FL-BAB 1

6.5K 15 0
                                    

Pov Melur

Siang itu aku menerima panggilan telefon daripada ayah. Permintaan ayah masih terngiang-ngiang ditelingaku.

"Melur kena datang rumah Ayah, ada majlis nanti,"

Aku berkerut kening.

"Majlis apa ayah? Melur dah janjilah nak keluar dengan kawan-kawan. Kami nak pergi Hatyai," beritahuku pula. Aduh! Rosaklah plan yang sudah lama aku rancang bersama kawan sekelasku. Bersempena tamat peperiksaan SPM, kami bersepakat untuk mengadakan trip ke Hatyai.

"Alah, Melur datang je ya. Mama pun dah rindukan Melur tu,"

"Tapi—"

Ayah lebih dulu mencantas percakapanku.

"Kalau Melur datang, ayah hadiahkan telefon baru. Yang Melur mintak itu hari, Iphone 17 tu,"

Uish! Ini permintaan yang tak boleh ditolak ni.

"Ayah beritahulah majlis apa. Senang Melur nak bawa baju yang sesuai nanti," kataku lagi.

"Pasal baju jangan risau, mama dah sediakan semuanya."

Ish ayah ni kenapa hendak berahsia bagai.

"A---"

Tutt

"Eh ayah ni! Aku tak habis tanya lagi."

Aku menghela nafas kasar. Emm...

Kalau ada majlis, pasti dia juga ada bukan?

Bagaimana aku hendak bertemu dua mata dengannya selepas kejadian itu?

Aku meraup rambut panjangku kebelakang. Kepalaku terdongak keatas, mengenangkan apa yang akan terjadi nanti.

Dalam terpaksa, tetap jua aku mengemas serba sedikit pakaian untuk dibawa kerumah ayah. Jaranglah aku kesana sebentar, pasti dua-tiga minggu. Kasihan juga hendak meninggalkan ibu sendirian dirumah, namun apakan daya, waktu cuti beginilah aku menghabiskan masa bersama ayah.

Jika tidak, selalunya aku akan bersama ibu dikampung. Aku dijaga sepenuhnya oleh ibu dan hanya berjumpa ayah jika terdapat cuti panjang.

Keluargaku tidak porak peranda, ibu dan ayah tidak bercerai, Cuma ayah berkahwin baru sahaja. Mama yang ayah maksudkan tadi merupakan ibu tiriku.



Aku memiringkan kepalaku kekiri, kemudian kekanan. Lalu bibirku menguntumkan senyuman. Cantik.

Pelamin mini yang tersergam indah dihadapanku ini memukau pandangan. Aku hanya mengetahui tentang majlis ini saat aku tiba dirumah ayah. Hendak patah balik pun, sudah terlambat. Tak mengapalah, kita hadap sahajalah apa yang termampu.

"Bila kau balik sini?"

Suara garau yang menyapaku secara tiba-tiba membuatkan aku tersentak hingga terhinjut kedua belah bahuku. Aku memalingkan tubuh ke arah suara itu. Berdiri tegak dia dibelakangku, sambil bibirnya melorekkan senyuman jengkel. Dia, lelaki yang paling menjengkelkan yang pernah aku kenal.

Tetapi wajah tampan serta senyuman manisnya, tidak pernah gagal membuatkan hatiku cair. Tidak pernah gagal juga membuat jantungku mengepam darah selaju yang mungkin ke seluruh tubuhku.

Abang Am atau nama betulnya Ameer Firdaus. Abang tiriku. Anak kepada mama, isteri baru ayah bersama bekas suaminya dulu.

"Ehem..." aku berdeham sebelum menjawab.

"Semalam sampai." Balasku ringkas.

"Tahniah." Kataku lagi sambil senyum hambar. Tahniah untuk pertunangannya yang bakal berlangsung esok.

"Asal kau makin buruk? Kau tak mandi ke daripada semalam?"

Haaa! Dia dah mula. Aku yang cantik bak Hannah Delisha ni dia kata buruk. Aku cuma pendek! Bukan tak cantik ya. Kulitku putih melepak, badanku tidak kurus dan tidak gemuk. Yang penting BMI aku normal. Mukaku pula agak chubby kerana aku mempunyai apple cheek dan bibirku pula, memang semula jadi kemerahan. Tak pakai lipstik pun merah okay!

"Eh! Dah mandilah. Apa abang ni?"

Aku menjeling tajam kearahnya.

"Then kenapa masih nampak buruk?"

Berkerut seribu dahiku mendengar soalan tidak masuk akal daripadanya. Dah nak jadi tunang orang pun, perangai masih seperti budak 5 tahun. Ke dia cacat otak?

"Suka hatilah. Buruk ke cantik bukan masalah abang pun kan?" Balasku acuh tak acuh.

"Kalau bukan masalah aku, masalah siapa?"

"Masalah hidup Melur lah. Tak pun masalah boyfriend Melur. Yang penting bukan masalah abang,"

Dia menjegilkan matanya kepadaku. Mungkin geram kerana aku berani membidasnya kembali.

Aku membuka langkah untuk berlalu dari situ. Malas aku hendak melayan perangai tidak semengahnya. Tiba-tiba tanganku dilelar oleh Abang Am.

Aku berkerut kening. Apahal pulak mamat ni?

"Nak pergi mana?" Soal dia. Eh? Dah kenapa nak tahu? Sibuk je.

Aku melirik kearah tangan kekarnya yang memegang lenganku.

"Pergi dapur, nak tolong mama. Lepas boleh tak? Haram tau tak haram?" Aku merentap tanganku dari pegangannya dan terus berlalu pergi ke dapur. Entah kenapa aku terasa seperti matanya masih tajam menikam kearah tubuhku yang sedang berjalan ke arah dapur itu.

Dia kelihatan bersahaja. Sudah lupakan dia pada apa yang berlaku dulu? Hmm...

Malas untuk aku fikir tentang dia. Baik aku tolong mama siapkan juadah makan malam. Esok pula pasti kami sangat sibuk kerana menguruskan majlis pertunangan abang Am dan kekasihnya.

KOLEKSI EBOOKWhere stories live. Discover now