Bab 1

301 5 0
                                    

MERCEDES berwarna putih milik Amelia Rose mula bergerak keluar daripada perkarangan rumah keluarganya. Jam menunjuk pukul 12 tengah malam, kereta Mercedes itu bergerak dari Selangor ke Kuala Lumpur Rose akan mengambil kawan baiknya Lutfia Elina.Mereka akan pergi menonton hari kemerdekaan di dataran merdeka.

Dari jauh Lutfia dapat melihat kereta Mercedes milik kawan baik yang baru tiba. Dia keluar bersama dengan satu bagasi.

Amelia Rose keluar daripada keretanya dan memeluk erat tubuh kawannya.

"Rindunya aku dekat kau..." Ujar Rose.

"Ye la tu rindu aku. Kalau rindu kenapa tak datang sini selalu." Ujar Lutfia pula.

"Alaa sorry la kau pun tahu aku busy sekarang ni. Takpa mulai malam ni sampai lusa kita spent time sama sama okay!" Ujar Rose sedikit kuat.

"Okay! Kau jangan la cakap kuat sangat orang rumah aku dah tidur kang terjaga lambat la kita gerak." Ujar Lutfia.

"Baik cik! Saya menurut perintah."

"Dah jom jom nanti lambat sampai." Ajak Lutfia.

"Kau drive erk kaki aku sakit dah drive lama sangat." Rose mula merengek.

"Ye Rose ku sayang I bawak okay." Ujar Lutfia seraya masuk ke dalam kereta.

LUTFIA MEMBERHENTIKAN kereta di stesen minyak untuk ke tandas. Dia membiarkan Rose yang sedang enak di buai mimpi.

Keluar daripada tandas entah macam mana kakinya tersadung antara satu sama lain. Dia memejamkan mata bagi mengurangkan rasa sakit. Sudah cukup lama rasanya dia memejamkan mata tetapi dia tidak merasakan sebarang kesakitan. Celik sahaja mata dia di sajikan dengan wajah jejaka tampan bagai orang putih.

"Berapa lama cik nak saya pengang cik macam lenguh tangan saya." Ujar jejaka itu.

Lutfia berdehem untuk menghilangkan debaran di dada.

"Maaf." Ujar Lutfia perlahan sambil menunduk.

"It's okay. I need to go. Ada jodoh kita jumpa lagi." Ujar jejaka itu sambil mengeyitkan mata kepada Lutfia.

Tergelak kecil jejaka itu apabila melihat wajah memerah gadis itu.

Masuk sahaja ke dalam kereta Lutfia terus sahaja menjerit dengan sekuat hatinya.

'Ya Allah malunya aku!' Jeritnya di dalam hati.

Akibat jeritan Lutfia yang terlalu kuat itu telah menganggu lena seorang Amelia Rose.

Dia menampar kuat lengan Lutfia.
" Kau dah kenapa terjerit jerit. Dah gila ke." Marah Rose.

"Sorry la." Masam mencuka wajah Lutfia saat ini.

"Kenapa ni?"

Lutfia menceritakan semua yang berlaku pada dirinya sebentar tadi.

"Hensem sangat ke lelaki tu?" Tanya Rose dengan serius. Lutfia mengangguk sambil tersegih.

"Gatal!"

"Tak baik kau kata aku gatal kau tak tengok lagi muka dia macam artis Korea mat." Kata Lutfia.

"Kalau la dia jodoh aku. Aku akan kurung dia dalam rumah tak bagi dia pergi mana mana. Biar aku je kerja. Dia tak payah. Bila aku balik kerja dia cuma perlu layan aku je." Kata Lutfia lagi. Rose sudah menjeling tajam. Geli geliman dia di buatnya.

"Kau ada nak beli apa apa tak?" Tanya Rose. Sengaja dia menukar topik.

"Boleh juga. Nanti payah nak cari makan kalau dah sampai sana." Ujar Lutfia pula. Mereka berdua tidak menginap di hotel. Mereka akan terus sahaja ke dataran merdeka. Waktu pagi pagi buta macam ini pasti sudah ramai yang hadir untuk mendapatkan tempat duduk yang terbaik. Begitu juga dengan mereka.

Rose dan Lutfia turun daripada kereta dan menuju ke dalam tempat membeli makan dan minuman itu.


Lelaki Pujaanku [COMPLETE] Where stories live. Discover now