Bab 7 : 30 Hari Yang Selamanya

38 0 0
                                    

Bab 9
Bunyi alarm menggoncangkan dunia mimpi Tiyara. Jika kebiasaannya pukul dua belas tengahari baru dia reti mencelik mata, hari ini bersemangat sungguh dia bangun awal. Semata-mata sebab nak bersemuka dengan mama sebelum ibunya pergi ke mana-mana.

Dengan rambut berserabai, leher baju melorot sampai ke bahu, terhuyung hayang Tiyara turun dari katil. Kaki yang dihala ke tingkap sampai tersenget-senget ke tepi. Punyalah mamai tak biasa bangun pagi!

Menyelak sedikit langsir tebal berwarna beige itu, mulut automatik mengaduh. Silau betullah matahari ni! Hanya sebelah mata saja berani dibuka. Itu pun kecil, muat-muat untuk mengintai ke luar. Buat beberapa saat dia memerhati dengan gigih. Pedih mata kut!
Ahah, great!

Kereta Tokpa dan papa dah tak ada dekat bawah porch. Confirm dah pergi main golf sebab dia ada terdengar perbualan papa dan datuknya malam tadi. Ada tournament penting pagi ini. Dan di situ hanya ada sebuah MPV berwarna hitam saja terparkir. Kereta mama. Ngam-ngamlah dia set alarm. Kalau mama pun dah keluar ke mana-mana tadi, musnahlah harapannya nak mengecek duit.

Dengan baggy t-shirt yang terlondeh di sebelah bahu, seluar pendek separas peha, kelam kabut Tiyara keluar dari kamarnya. Berlari-lari dia menuruni anak tangga untuk ke ruang bawah. Di penghujung tangga, sayup-sayup dia terdengar suara mama sedang bercakap-cakap dengan seseorang. Mungkin berbual dengan Mak Nemah.

Bergegas ke ruang makan, langkah laju Tiyara tiba-tiba terhenti. Terkejut bila melihat ada seorang lelaki duduk di hadapan mama di meja makan. Dia tak nampak muka sebab lelaki itu masih membelakanginya.

"Eh? Awal pulak kamu turun hari ni?"

Pertanyaan ibunya membawa pandangan pemuda misteri yang ikut sama menoleh ke mari. Buat seketika pandangan mereka saling bertemu. Oh, hello. Siapa mamat handsome ni? Jangan cakap mama dah pandai bawak balik skandal ke rumah pulak! Tapi impossiblelah anak ikan sebab dia tahu mama bukan macam tu. Mungkin cikgu muda dekat sekolah mama kut.

Puan Qaula mengeluh dalam diam. Terpaksa mengabaikan pakaian tak senonoh anaknya buat seketika. Kalau disuruh naik, tukar baju dulu, memang membentaklah budak sorang tu. Kalau boleh dia tak mahu Tiyara menunjuk perangai tak elok di hadapan Zayyad. Bimbang pemuda ini u-turn balik ke kampung dan tak jadi nak bekerja dengan mereka.

Papa awal-awal dah bagi warning tadi. Make sure Zayyad tak tarik balik persetujuan untuk menjaga Tiyara. Jujurnya dia segan juga nak berdepan dengan anak muda ini. Lebih-lebih lagi Zayyad merupakan anak sulung Fazrul. Lelaki yang pernah cuba dijodohkan dengannya dizaman muda dulu.

Kalau dikenang semula, memang Puan Qaula sangat menyesal dengan sikap keterlaluannya. Bukan sedikit dia mencaci dan memaki hamun Fazrul. Punyalah dia bencikan lelaki kampung itu. Sebab dia rasa Fazrul tak sepadan nak diangkat sebagai suaminya. Dia wanita moden, perempuan bandar, disuruh pula naik pelamin dengan Fazrul yang berfikiran kolot. Memang dia tak inginlah!

Dan semua kebencian itu ditunjukkan supaya Fazrul mengalah dan turut membencinya. Biar mereka berdua tak jadi menikah. Dan setelah tiga bulan Fazrul menadah sikap kasar dan kurang ajarnya, Fahrul membuat keputusan untuk give up. Menangis-nangis lelaki itu merayu di depan papa agar 'dilepaskan'.

Hmm, kesian sungguh. Jika ditanya pada waktu sekarang, memang Puan Qaula menyesal separuh mati. Memang tak patut dia melayan Fazrul sampai ke tahap paling rendah itu. Dan sekarang Allah sudah pun turunkan balasan di dunia. Anak gadisnya pula mengikut jejak dia. Menjadi liar, kurang ajar dan sukar dikawal.

Ironinya, sekali lagi papa meminta pertolongan daripada keturunan Pakcik Sahak. Kalau dulu anak Pakcik Sahak dikerah membetulkan jalannya, dan sekarang Zayyad pula. Haih, dia pun tak faham apa yang ada difikiran papa. Papa seolah-olah terlalu memandang tinggi kepada Pakcik Sahak. Pasti ada kebaikan Pakcik Sahak yang tak pernah dilupakan oleh ayahnya.

Ebook 30 Hari Yang Selamanya  (Ready File)Where stories live. Discover now