Episode 7 ♣︎

17 2 0
                                    

"Hayna!" suara Fatha memanggil Hayna membuat Hayna memaling

"Ye?" Hayna memandang Fatha dan meletakkan beg baju nya di lantai

Mereka menjalani kem tingkatan lima yang diadakan 3 hari 2 malam seperti biasa..  Hayna meminta bantuan rakan-rakannya untuk melindunginya sepanjang disana kerana menipulah kalau dia katakan jika dia tidak takut dengan Nazea dan Arzif namun dia abaikan rasa takut itu..

Mereka mengadakan kem di salah satu hotel diperak.. Disana mereka akan melakukan beberapa aktiviti yang guru mereka sudah rancang.. Sampai didestinasi mereka berkumpul di dewan hotel dan mendengar ceramah..

Kini Nazea di tandas kerana ingin membuang hajat namun saat Nazea ingin keluar tandas, Nazea mendengar suara Arzif dan suara seorang wanita yang agak samar-samar kerana kelembutan suara wanita itu di depan tandas

"Macam mana plan kita?" tanya wanita misteri itu membuatkan Nazea terkedu, Arzif ada plan dengan orang lain selain dia?

"Kereta dan sedia... Nanti tepat kita nak lintas jalan nak pergi dinner, kereta itu akan langgar Hayna.. Tapi, pastikan tiada siapa dengan dia." jawaban Arzif mampu buat dia terkedu, langgar?

"Bagus tapi ingat, Lepas plan ni settle terus je kau putuskan plan kau dengan Nazea." kata-kata wanita itu mampu buat Nazea melelehkan air mata, dari awal memang Arzif mempergunakan dia

"Okey.. Tapi pastikan orang kau ni boleh pakai, Aku hanya buat plan je" Arzif langsung bergerak pergi dari situ dan wanita itu juga mengikuti belakang Arzif.. Nazea kembali masuk ke dalam tandas.. Dia menangis sejadi-jadinya, begitu tidak guna ke dia hingga sebegitu sahaja Arzif ingin membuangnya, dia dari awal memang sudah tahu bahawa dia hanya dipergunakan oleh Arzif namun dia tidak sangka jika dia akan dibuang begitu sahaja..

Selepas dia tahu segalanya dia memilih untuk hilangkan diri begitu sahaja dan hanya memberi tahu guru jika dia ingin berehat di bilik yang disediakan untuk guru... Guru-guru hanya membenarkan sahaja tanpa bertanya.. Dia menyekat nombor Arzif yang didalam kontaknya, sedikit pun dia tidak terasa untuk memaafkan lelaki itu... Lelaki itu melayaninya seperti dia hanyalah wanita yang tidak berguna ataupun lebih tepat tidak ada harga..

Sesekali Hayna mencari sosok Nazea namun batang hidung wanita itu langsung tidak kelihatan... Adakah Nazea sudah naik? Tapi saat dia melihat didalam bilik, Nazea langsung tidak kelihatan.. Apabila ditanyakan kepada guru, guru memberitahu untuk dia tidak memikirkan tentang wanita itu..

Petang menjelma, sosok Nazea masih dicari Arzif.. Dihubungi tidak angkat, Ditanya tiada jawaban.. Dia agak risau dengan wanita itu, walaupun wanita itu akhirnya akan dibuang namun, bukan begitu sahaja dia akan sia-siakan wanita pemberani itu..

"Kalau kau jumpa orang yang lagi bagus dari aku untuk jatuhkan Hayna, aku harap kau tak buang aku macam sampah." suara Nazea kedengaran digelendang telinganya, itu adalah kata -kata Nazea saat mereka di library setelah menolak Hayna jatuh longkang..

"Kalau macam tu jangan la hilang." gumam Arzif.. Dia awalnya kaku saat tahu Nazea menyekat nombornya,dan dia fikir Nazea mungkin mendengar apa yang dia bincangkan dengan seseorang, namun tidak mungkin.. Kerana bila dia tanya Nauria, Nazea terus menghilang dan tidak muncul-muncul... Dia sesekali tanya guru, dan gurunya bilang Nazea sudah pergi berehat.. Namun dia sedikit tidak percaya kerana Nazea memang seorang yang Aktif dan tidak senang untuk penat..

.
.
.
continued
.
.
.
If there are any mistakes, please point them out... Thank you

Our Story (C)Where stories live. Discover now