ONS-BAB 1

5.8K 14 0
                                    

Pov Maya Audya

AKU memegang kepala yang terasa berat. Rasanya seperti ada jarum tajam yang sedang mencucuk hingga kebenak kepalaku. Sakit!

Perlahan-lahan aku bangun dari pembaringan, duduk menegak diatas katil. Aku menggeliat kecil. Kenapa tubuhku terasa penat yang teramat sangat. Rasa lemau. Terasa lemah segala sendi dan sangat tidak bermaya.

Dengan mata yang masih dilanda kantuk, aku memaksa mataku untuk terbuka perlahan-lahan. Sedikit demi sedikit sehingga terpapar jelas suasana bilik yang sangat asing bagiku. Mataku melilau sekeliling bilik itu.

Aku dimana? Aku memegang kepalaku lagi. Auch! Sakitnya...

Fikiranku cuba mengingat kembali apa yang berlaku. Namun hampa kerana masih tiada satu pun memori yang singgah malah semakin aku mencuba kepalaku menjadi semakin sakit.

Aku pening.

"Hmmmm baby... sleep more," suara garau yang menggumam membuat aku tersentak. Kejung tubuhku disitu. Hanya deruan nafas yang berhembus, itupun sudah tidak sekata pernafasanku. Walaupun tidak jelas butir perkataan yang dilontarkan, namun aku tetap memahaminya.

Mataku terbuntang. Si-siapa.... Aku menoleh ke sebelah. Mataku seperti mahu terjojol keluar apabila melihat susuk tubuh seorang lelaki sasa yang sedang lena tidur tanpa berpakaian disebelahku.

Ohh crap! Aku menekup mulut. What the hell am I doing? Omg!

Aku bagaikan tidak percaya apa yang berlaku.

Did I?

Aku membelek tubuhku dibawah duvet tebal itu, telanjang. Berbogel. Tiada secebis helaian pakaian pun yang menutup tubuhku saat ini.

Omg! I did it.

Fuck!

Tanpa menyedarkan manusia yang bertubuh sasa disebelah, perlahan-lahan aku turun dari katil. Mencari dimana pakaianku. Aku perlu pergi segera.

Bra sudah kucapai. Ku cangkuk secepat mungkin.

Oh, shit my panty! Panty mahal ni! Koyak rabak! Buas sangat ke aku malam tadi?

Arghhh! Pedulikan. Aku mencampak seluar dalamku kembali kelantai, dress hitam yang aku pakai malam tadi ku sarung kembali ketubuhku. Aku mengambil handbag yang terdampar dilantai bilik hotel itu dan aku gegas berlari keluar dari bilik hotel itu. Aku meninggalkan dia yang masih lagi nyenyak tidur. Lelaki asing yang tidak aku kenal.

Apa yang aku buat ni?

Aku langsung tidak ingat apa yang berlaku.



AKU mundar mandir dibilik tidurku. Apa yang aku dah buat ni? Mati aku kalau mengandung! Omg!

Baru sekali tak kan mengandung kan?

"Arghhhhh!"

"Apa yang aku dah buat ni..." Aku terjelepok dilantai. Semua itu berlaku diluar kesedaranku. Aku tidak tahu bagaimana aku berakhir dikatil, dalam keadaan yang mengaibkan dengan seorang lelaki yang aku tidak kenal.

Aku meraup wajahku. Bodohnya Maya. Entah-entah lelaki tu ada HIV/AIDS?

Mampuslah... Aku meratap pilu.

Tidak sangka yang daraku akan berakhir sebegini. Didalam keadaan tanpa relaku. Diusiaku 29 tahun, dan yang konon-kononnya dara itu aku jaga untuk suamiku kelak. Hampa. Semuanya berlaku sekelip mata, terlalu pantas. Lebih hampa apabila aku lupa bagaimana perkara itu berlaku.

Tetapi... lelaki itu agak kacak. Aku masih ingat keningnya yang lebat dan hampir bertaut itu. Itu sahaja yang aku ingat tentang lelaki itu. Wajahnya... hanya samar-samar didalam fikiranku.

KOLEKSI EBOOKWhere stories live. Discover now