CHAPTER 8

8 0 0
                                        

Bilik itu gelap.

Terlalu gelap.

Zarul Ahmad terduduk di lantai dengan kepala bersandar pada katil. Nafasnya berat. Tangan masih terketar sejak pagi tadi.

Dia cuba fikirkan sesuatu yang normal.

Kelas.
Assignment.
Wajah Laura Qaisara.

Tapi setiap kali dia cuba, bayangan malam itu muncul.

Darah.

Suara jeritan yang terhenti.

Dan rasa puas yang bukan miliknya.

“Aku tak buat…” bisiknya berulang kali.

Oh, kau buat.

Suara itu datang tanpa amaran.

Zarul memicit kepala.

“Diam…”

Kalau aku diam, kau akan hancur.

“Aku tak minta kau lindungi aku macam tu!”

Tawa rendah bergema dalam fikirannya.

Lindungi? Aku selamatkan kita.

Zarul berdiri mengejut. Dia melangkah ke cermin. Wajahnya pucat. Mata merah.

“Aku tak nak kau.”

Pantulan dalam cermin tersenyum.

Senyuman yang perlahan-lahan berubah.

Mata menjadi lebih tajam.

Postur badan berubah sedikit.

Suara dalam kepalanya kini lebih jelas.

Masalahnya… kau perlukan aku.

Zarul cuba alihkan pandangan.

Tapi kepalanya terasa berat.

Sangat berat.

Ingat masa kecil? Ingat masa ayah jerit? Ingat masa kau tak boleh lawan?

Nafas Zarul jadi laju.

“Berhenti…”

Siapa yang berdiri depan kau waktu tu? Siapa yang buat kau tak rasa sakit?

Zarul terdiam.

Kenangan itu datang seperti kaca pecah.

Bayangan kecil dirinya duduk dalam gelap.

Dan satu versi lain… berdiri di hadapan.

Melindungi.

Menjadi keras.

Menjadi dingin.

“Aku tak nak jadi macam kau…”

Itu bukan pilihan.

Tiba-tiba tubuhnya terasa kebas.

Pandangan menjadi kabur seketika.

Jantungnya berdegup kencang.

Dengar sini, Zarul.

Suara itu tidak lagi berbunyi seperti bisikan.

Ia tegas.

Mengawal.

Kau boleh terus menafikan aku. Dan aku akan ambil alih bila-bila masa aku mahu.

Tubuh Zarul terasa seperti ditarik dari dalam.

Atau… kau boleh terima aku. Dan kita kawal semuanya bersama.

“Aku tak percayakan kau…”

Tak perlu percaya. Cukup faham.

Zarul menggenggam tepi meja.

“Apa kau nak dari aku?”

Sunyi beberapa saat.

Kemudian—

Pengiktirafan.

Nafas Zarul tersekat.

“Kau… nak aku terima kau?”

Ya.

Suasana jadi terlalu sunyi.

Seolah-olah seluruh dunia berhenti menunggu jawapannya.

Zarul memejam mata.

Air mata mengalir.

“Aku takut…”

Bagus. Takut buat kau sedar siapa yang lebih kuat.

Dan tiba-tiba—

Tubuhnya terhenti.

Degupan jantung jadi perlahan.

Pandangan dalam cermin berubah sepenuhnya.

Bahu yang tadinya tegang kini tegak.

Mata yang tadi berkaca kini kosong dan tajam.

Senyuman tipis terukir.

Zafran mengambil alih.

“Finally,” katanya perlahan, suaranya lebih dalam.

Dia memandang tangan sendiri.

Menggerakkannya.

Mengepalkan jari.

Menghela nafas panjang seperti seseorang yang baru keluar dari penjara.

“Kau terlalu lemah, Zarul.”

Dalam ruang mental mereka, Zarul terasa seperti tenggelam.

“Aku tak nak kau sakiti sesiapa lagi…”

Zafran tersenyum.

“Aku tak sakiti sesiapa tanpa sebab.”

Dia mendekat ke cermin.

Jari menyentuh permukaan kaca.

“Orang sakiti kita dulu.”

Sunyi.

Di dalam kepalanya, Zarul cuba melawan.

Tapi suaranya kini jauh.

Kabur.

Zafran memiringkan kepala sedikit.

“Dengar sini. Aku tak akan hilang. Lagi kau lawan, lagi aku kuat.”

Dia ketawa kecil.

“Dan sekarang… kau dah tahu apa aku mampu buat.”

Ancaman itu tidak perlu dijelaskan.

Zarul merasakan dirinya seperti dikurung di sudut minda sendiri.

“Kenapa kau buat semua ni…”

Jawapan Zafran lembut.

“Hidup tak pernah selamat untuk kau.”

Dia melangkah ke arah pintu bilik.

“Tapi dengan aku… tak ada siapa akan berani sentuh kita.”

Tombol pintu dipulas perlahan.

Dan sebelum dia melangkah keluar—

Zafran berbisik dalam ruang gelap fikiran mereka.

“Terima aku… atau aku ambil semuanya.”

---

MR.STALKERTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang