Bab 4 : 30 Hari Selamanya

65 4 0
                                    

Bab 4
"Dato, your grandaughter is here. She want to see you right now."

Bisikan setiausahanya membuatkan mata Dato Haimi terbuka luas. Dia mendongak, menatap wajah Fatin yang kelihatan serba salah. Dah apehal pulak budak bertuah tu datang ke pejabatnya pada waktu-waktu begini? Dia dahlah tengah sibuk meeting dengan investor dari Filipina, berani pula Tiyara mengarahkan dia itu dan ini.

Dato Haimi menggamit Fatin agar dekat kepadanya. Sekali lagi wanita itu membongkokkan separuh badan. Mendekatkan telinga yang dilitupi tudung berwarna merah jambu ke mukanya.
"Can you ask her to leave?"

"I'm afraid I can't, Dato. Tiyara tengah make scene dekat lobby sekarang ni."

"What do you mean?"

"Tadi staf dekat bawah dah inform Tiyara yang dia tak boleh naik sebab tak buat appointment. But she insisted. Mengamuk-ngamuk dia nak jumpa Dato sekarang jugak." Panjang lebar Fatin berbisik kepadanya.

Dato Haimi terus mendengus geram. Pandangan yang resah dialihkan ke meja berbentuk oval yang dikelilingi dua belas orang ahli mesyuarat. Masing-masing kelihatan sedang rancak berdiskusi sesama sendiri. Dalam keadaan sepenting ini, dia tak mahu diganggu dengan perkara yang remeh temeh dan membuang masa.

Tapi takkan nak dibiar saja Tiyara mengamuk macam orang gila dekat lobby? Sudahlah sekarang ini zaman viral memviral, malu muka dia nanti. Lagipun pasti staf dan klien-klien di bawah sana turut rasa terganggu dan tidak selesa.

Sambil memicit dahi yang mula berdenyut, Dato Haimi memberi isyarat kepada Fatin supaya membenarkan Tiyara naik ke bilik pejabatnya. Mahu tidak mahu, terpaksalah. Takkan dia nak biarkan orang ramai terus merakam perangai tak tahu malu cucunya? Hujung-hujung, dia juga yang dipandang hina nanti.

Dato Haimi meminta diri buat beberapa minit daripada ahli mesyuarat yang terlibat. Kemudian tergesa-gesa dia keluar dari meeting room dan terus berjalan ke bilik pejabatnya. Airmuka berubah tegang sampai tak ada sesiapa berani menegur. Masuk saja ke dalam kamar yang luas ini, punggung terus dihempas ke atas kerusi. Kencang sekali nafasnya berlari. Jantung juga berdetak pantas akibat jerih menahan kemarahan.

Tak sampai lima minit menanti, daun pintu ditolak dari luar. Lalu muncullah si cucu bertuah yang diiring masuk oleh setiausahanya. Tajam sungguh pandangan Dato Haimi terpanah kepada Tiyara yang tak beradab sopan. Jangankan nak memberi salam, selamba saja gadis itu mengunyah chewing gum sebelum duduk bersilang kaki di atas sofa di ruang rehat pejabatnya. Pakaian dahlah tak senonoh, sakit betul mata dia ni!

"Fatin, you boleh continue dengan meeting tadi. Sekejap lagi I re-join."

"Baik, Dato."

Sebaik saja Fatin berlalu dan menutup pintu dengan rapat, Dato Haimi terus bangkit dari duduknya. Dia terus berjalan menuju ke ruang rehat sambil membawa emosi yang sangat berat di dada. Dan kalau ditelek wajah dia ini, mungkin makin banyak kedutan wujud gara-gara runsingkan perangai liar Tiyara.

"So, what brings you here? Seronok dapat malukan tokpa dekat bawah tadi? Apa yang ada dalam otak kamu tu sebenarnya, Tiyara? Angin?"

Tiyara letupkan belon chewing gum di mulutnya. Dengan muka unbothered, pandangan dihala tepat ke arah datuknya. Lelaki tua yang sentiasa hebat bergaya itu sudah pun mengambil tempat di sofa bertentangan. Muka macam biasalah, muka nak mengamuk aje setiap kali berjumpa dengannya.

"Kalau tak buat macam tu, bukannya Tokpa nak jumpa Tiyara."

"Huh, why do you want to see me here? Urgent sangat ke sampai tak menyempat tunggu Tokpa balik rumah?"

"Urgentlah. Mama dan papa dah sekat duit belanja Tiyara."

"So?"

"I need money, Tokpa. This weeekend Tiyara nak pergi Bali, tapi mama dan papa tak nak bagi duit. So dengan siapa lagi Tiyara nak mintak kalau bukan dengan Tokpa?"

Ebook 30 Hari Yang Selamanya  (Ready File)Where stories live. Discover now