Bab 2

100 5 0
                                    

ROSE DAN LUTFIA sudah senyum kegembiraan. Mereka berdua dapat tempat duduk agak jauh daripada pentas Agong dan permaisuri tetapi mereka masih boleh melihat.

Tetapi lah senyum walaupun hakikatnya mereka berdua sangat mengantuk.

Jam lapan pagi Agong, permaisuri, menteri dan isterinya bersama dengan semua ahli politik yang lain turut hadir.

Rose dan Lutfia bersorak riang apabila memasuki bahagia kawat anggota beruniform bomba.

"Abang bomba!"

"Abang bomba!" Jeritan mereka berdua bersatu dan menarik perhatian dua orang jejaka.

"Khalif aku rasa macam nak pengsan la." Ujar Ian Firdaus secara tiba tiba.
Daripada ralit melihat dua gadis itu terus sahaja dia pusing melihat kawan baiknya itu.

"Kau kenapa?" Riak wajahnya berubah risau.

"Perempuan tu la yang aku cerita dekat kau." Kata Firdaus.

"Perempuan mana pula ni?" Mata Khalif Amsyar melilau mencari perempuan yang di maksudkan Firdaus.

"Perempuan yang pakai tudung tu sebelah dia mungkin kawan dia kut." Kata Firdaus.

"Yang pakai tudung putih tu ke?" Tanya Khalif Amsyar.

"Bukan bongok penat cakap dengan kau ni. Itu sebelah dia yang pakai tudung warna pink tu." Tunjuk Firdaus.

"Tak payah la tunjuk nanti dia orang perasaan." Marah Khalif.

"Cantiknya dia..." Ujar Firdaus.

"Fokus la dah nak sampai depat ni."

"Sabar la aku tak habis melambai lagi ni. Kau tak nampak ke aku ramai peminat." Dia melambai ke arah Rose dan Lutfia.

Lutfia membalas lambai tersebut bersama dengan senyuman paling manis manakala Rose pula diam memandang jejaka yang berdiri di sebelah lelaki itu.

Khalif tersenyum sinis apabila dia dapat menangkap wajah gadis bertudung putih itu tidak lepas daripada merenungnya.

"Rose lelaki tu la yang aku cerita dekat kau semalam. Dia bomba rupanya. Itu lah body elok. Ya Allah semoga aku berjodoh dengan dia ya Allah." Doa Lutfia secara tiba tiba.

"Aminkan la doa aku." Lutfia menyiku lengan Rose apabila gadis itu tidak memberi sebarang reaksi.

"Ha? Apa kau cakap tadi?" Rose pusing menghadap kawannya.

"Ish kau nj dah kenapa?" Geram je Lutfia dengan kawannya ni. Kecil besar kecil besar je dia tengok. Orang cakap bukan nak dengar.

Rose mengeluh kasar. Kawannya ni pergi buang hajat ke pergi buat tandas lama dah dia berdiri terpacak bawah pokok ni. Dah la panas ada juga yang dia tinggal kang.

Rose mengangkat wajah apabila dia melihat sepasang kasut di hadapanya.

"Err... boleh saya minta nombor kawan awak tak?" Tanya jejaka itu.

"Awak siapa ya. Saya tak boleh bagi sesuka hati." Ujar Rose.

"Sa—" belum sempat jejaka itu menyambung ayat Lutfia sudah datang mencelah.

"Awak yang selamatkan saya dekat stesen minyak tu kan?" Tanya Lutfia dengan gembira. Firdaus mengangguk tanda ya.

Rose bangun daripada duduk dan memandang dua hampa Allah ini dengan wajah malas.

"Tadi saya dengar awak minta nombor sayakan."

"Ya boleh ke?" Tanya Firdaus kepada Lutfia.

Lutfia mengangguk sambil tersegih. Begitu juga dengan Firdaus.

Rose mengipas gipas wajahnya dengan tangan. Entah bila nak habis dua orang ni berborak. Dia dah barai ni.

Tiba tiba sahaja ada satu tangan menghulurkanya sebotol air mineral. Dia mengangkat wajah dan memandang jejaka itu. Mukanya hanya kelihat beku dan tidak berperasaan sahaja.

"Nak ke tak? Kalau tak nak aku nak minum." Tanya jejaka itu.

Rose menyambut huluran itu. Dia menenguk air itu dengan rakus.

"Awak tak minum?" Tanya Rose perlahan.

"Tak." Sepatah sahaja di jawab jejaka itu.

Rose mengangguk kecil.

"Khalif jom balik. Dia orang ni dah nak balik." Ajak Firdaus. Terus sahaja lelaki bernama Khalif itu meninggalkannya sendiri.

Lutfia berlari anak ke arahnya.

"Kau sembang apa dengan mamat hensem tadi?" Tanya Lutfia.

"Tak ada apa."

"Ye ke..."

"Ye la. Jom la aku penat nak balik hotel ni. Kau nak ikut tak?"

"Nak nak jom!" Mereka berdua meninggalkan lokasi tersebut.

Lelaki Pujaanku [COMPLETE] Where stories live. Discover now