Episode 3♣︎

14 1 0
                                    

"Nazea." Arzif melihat Nazea yang sedang berjalan ingin masuk ke stor sukan

"Arzif? Buat apa dekat sini?" nada Nazea yang sebelum ini sinis kini berubah menjadi lembut dan sedap didengar

"Nak jumpa buah hati lah.. Hehe." Arzif mengambil tangan Nazea dan mengucup belakang tangan Nazea

"Arzif!! Nanti cikgu nampak lah!" Nazea langsung kembali menarik tangannya

"Hey, relax babe.. Kita berdua je dekat sini.." belum sempat Arzif ingin menarik tangan Nazea kembali seseorang sudah sergah mereka

" Astaughfirullah!! Arzif! Nazea!" suara Hayna kedengaran digelendang telinga masing-masing

"Kau nak apa?" tanya Arzif dengan nada dingin pada Hayna

"Nazea! Kau sudah tidak tahu halal haram ke?" Hayna langsung menarik Nazea menjauhi Arzif namun belum sempat Hayna mandapatkan Nazea, Nazea sudah menepis Hayna dahulu hingga Hayna jatuh

"Tak perlu sembang halal haram dengan aku, penghianat.. Kau tu pun dua kali lima je dengan aku.. Cumanya kau sekarang dah jadi sampah!" jerkah Nazea dengan geram ke Hayna membuat air mata Hayna bertakung

"Nazea.." Hayna lagi sekali bangun dan ingin memeluk Hayna namun kali ini Hayna tertolak ke dalam longkang dan itu membuat baju nya kotor

"Hayna! " Eyles yang melihat hal tersebut langsung mendapatkan Hayna

"Sebenci kau pada Hayna janganlah sampai tolak dia masuk longkang!" jerkah Eyles dan Eyles langsung mengangkat Hayna

"Dia yang beria nak dekat dengan aku.. Aku tolak lah dia.. So kau tak tau pape just diam." Nazea sedikit menguis kaki Arzif untuk menyokongnya

"Kau bawa lah kawan kau ni pergi bilik rawatan.. Karang mati salahkan kitorang" Arzif langsung menarik Nazea ke library

" Arzif, kita nak buat apa dekat library?" tanya Nazea dengan sedikit terpinga-pinga

"Aku just nak bincang dengan kau apa yang kita nak buat dengan Hayna lepas ini? " Arzif tersengih melihat Nazea yang agak terpinga-pinga.. Teringat dia saat Hayna tanya pada dia bahawa dia suka siapa

"Hurmm kejap..Rabu and Jumaat." Arzif tersenyum sinis mendengar masa yang tepat untuk mereka malu kan Nazea

Rabu

"Fatha.. Aku nervous la.. Nanti nak ambil sijil tu" Hayna menggenggam kuat tangan Fatha

"Tak payah nervous... Ambil sijil je" Fatha mencium pipi Hayna untuk menenangkannya

Mereka semua digalakkan untuk berada di tangga dahulu sebelum naik pentas dan mengambil sijil

"Daymya Hayna.." Tiba nama Hayna dipanggil.. Hayna yang sudah tergesa langsung ingin turun tangga namun tanpa dia sedar ada kasut disitu yang dari tadi menunggunya dan kini dia sudah jatuh tersembam dihadapan Azrif

"Tak jatuh ke maruah kau melutut depan aku? " tanya Arzif dengan senyuman sinis.. Arzif langsung melangkah badan Hayna dan naik ke atas pentas mengambil sijil nya

Hayna langsung bangun dan dia melihat Nazea sedang tersenyum sinis kepadanya dan membuat jari dua sebelah kanan dan kosong sebelah kiri... Hayna langsung mendekatinya...

"Nazea.. Kenapa kau sanggup buat aku macam ni?" Hayna langsung menarik tangan Nazea dan langsung mengenggam tangan nya kuat.. Nazea yang merasakan tangan nya digenggam langsung menepis hingga Hayna sekali lagi jatuh di hadapan nya... Dan kelihatan Arzif yang sudah turun ke pentas menghampiri nya

"Ada apa ni babe?" tanya Arzif saat melihat Hayna terduduk di hadapan Nazea

"Ambilkan aku air.." kata Nazea dengan singkat.. Arzif langsung mengambil air dan membuka penutup botol.. Nazea meletak kedua tangan nya tepat diatas kepala Hayna... Hayna hanya mampu menggeleng kepala dengan air mata yang sudah deras.. Arzif sedikit terkedu melihat betapa beraninya Nazea, Arzif langsung menuangkan air atas tangan Nazea seperti Nazea sedang membasuh tangan namun air basuh tangan Nazea itu langsung jatuh keatas kepala Hayna

"Hmmm jijik jugak aku bila pengkhianat pegang tangan aku." Nazea langsung merampas botol air yang masih banyak tersisa air, Nazea langsung menuangkan air itu ke Hayna hingga Hayna basah lencun

"Seronok ye kau mandi" Nazea dan Arzif langsung beredar dari situ dengan senyuman puas

.
.
.
continued
.
.
.
if there are any miatakes,please point them out.. Thank you

Our Story (C)Where stories live. Discover now