BAB 3

5.3K 14 0
                                    

Pov Melur

"A-pa abang buat ni? Lepaskanlah Melur," suaraku sudah naik seoktaf. Aku agak terkejut dengan tindakan berani Abang Am. Tidakkah dia sedar betapa ramainya manusia yang berada dirumah saat ini?

"Shh... jangan cakap kuat-kuat." Abang Am meletakkan jarinya dibibirku sebelum dia mengusap bibirku dengan ibu jarinya. Jarinya kemudian mengusap pipiku dengan lembut.

"Lepaskan Melur! Apa abang Am nak?" Kataku pula secara berbisik. Aku ketap gigi. Sungguh aku sebal dengan tindakannya itu.

Aku lihat dia terdiam. Tetapi wajahnya semakin mendekati wajahku dan dengan pantas aku memalingkan wajahku ke sebelah kanan.

Aku dapat rasakan yang bibir basah milik Abang Am sudah melekap dipipiku. Jantungku semakin berdegup kencang. Aku tidaklah terlalu bodoh untuk menilai perlakuan abang Am sekarang. Bibirnya melorek senyum disebalik ciuman dipipiku.

"Le-lepaslah. Kalau tak Melur jerit!" Ugutku. Aku sudah mulai cuak. Aku risau jika Abang Am akan melakukan sesuatu yang lebih daripada ciuman itu. Aku risau jika aku yang akan jatuh longlai ke pelukan dia.

"Hm... comel juga kau ni. Pipi tembam. Yang bawah tu tembam tak?"

Aku menelan liur kesat mendengar soalan nakal daripada Abang Am. Dia langsung tidak tergugat dengan ugutanku.

"A-apa Abang ni!" Aku mengetap geraham.

"Kalau dah sangap sangat, pergilah cari tunang abang. Kenapa nak kacau Melur!"

"Suka hati akulah aku nak kacau siapapun." Ujarnya selamba.

Tangan Abang Am mula bermain pada bahuku dan jika dia menarik kain yang berada diatas bahuku,pasti kebaya itu terlucut dari tubuhku dan mendedahkan kulitku yang putih mulus itu.

"A-bang ni ke-kenapa?"

Arghh kacau! Aku tahu pandangan mata itu. Pandangan mata yang berahi. Aku bukanlah gadis polos yang tidak tahu apa, aku tahu apa yang sedang berlaku dan akan berlaku jika aku tidak menghalangnya sekarang.

Bau cologne Abang Am begitu wangi. Bau itu menusuk kedalam hidung. Jantungku sudah bagai seperti hendak meletup dengan sensasi yang Abang Am berikan. Tangannya yang bermain pada bahuku itu membuatkan aku menjadi tidak keruan.

Tangannya kemudian mengelus lembut pipiku sebelum dia mencengkam pipiku kuat. Dia memalingkan wajahku ke arah wajahnya sebelum dia melepaskan pipiku.

"Kau tak rindu aku ke Melur? Dah lama kita tak jumpa sejak hari itu. Kau dah lupakan aku ke?" Soalnya.

Iya hari itu. Hari bersejarah bagiku. Hari yang aku tidak mahu kenang lagi. Hari yang mana aku memohon agar terpadam lenyap daripada ingatanku. Hari yang tidak akan aku lupakan namun aku tetap mencuba untuk menghapus memori itu.

"T-tak. Melur tak ingat. Lepaslah Abang. Melur nak turun. Nanti apa pula kata mama kalau Melur lama-lama dibilik."

Aku lihat hujung bibirnya terjungkit sinis.

"Tak sangka kau dah lupakan aku, lebih-lebih lagi apabila kita sudah berkongsi segalanya. Perlu ke untuk aku ulang balik apa yang berlaku baru kau akan ingat?"

Kata-katanya membuatkan liurku terasa berpasir dan amat kesat untuk kutelan.

"A-apa apa sajalah. Lepaskan Melur sebelum Melur jerit!" Ugutku lagi.

Tanganku dilepaskan. Aku mendengus kuat.

"Tahniah atas pertunangan abang." Ucapku ikhlas. Dan abang Am terus berlalu keluar dari bilikku tanpa membalas ucapanku. Riak wajahnya juga hanya tenang sahaja.

Tanganku menekap didada. Kenapa dia kembali mengingatkan aku tentang itu? Aku jatuh melorot ke lantai.

Bukan mudah untuk aku lupakan kejadian itu. Kejadian yang meragut sesuatu yang bernilai dariku. Sebab itulah aku sering mengelak dari berjumpa dengannya. Jika diikutkan sudah hampir setahun kejadian itu dan sejak itu aku hanya balik kerumah ayah ketika dia tiada disini.

Aku tidak lupa bagaimana hal itu berlaku. Aku tidak juga menyesal tetapi jika boleh, aku tidak mahu mengulanginya lagi. Cukuplah sekali hal itu berlaku, dan aku inginkan hal itu kekal menjadi sejarah dalam hidupku.

Tidak mahu melayan perasaan, cepat-cepat aku menukar pakaian dan berlalu turun ke dapur.

"Lama betul tukar baju," tegur mama.

"Sorry mama. Melur rehat kejap tadi. Melur nak tolong apa ni ma? Soalku kepada mama sambil tayang sengih busuk. Serba salah pula jadinya. Ini semua salah Abang Am!

"Semua dah hampir siap. Melur makanlah dulu, adik mama ada bawa bubur kacang. Ayah cakap Melur suka bubur kacang," kata mama.

Aku terharu dengan layanan mama. Mama begitu baik padaku dan dia langsung tidak kekok untuk melayaniku seperti anaknya sendiri.

Aku angguk kepala. Memang aku suka. Lagi-lagi bila makan bersama roti bata. Lagi sedap!

"Terima kasih mama." Aku melemparkan senyuman manis sebelum aku mengambil mangkuk dan mencedok bubur itu.

"Buat untuk aku satu,"

Entah dari mana dia datang, aku tidak perasan. Permintaannya aku tunaikan tanpa banyak soal. Aku mengambil lagi satu mangkuk dan mencedok bubur itu. Kemudian aku hulurkan mangkuk itu kepada abang Am yang berdiri sebelahku.

Dia menyambut mangkuk itu dan dengan sengaja, dia menyentuh hujung jari jemariku.

Aku menahan geram, lebih-lebih lagi apabila melihat senyum nakal yang terukir di bibirnya. Dia masih lagi memakai baju melayu yang dipakai ketika majlis berlangsung tadi.

Aku tidak dapat menahan mataku daripada mencuri pandang padanya. Abang Am memang kacak orangnya. Tinggi lampai dan hitam manis. Lekuk lesung pipit dipipi kirinya juga membuatkan wajahnya bertambah manis.

Dia milik orang Melur! Jangan nak berangan jauh sangat.

Aku menyedarkan diri sendiri. Antara aku dan Abang Am, kami tidak mungkin bersama.

KOLEKSI EBOOKWhere stories live. Discover now