Sudah empat minggu sejak Zarul Ahmad tidak muncul di kampus.
Tiada khabar.
Tiada penjelasan rasmi.
Cuma cerita angin.
Katanya dia berhenti semester.
Katanya keluarganya mahu dia ambil alih syarikat ayahnya.
Katanya dia pindah ke luar negara.
Laura tak pernah tanya.
Dan tak pernah peduli.
Sekurang-kurangnya… itu yang dia cuba yakinkan diri sendiri.
---
Malam itu, Laura balik ke dorm lewat.
Lorong sunyi. Lampu malap.
Bila dia buka pintu biliknya—
Dia terhenti.
Di atas meja belajar.
Ada sekuntum bunga putih.
Segar.
Masih berembun.
Jantungnya berdegup laju.
“Ain?” dia panggil nama roommate.
Tiada jawapan.
Roommate dia pulang ke kampung minggu itu.
Laura melangkah perlahan ke meja.
Bunga itu diletakkan kemas dalam balutan kertas coklat nipis.
Tiada nota.
Tiada nama.
Hanya bunga.
“Okay… mungkin prank,” dia cuba menenangkan diri.
Dia buang bunga itu ke tong sampah.
Dan cuba tidur.
---
Hari kedua.
Bunga lagi.
Kali ini di atas bantalnya.
Laura rasa sejuk menjalar ke tulang belakang.
Pintu bilik tak rosak.
Tingkap berkunci.
Dia periksa setiap sudut.
Tiada apa-apa.
Dia cuba ketawa kecil.
“Paranoid lah kau ni…”
Tapi malam itu—
Dia terasa seperti diperhati.
Bila dia tutup lampu, rasa itu makin kuat.
Seolah-olah ada mata dalam gelap.
Memerhati.
Menunggu.
---
Hari ketiga.
Tiada bunga.
Laura rasa lega.
Mungkin memang prank bodoh.
Mungkin budak blok lain.
Mungkin—
Telefon dia berbunyi.
Nombor tak dikenali.
Dia angkat.
Sunyi.
“Helo?”
Nafas.
Perlahan.
Dalam.
Seperti seseorang sengaja tak bercakap.
“Helo siapa ni?!”
Talian mati.
Laura rasa tangannya menggigil.
Dalam kepalanya, satu nama muncul tanpa dipaksa.
Zarul.
Tapi itu mustahil.
Dia dah hilang dari radar.
Malah seorang rakan kelas pernah beritahu—
Keluarga Zaril Ahmad umumkan Zarul akan ambil alih operasi syarikat ayah mereka.
Dia tak lagi belajar di sini.
Tak lagi di bandar ini.
Jadi… siapa?
---
Malam keempat.
Laura terdengar bunyi sesuatu jatuh di luar pintu biliknya.
Dia buka perlahan.
Sekuntum bunga putih lagi.
Kali ini… ada nota kecil.
Tangannya terketar-ketar membuka kertas itu.
Tulisan ringkas.
Kau masih ingat apa yang kau cakap?
Nafas Laura terhenti.
Itu bukan ugutan.
Bukan ayat kasar.
Tapi cukup untuk buat dia rasa darahnya membeku.
“Aku tak maksudkan macam tu…” bisiknya sendirian.
Air mata mula bertakung.
Dia cuba rasional.
Zarul tak mungkin ada di sini.
Dia dah tak belajar di kampus.
Dan kalau pun dia marah—
Dia takkan buat macam ni.
Kan?
---
Di sebuah pejabat moden di tingkat atas bangunan korporat,
Zafran berdiri menghadap tingkap kaca besar.
Bandar terbentang di bawah.
Telefon di tangannya dimatikan.
Senyuman tipis terukir.
Di dalam ruang mental yang semakin jauh,
Zarul masih ada.
Tapi suaranya lemah.
“Cukup… jangan ganggu dia…”
Zafran ketawa kecil.
“Aku tak sentuh pun. Ke kau nak aku sentuh?"
Dia memusingkan kerusi pejabat.
Di atas meja terletak fail bertulis nama syarikat milik ayah mereka.
Langkahnya kini lebih besar.
Lebih berkuasa.
Dan jauh dari kampus.
“Empat minggu,” bisiknya perlahan.
“Cukup untuk buat orang rasa kehilangan.”
Dia memandang bunga putih terakhir yang belum dihantar.
“Dan ketakutan…”
Senyumannya melebar sedikit.
“… jauh lebih berkesan bila kau tak nampak siapa yang buat.”
---
Di dorm itu, Laura tak lagi tidur lena.
Setiap bunyi kecil buat dia terjaga.
Setiap bayang buat dia rasa diperhati.
Dan yang paling menyakitkan—
Tiada siapa percaya cerita dia.
Kerana Zarul sudah tiada di kampus.
Dan tiada bukti langsung mengaitkannya.
Cuma bunga.
Dan rasa bersalah yang mula menghantui.
---
ANDA SEDANG MEMBACA
MR.STALKER
RomanceSINOPSIS "Kau milik aku, Dan hanya aku seorang saja boleh pegang kau, sentuh kau" "Apa ni!, Encik jangan kacau saya boleh tak!" Pertemuan mereka yang tidak diduga telah menghantui fikiran seorang 'Zarul ahmad' yang sanggup me...
