'Maaf' itu sahaja lah yang sering di ucapakan oleh Rose sedari tadi. Bila ditanya kenapa minta maaf, dia kata di sebabkan dia plan mereka hancur dan dia perlu menghantar Rose pulang ke rumah. Dia pula akan pulang menaiki bas hingga ke Kuala Lumpur.
"Aku dah tak nak dengar kau minta maaf ni bukan salah kau! Semua berlaku sebab Allah yang tentukan."
Pujuk Lutfia."Kita singgah balai bomba kejap boleh tak?" Tanya Lutfia penuh berhati hati.
"Boleh."
Lutfia tersenyum dan mula memandu ke balai bomba Hang Tuah.
"Kau nak buat apa datang sini?" Tanya Rose apabila mereka sudah tiba di balai bomba.
"Kejap erk." Terus sahaja dia keluar daripada kereta apabila melihat Firdaus yang menghampiri kereta mereka.
Rose memandang kiri kanan untuk melihat bangunan di sekelilingnya.
Mata tertupu pada seorang jejaka yang tidak memakai baju dengan rambut yang basah. Rose terus sahaja turun daripada kereta dan berlari anak mendekati jejaka itu.Mengecil pandangan seorang Khalif Amsyar apabila melihat Rose mendekatinya.
"Kau buat apa dekat sini?" Tanya Khalif sambil menyarungkan baju ke tubuh tegapnya itu.
"Tu..." Dia menunjuk ke arah Firdaus dan Lutfia.
"Awak tak jawab lagi soalan saya." Bibir mencebik.
"Jawab soalan apa pula. Kau tak ada tanya apa apa pun."
"Ish semalam saya tanya awakkan apa nama penuh awak?"
"Aku dah cakapkan tak penting untuk kau tahu. Kau ni memang sejenis manusia yang degil ke?"
"Tak saya tak degil. Tapi saya betu betul nak tahu apa nama penuh awak."
"Cukup la kau tahu nama aku Khalif." Dia berjalan meninggalkan gadis itu.
"Kejap!" Jerit Rose.
"Apa tak payah la jerit."
"Saya nak nombor fon awak boleh." Dia tersegih tak bersalah.
Membulat mata Khalif. Perempuan ni tak malu ke minta macam tu je.
"Berapa umur kau?" Tanya Khalif.
"Ehh...saya tanya awak tak jawab pun. Tapi sekarang kalau awak tanya saya kena jawab ke?" Tanya Rose dengan polos.
"Hmm."
"Tak apa lah sebab saya sayang saya jawab. Umur saya 20 tahun."
"Kau ni muda la tak pelik la perangai macam budak budak. Macam mana mak ayah kau boleh lepas kau sampai sini?"
Berubah terus air muka Rose.
"Saya dah tak ada ibu bapa. Saya tinggal dengan abang saya je. Abang saya kerja dekat Kl bomba juga cuma tak tahu dekat mana. Lepas je ibu bapa saya meninggal abang saya dapat tukar ke sini. Abang saya paksa saya ikut tapi saya tolak sebab saya tak bersedia nak tinggalkan rumah Family saya." Rose menyeka kasar air matanya."Kelakar pula tiba tiba sedih." Rose tersenyum tawar.
"Tak kelakar langsung." Ujar Khalif selamba.
"Kau kerja apa?"
"Saya penulis buku dengan ebook je. Saya tak minat sangat nak kerja."
"Hmm. Tu kawan kau dah panggil."
Rose memalingkan wajah ke belakang dia mengangkat sebelah tangan sebagai syarat 'sekejap'.
"Awak memang tak nak bagi nombor fon awak dekat saya ke?" Tanya Rose sambil mengkerdipkan mata beberapa kali.
Khalif tersenyum sinis dia ingat budak ni dah lupa.
"Aku ingat kau dah lupa."
"Tak saya takkan lupa sebab awak penting dalam hidup saya."
"Macam aku cakap semalam, dalam mimpi kau je la. Dah pergi balik. Hati hati." Dia berpusing ke belakang dan jalan meninggalkan gadis itu seorang diri.
"Sayang juga awak dekat sayakan!" Jerit Rose. Khalif tersenyum manis.
Masuk sahaja ke dalam kereta dia dah kena sembur dengan Lutfia.
"Kau dah kena sampuk hantu ke tiba tiba pergi dekat mamat tu."
"Aku tak kena sampuk hantu tapi aku dah kena sampuk dengan cinta."
"Euihh. Geli la."
"Dengar ni Lutfia bersaksikan kau dan kereta ni aku janji yang aku akan buat Khalif tu jatuh cinta dengan aku." Ujarnya dengan penuh yakin.
"Baiklah tuan puteri teruskan berangan."
Rose menjeling dan mencebik.