Episode 30 ♣︎

27 2 0
                                    

"Hayna.. Aku hanya benci! Semua orang nak pisahkan kita! Dan aku tak nak diorang pisah kita!" Kata Arzif dengan esakannya namun sedikitpun hati Hayna tidak tersentuh.. Lelaki ini sanggup bunuh ibunya tanpa memikirkan apa-apa

"Assalamualaikum.." Satu suara muncul.. Dan suara itu membuat Hayna gelabah.. Dia takut suara itu akan menjadi mangsa seterusnya Arzif..

"Hey my sweetie.. Tak baik tak jawab salam!" Kata Sofia, sepupu Arzif belah bapa.. Dia memang agak gerun melihat Arzif namun sekarang dia harus melupakan takutnya itu untuk berjumpa rakannya

"Assalamualaikum.. " Suara seseorang lagi.. Mereka memandang jejaka itu dengan bingung.. Emar

"Eh aku rasa sekarang tak sesuai pula nak sembang dengan ada mayat kat sini.. Korang pergi lah bersihkan diri.. Pastu pergi rumah ibu ayah.." Kata Sofia dengan senyuman.. Selepas melihat Hayna dan Arzif pergi dia langsung mengalir airmata

"Astaghfirullah.. Ya Allah.. Kau selamatkan lah sepupu ku.." Sofia agak gerun melihat rumah yang begitu kacau.. Bahkan mayat itu ialah orang yang membesarkan Arzif..

.....

"Kenapa bawa Emar?" Tanya Hayna.. Dia hanya sesekali menjeling Arzif yang sedang berbual bersama Emar di kaunter dapur

"Aku just saja nak jumpakan kau dengan member lama kau, Emar.. Hayna.. Aku cintakan Emar... " Kata Sofia dengan lembut... Hayna membalas dengan senyuman sendu dan dia begitu bersyukur Sofia tidak menanyakan tentang keadaan di rumah mereka tadi..

"Ehmm.. Bila korang nak kahwin?" Tanya Hayna, sejujurnya dia sendiri sedang serabut.. Namun demi membahagiakan sepupunya

"I don't know.. And kau pun tahukan.. Minggu depan aku kena masuk balik Thailand.. So lama juga lah kan.." Kata Sofia dengan suara lembutnya.. Tiba-tiba Arzif dan Emer menghampiri mereka, Emer duduk disebelah Sofia dan Arzif pun duduk disebelah Hayna

"Sayang, dah puas sembang?" Tanya Emer dengan lembut..

"No!! Awak ni.. Cepat-cepat sangat dah kenapa?" Tanya Sofia bingung

"Hehe.." Emer melayan Sofia begitu manja dan lembut bahkan membuat Arzif dan Hayna cemburu..

"Aku rasa kitorang balik dulu lah kan.." Kata Sofia saat sedar tatapan Hayna dan Arzif pada mereka

"H-ha okey.." Hayna hanya mengangguk dan Sofia dan Emer pun langsung pulang ke rumah mereka...

"Huh.." Hayna menghela nafas beban selepas Sofia keluar dari rumah mereka..

"Kan best kalau kita macam tu.. Kau ok.. Semua orang restu.." Kata Arzif dengan kekok..

"Semuanya berpunca dari kau.. Jangan buat macam kau mangsa.." Kata Hayna dengan dingin.. Dia tak suka apabila Arzif berkelakuan seperti mangsa

"Day.. Semua berpunca dari orang yang benci kau.. Dan untuk melindungi kau.. Aku perlu bunuh mereka.. Walaupun itu ibu ayah.. Sebab... Aku taknak kau tak percayakan aku kalau aku tak boleh jaga kau.." Kata Arzif dengan menunduk.. Dia memang kini sedar kesalahannya

"Orang yang benci aku? Dari orang yang benci aku? OK FINE! JADI YANG MEMBUATKAN UMI ABI MATI IALAH FATHA, KENAPA? SEBAB KAU SUAMI AKU... ORANG YANG BUNUH ADIK AKU PUN FATHA!... ORANG YANG BENCI AKU TU CINTAKAN KAU! KALAU KAU NAK LINDUNGI AKU, KAU DARI DULU DAH CERAIKAN AKU!!" Jerkah Hayna dengan rasa geram.. Selamba Arzif seperti salahkan dia..

"Hayna..." Arzif menunduk menahan airmata.. Kali ini sungguh dia takut Hayna meninggalkan nya

"Huh.. Aduh.." Perut Hayna tiba-tiba sakit..

"Hey, Day?" Arzif langsung mendekati Hayna dan memeluknya.. Dan dalam sekejap rasa sakit itu hilang

"Hmm..." Hayna langsung menepis Arzif dan berlari ke bilik air.. Dia langsung mengeluarkan tiga alat uji kehamilan.. Itu lah sebab dia keluar pagi tadi dan terserempak dengan Hazqi.. Semenjak dua menjak ni dia begitu merasakan sesuatu yang ganjal pada badannya

"Eh??!!" Hayna langsung melompat-lompat keriangan melihat ketiga-tiga nya positif

"Day? Apa itu?" Arzif yang dari tadi di depan pintu bilik air hanya melihat alat uji kehamilan itu

"Tengoklah sendiri.." Katanya, dia memang tidak ingin menyembunyikan nya... Harap suaminya berubah setelah ini

"Day??!!" Arzif langsung memeluk Hayna.. Mereka sungguh gembira dengan khabar itu...

......

9 bulan telah berlalu... Dia bahagia dengan semua yang ditempuhi nya dan suaminya saat dia mengandung.. Namun perangai Arzif semakin manja dan posesif.. Bahkan tidak membenarkan dia bercakap dengan lelaki kecuali pekerja di syarikat D dan Assistant Arzif..

"Arzif!!" Hayna menjerit memanggil Arzif yang sedang memasak apabila dia dia merasa kesakitan dan melihat air ketumban pecah

"Ye? EH DAY!!" Arzif langsung mengangkat Hayna dan menjerit memanggil Assistant nya

"Kalau aku tak selamat, aku cintakan kau tau.. My husband.." Kata Hayna membuatkan Arzif terkaku
.....
Uwek~ uwek~... Kedengaran bunyi bayi dan Hayna pun langsung pengsan..

"Tuan.. Ini anak tuan.. Congrats to Both of you for baby boy..." Kata nurse itu dengan senyuman

"Thanks.." Arzif langsung mengambil anak mereka.. Warna mata begitu sama dengan uminya, coklat hazel..

.....

"Ehmm" Hayna kini baru bangun dari pengsannya setelah beranak..

"Haa bangun pun.. Hayna!! Anak kau rindu kau tau!!" Kata Eyles dengan ceria...

"Kau ni.. Dia baru bangun.." Nazea menjeling Eyles.. Kini tatapan Hayna melekat pada bayi digendongan Nazea

"Best nye dia kena dukung dengan mommy Zea.." Kata Hayna perlahan membuatkan Nazea terkekeh dan Eyles cemberut..

"Ehh kalau Nazea mommy, aku apa?" Tanya Eyles dengan cemburu

"Kau tak layak jadi mak lagi lah!" Kata Nazea dengan tergelak

"Mana Rayhan?.. Arzif?" Tanya Hayna dengan sayu..

"Pergi solat Jumaat.. Kau lah! Hari Khamis jugak nak beranak.. Takde hari lain ke?" Kata Eyles buat Nazea menggeleng kepala

"Memang boleh kawal pun bila budak ni nak keluar.." Kata Nazea sinis

"Apa nama dia?" Tanya Hayna lembut

"Dyle Nazean .." Kata Nazea dengan perlahan memberi anak itu kepada Hayna

"Comelnya.. Wey Nazea, jangan rembat eh! Tu untuk anak aku akan datang.." Kata Eyles dahulu

"Sorry beb.. Dia dah pilih aku.. Lagipun dia mesti nak mertua yang cantik macam aku dan handsome macam bakal suami aku.." Kata Nazea dengan gelagat riak..

"Anak umi.. Umi sayang awak sangat-sangat sayang.. Bukti cinta umi dan abi.. Dyle.." Hayna mencium lama dahi anaknya..

.
.
.
Continued
.
.
.
hmm okay this time? ohh as usual, please promote and vote okay? don't forget to tell me if there is a wrong use of words and typos.. thank you so much

Our Story (C)Where stories live. Discover now