BAB 27

1.1K 128 2
                                    

[WRITTEN ON 8 MARCH 2023]
[UNEDITED]

[NO ONE POV]

DATO ADI MELANGKAH MASUK ke dalam sebuah restoran yang dia serang datang untuk makan tengah hari. Biasanya dia akan bawa pembantu peribadinya, Ilyas tetapi lelaki itu MC hari ini jadi dia keluar makan sendirian. Kakinya di bawa masuk ke dalam restoran itu, tiba-tiba ada seseorang melanggarnya membuatkan dia hampir jatuh tetapi ada tangan yang menstabilkan tubuhnya semula.

Dato Adi menoleh melihat orang yang melanggarnya meminta maaf sebelum berlari keluar dalam keadaan tergesa-gesa. Kemudian, dia menoleh ke arah berlawanan dengan pintu restoran itu, melihat satu susuk tubuh sasa masih memegang bahunya dengan riak risau.

"Uncle, okay ke?" Satu duara asing menegurnya. Dato Adi lega ada yang sempat menyelamatkannya, jika tidak sudah jadi nangka busuk di atas lantai itu tadi. Suara garau yang menyoal keadaannya itu membuatkan Dato Adi senyum lega.

"Uncle okay. Terima kasih selamatkan uncle tadi." Dato Adi bersuara sopan, dia mengangkat wajah melihat jejaka tinggi itu dan apabila anak matanya bertemu wajah lelaki itu, Dato Adi tersentak.

"Eh, kamu ni Qaiser Iman, kan? CEO Qwatch?" Dato Adi bersuara dengan nada terkejut, tidak sangka dia bertemu bos kepada puteri tunggalnya itu di sini. Sebelum ini, CEO Qwatch tidak pernah menunjukkan wajahnya di media sosial membuatkan identitinya misteri. CEO Qwatch sebelum ini hanya dikenali sebagai Q.I. sahaja yang menjadi logo di setiap lukisan reka bentuk jam yang diciptanya.

Sejak puteri tunggalnya mula bekerja di Qwatch, Dato Adi membuat banyak kaji selidik tentang bos anaknya itu dan mengetahui banyak maklumat lelaki itu daripada anaknya sendiri termasuklah wajah lelaki itu sendiri.

There is no secret between the dad and the daughter.

"Ya, saya. Uncle siapa? Macam mana boleh kenal saya?" Qaiser pula keliru ada yang mengenal siapa dia. Terkejut juga dia orang luas boleh mengenalinya sekali dengan pangkatnya.

Dato Adi senyum lebar.

"Nama uncle, Dato Adi, ayah kepada Talita Adisty. Anak uncle bekerja sebagai PA kamu. Dia banyak bercerita tentang kamu." Mendengar itu, wajah Qaiser berubah bersinar, entah kenapa dia rasa teruja tetapi gementar dapat bertemu ayah Talita.

"Allahu, kecil betul dunia ni. Talita ada juga kenalkan Dato pada saya sebelum ni tapi tak banyak." Qaiser bersuara dengan nada yang masih ramah seperti tadi cuma sekarang nadanya sedikit bergetar kerana gementar. Qaiser cuba kawal perasaannya.

"Eh, tak perlu panggil Dato. Panggil uncle aje." Qaiser mengangguk kecil. Dato Adi menepuk bahu Qaiser lembut.

"Kamu baru sampai atau dah nak balik? Kalau baru sampai, marilah makan bersama. Uncle sorang aje hari ni." Dato Adi mengajak Qaiser makan bersama, sejujurnya Qaiser baru sudah habis makan namun dia tidak akan melepaskan oeluang untuk berkenalan dengan bakal mertuanya itu.

"Boleh, saya belanja." Qaiser setuju dengan ramah, Dato Adi ketawa senang, dia mengangguk kecil dan mereka berlalu duduk di sebuah meja yang kuota untuk empat orang itu. Mereka duduk mengadap antara satu sama lain, seperti sedang menemu duga.

"Uncle harap Talita okay kerja dengan kamu. Talita seorang yang fast learning, uncle yakin dia boleh catch up dalam semua tugasan." Dato Adi memuji anaknya melambung, Qaiser senyum lebar, dia tidak menafikan semua itu, Talita sememangnya cepat belajar dan mudah faham kerana itu sehingga sekarang gadis itu masih bekerja sebagai PAnya.

JEJAKA NERD [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now