Untuk pembelian whatsapp 0126864917 RM19 (710ms) Sinopsis Tiyara adalah si spoilt brat yang menganggap dunia hanya perlu berputar di sekeliling dirinya semata. Semua kehendak dan kemahuan dia wajib diikut. Perintahnya juga perlu segera diturut. Tak boleh tidak, semua harus patuh! Semakin hari, semakin menjadi-jadi pula perangai liar Tiyara. Berpeleseran dengan lelaki, meneguk arak, berpesta di kelab malam. Sampai hampir pecah kepala mama, papa dan tokpa yang berusaha membentuk dirinya menjadi 'manusia' semula. Tapi boleh berjaya ke? "Jadi bodyguard? Dato nak saya jaga siapa?" "My grandaughter, Tiyara. I'll pay you 12K a month." Kerana perlukan wang demi masa depan kekasih dan adik-adiknya, Zayyad bersetuju untuk menjadi pengawal peribadi cucu Dato Haimi. Lagipun dia sendiri memiliki pengalaman yang luas dalam bidang tersebut setelah bertahun-tahun bertugas di Singapura. Namun menjaga seorang Tiyara, tak sama seperti mengawal sepuluh orang ahli politik. Ternyata ia lebih sukar dan sangat mencabar. Kerana perempuan seorang ini... ah, senang kata perempuan seorang ini paling celopar, paling keras kepala dan terpaling hati batu! Setiap kali bertembung mata, siaplah mereka berdua bertengkar sampai perit-perit tekak!
8 parts