatku menangis. Dia dengan segera melabuhkan punggungnya di atas kerusi di hadapanku.

“Ini betul awakkan?” Aku menggunakan nada lembut, menolak foto-foto itu ke arahnya.

Dia pada mulanya terasa keliru. Matanya dengan segera tertancap ke arah foto-foto itu sebelum mata-matanya itu terbuntang. Dia terdiam.

Dia hanya diam. Tidak menafi, tidak mengiyakan.

“Saya tanya, ini awakkan?” Aku bertanya dengan nada yang sedikit ditinggikan. Kesabaranku mulai tipis.

Diamnya itu seolah-olah jawapan untukku. Aku mahu dia menidakkan sendiri. Itu bukanlah dia.

Halkumnya bergerak-gerak menahan rasa. Wajah pucatnya masih merenung ke arahku. Matanya yang redup itu dahulunya membuatkan jantungku berdegup kencang, terasa hangat namun perlahan-lahan rasa itu pudar.

Rasa dikhianati menyelebungi semuanya. Tidak ku sangka.

“Ya.” Ujarnya sepatah.

Hancur. Aku merasakan duniaku hancur. Dia mengiyakan. Dia tidak menafikan meski aku sudah berharap bahawa ini bukanlah dirinya.

Foto-foto Izham dalam keadaan mengaibkan di atas sebuah ranjang. Rambut hitam lebatnya berserabai. Tubuh Izham dan Hasya tanpa seurat benang, hickeys dan lipstick di kulit mereka.

“Apa yang tak cukup, Izham?” Tanganku dengan pandangan kosong.

Mataku yang bergenang tertancap ke arah wajahnya tanpa niat untuk menoleh sekalipun. Air mata yang sudah jatuh dibiarkan tanpa niat mengesatnya. Mataku sudah mulai kemerahan dan sedikit bengkak kerana menangis untuk masa yang lama.

Esakanku juga sudah hilang. Hanya air mata yang menjadi saksi kesedihanku dikhianati oleh orang yang aku sayangi sepenuh masa. Hanya dia tempat aku bergantung dan menerima kasih sayang daripada seorang lelaki. Kasih sayang yang benar-benar tulus.

His GriefWhere stories live. Discover now