Episode 8 ♣︎

17 2 0
                                    


Malam pun tiba, semua orang sedang siap-siap termasuk Nazea... Jika hal yang mereka rancang itu benar, maka tidak akan dia biarkan

"Hayna!" suara Fatha mensergah gelendang telinganya

"Ye?" Hayna sedikit terkejut, bukan selalu Fatha pecah masuk macam tu je ke biliknya

" Malam ni jom matching-matching!" Fatha menunjuk satu pakaian ke Hayna, Hayna terkedu melihat pakaian yang ditunjuk Fatha, nak jalan pun susah ni..

"Err Fatha.. Kita nak kena seberang jalan tau." Faqhah sedikit protes saat melihat pakaian itu, baik pakai telekung je

"Alah.. Relax laa, nanti angkat sikit." Fatha langsung memberi pakaian itu dengan paksa kepada Hayna dan menolaknya masuk ke bilik air dengan dorongan sedikit kasar

"Tukar cepat tau." Fatha langsung melompat-lompat dengan gembira apabila Hayna tiada protes lagi walaupun rakannya itu terpaksa

Dinner time

"Wey cepat la lintas.. Kita dah lewat ni." Faqhah yang terburu-buru langsung tertolak Hayna ke jalan namun seseorang menolak Hayna lebih keras membuatkan orang itu yang dilanggar sementara Hayna langsung bangun dan menghiraukan rasa sakitnya

"Nazea!!" Eyles yang baru sampai disitu langsung mendapatkan tubuh Nazea dan kelihatan Hayna masih berusaha untuk sampai ke tubuh Nazea

"Nazea!" Hayna merampas tubuh Nazea yang sudah berdarah-darah itu, dia sempat tertoleh ke kereta yang melanggar Nazea namun kereta itu sudah cabut lari dahulu

" I'm sorry.." kata-kata terakhir Nazea mampu membuat air mata Hayna dan Eyles turun dengan deras, Eyles langsung mencapai telefon pintar nya di dalam poket seluar dan membuat panggilan kecemasan

...

Kini Eyles memeluk tubuh Hayna dari terus memberontak, dari tadi Hayna terus memukul kepala nya sendiri akibat rasa bersalah... Benar kata Arzif, Nazea masih sayang dia... Cuma ego yang mengawal perbuatan Nazea

"S-semua salah kau!" satu ayat keluar dari mulut Arzif... Arzif dari tadi termenung sambil duduk bersandar pada tepi pintu bilik kecemasan

"Salah Hayna? Patutnya kau yang salah! Kau patutnya jaga Nazea!" Faqhah langsung membaling selipar jepun nya pada kepala Arzif... Nasib selipar nya getah lembek, kalau tak sudah bocor kepala jejaka itu

"Tak! Kau yang tolak Hayna! Kalau kau tak tolak! Tiada siapa yang akan Excident." Fatha juga ikut berdalih... Semua menyalahkan sesama sendiri

"Cukup! Korang kalau nak buat kecoh boleh balik!... Nazea tengah bertarung nyawa dekat dalam tu, korang pulak sibuk menyalahkan satu sama lain... And kau Arzif, jangan nak salahkan kawan aku! Hayna sendiri mangsa! Dan Nazea yang sanggup selamatkan nyawa Hayna.. Jadi kau tak perlu macam orang pengecut!" Eyles langsung meleraikan perdebatan mereka, kalau tak sampai kesudah masing-masing salahkan sesama sendiri

"Maaf? Siapa ya keluarga cik Nazea?" Hayna langsung bangun saat doktor sudah keluar dari bilik kecemasan..

"Saya.. K-kakak saya macam mana doktor?" Hayna tanpa segan pilu mengaku Nazea kakaknya walaupun semua tahu mereka berdua tiada langsung pertalian darah

" Jadi cik Nazea mengalami sedikit keretakan tulang di bahagian kedua betisnya, dan nasib yang baik... Kepala cik Nazea selamat kerana tiada hentakan keras pada kepala, saya rasa mungkin cik Nazea sempat melindungi kepala nya.. Tapi mungkin cik Nazea harus bergerak menggunakan kerusi roda, badan cik Nazea agak lemah buat masa sekarang" Jelas doktor dengan panjang lebar sambil melihat-lihat kertas di tangannya

"B-baik terimakasih doktor.." Hayna langsung menerobos masuk kedalam bilik kecemasan dan mendekati Nazea, Hayna menggenggam tangan Nazea dan mengucup lama

"Terima kasih Ya Allah... Nazea... Terima kasih dah selamatkan aku dan selamatkan diri kau sendiri." Suara sebak Hayna semakin pekat, dia sangat bersyukur kawan kesayangan nya masih tidak memilih untuk tinggal kan dia

"Aku selamatkan kau untuk diri aku sendiri, dan aku bertahan untuk kau... Hayna.. Buka mata luas-luas... Orang yang selama ni incar kau dah mula tunjuk taring... Hayna.. Masanya untuk kau lindungi diri kau sendiri... Tanpa pengawasan siapa-siapa." kata-kata Nazea mampu buat Hayna terkedu... Hayna faham sangat cumanya dia bingung... Siapakah gerangan yang Nazea maksudkan?

"Kau.. Rasa siapa?" tanya Hayna dengan suara serak basah.. Pasti Nazea sudah mengesyaki seseorang

"I don't know... Tapi dia orang sekeliling kita.." Nazea langsung mengambil tangan Hayna dan meletakkan sesuatu di tangan Hayna

"Pisau ni beracun.. Jadi buka saat perlu sahaja." ya, Nazea menghadiahkan pisau lipat yang cukup kecil.. Namun amaran Nazea cukup membuat Hayna tahu yang pisau itu sangat berbahaya

"Buat masa ni.. Jangan percayakan siapa-siapa... Termasuk aku, dah keluar aku nak tidur." air mata Hayna langsung bebas dari takungannya... Hayna tahu, kata kata terakhir Nazea bermaksud mereka akan mula akrab balik... Memang itulah nada selepas mereka dari sebarang pergaduhan... Tak kira pergaduhan besar atau kecil.. Perangai dan rasa sayang Nazea pada dia, memang dia tahu, tak pernah berubah dari dulu..

.
.
.
Continued
.
.
.
If there are mistakes, please point them out.. Thank you

Our Story (C)Where stories live. Discover now