CHAPTER 1

45 0 0
                                        

Petang itu langit kampus redup, seolah-olah menahan hujan yang bakal turun. Deretan pokok angsana di laluan utama bergoyang perlahan ditiup angin. Pelajar-pelajar mula beransur pulang selepas kelas terakhir.

Laura Qaisara melangkah keluar dari bangunan fakulti dengan langkah teratur. Buku statistik dan fail biru dipeluk kemas ke dada. Tudungnya yang lembut beralun ditiup angin, wajahnya tenang seperti biasa.

Dia tidak pernah suka menjadi perhatian.

Namun sejak dua minggu kebelakangan ini, ketenangan itu terasa seperti sedang dicuri sedikit demi sedikit.

Seseorang memerhatikannya.

Dan dia tahu siapa.

Di seberang laluan, bersandar pada sebuah kereta sport hitam berkilat, berdiri seorang lelaki berkemeja gelap dengan lengan dilipat hingga ke siku. Wajahnya tajam, rahangnya tegas, dan mata itu—mata yang terlalu yakin.

Zarul Ahmad.

Senior tahun akhir yang namanya sering disebut-sebut di kampus. Bijak, berpengaruh, dan berasal daripada keluarga berada. Ramai yang mengaguminya. Ramai juga yang berhati-hati dengannya.

Laura cuba buat-buat tidak nampak.

Langkahnya diteruskan, tetapi degupan jantungnya berubah rentak apabila mendengar suara itu.

“Kau nak elak aku sampai bila?”

Laura berhenti. Dia menarik nafas sebelum berpaling.

“Saya tak elak sesiapa. Saya cuma nak balik.”

Zarul menolak tubuhnya dari kereta lalu berjalan menghampiri. Setiap langkah lelaki itu terasa terlalu hampir, terlalu mendesak walaupun jaraknya masih sopan.

“Aku cuma nak hantar.”

“Saya ada kereta sendiri.”

“Aku tahu.”

Jawapan itu membuatkan Laura mengerutkan dahi.
“Tahu?”

Zarul tersenyum nipis. “Kereta putih hujung sana. Kau parkir situ setiap hari.”

Laura terasa bulu romanya meremang.

“Itu bukan urusan awak.”

Zarul mengangkat bahu. “Aku cuma ambil tahu.”

“Kenapa?”

Soalan itu terlepas sebelum sempat dia tahan.

Zarul memandangnya lama. Tidak tersenyum. Tidak bergurau.

“Sebab aku minat.”

Jawapan ringkas itu membuatkan Laura kelu. Tiada bunga bahasa. Tiada skrip romantik murahan. Hanya kenyataan yang terlalu terus.

“Saya tak kenal awak,” balas Laura perlahan tetapi tegas.

“Kenal lah nanti.”

Dan untuk pertama kali, Laura melihat sesuatu di sebalik keyakinan lelaki itu—kesungguhan.

Dia segera berpaling dan berlalu pergi, meninggalkan Zarul yang masih berdiri memerhati sehingga kelibatnya hilang.

---

Di kafeteria keesokan harinya, suasana riuh dengan suara pelajar.

“Dia tunggu kau lagi semalam?” tanya Aina Sofea sambil menyuap nasi goreng.

Laura mengeluh kecil. “Aku rasa macam diperhati setiap masa. Aku rasa aku kena report polis sebelum jadi apa-apa."

Aina menjongket kening. “Zarul Ahmad bukan lelaki biasa, Laura. Kalau dia dah target sesuatu—”

MR.STALKERTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang