Bagasi Maria sudah di beranda. Enjin kereta sudahpun dihidupkan. Maria masih berbaring di sofa. Sepertinya dia tidak mahu pulang. Tok wan pula sedang mengait di sebelahnya.
"Tok wan, boleh tak Maria tak nak balik? Maria nak stay sini..." soal Maria.
"Tak boleh. Hurul dari jauh datang nak bawa kamu balik, so kamu patut balik." balas Tok Wan.
"Kalau Maria balik, nanti tok wan tinggal sorang. Ha, tok wan tak takut ke tinggal sorang-sorang kat rumah besar ni?" ugut Maria. Dia bangun dari baringnya dan duduk mengahadap Tok Wan.
PAP!
Laju tangan Tok Wan menepuk lengan Maria.
"Tok wan dari muda duduk sini dengan arwah wan kamu, nak takut apanya? Lagipula nanti petang keluarga kamu sampai. Jadi kamu bolehlah balik ke bandar sana tu."
Maria mencebik tidak puas hati.
"Alah~ diorang semua kat sini, kenapa Maria kena balik~~~~" rengek Maria sambil memicit tangan Tok Wan.
"Jangan nak buat comel kat sini. Pergi balik sana. Kamu ada urusan yang perlu diselesaikan bukan?" kata-kata Tok Wan buat Maria diam.
Tok Wan memegang erat tangan Maria.
"Tok wan tahu, apa yang menanti kamu di sana tu berat dan menakutkan. Tapi kamu lupa siapa yang ada bersama kamu sekarang? Kamu bukan lagi Maria dari 13 tahun yang lalu. Sekarang, kamu ada kawan-kawan kamu, kamu ada Fiffy, kamu ada Louis, kamu ada kami dan yang paling penting, kamu ada-" jeda Tok Wan dan dia memandang ke arah Hui yang baru masuk ke dalam rumah. "Hurul."
Tok Wan kembali memandang Maria.
"Selesaikan semuanya, and have your happy ending. Villainess deserve a happy ending too." Tok Wan mengukir senyum buat Maria.
Maria terharu dengan kata-kata Tok Wan dan memeluk Tok Wan erat. "Terima kasih, Tok Wan."
Tok Wan menggosok belakang badan Maria.
"Dah-dah pergi balik. Tok wan nak masak untuk keluarga kamu pula ni." pelukan dileraikan.
Maria buat muka. Itulah Tok Wan, bukannya boleh nak lovey-dovey lama-lama. Tsundere!
"Maria, phone kau, charger, handbag dan dompet semua dah ambil?" soal Hui saat dia tiba di ruang tamu dan melihat Maria yang sedang duduk di sofa.
Maria memandang Hui terkebil-kebil. Cuba ingat sama ada dia dah ambil atau belum barang-barang yang disenaraikan oleh Hui.
"Kau belum ambil kan? Sebab semua ni masih ada atas katil masa aku masuk bilik tadi." Kata Hui sambil mengangkat tas tangan milik Maria.
Maria sekadar tersengih. Dia rasa dia dah letak sekali barang-barang itu dengan bagasi di pintu. Rupanya tidak.
"Then, tok wan, kami gerak dulu ya." kata Hui, menyapa Tok Wan di sofa. Tas tangan Maria sudah tersangkut di bahunya.
"Bawa kereta elok-elok." Pesan Tok Wan dan dia bangun dari sofanya. Dia dan Maria jalan beriringan ke pintu.
"Tok Wan, Maria balik dulu ya. Dah sampai nanti, Maria call." Maria menyalami dan mencium kedua pipi Tok Wan. Tok Wan mengangguk sambil matanya memerhati Hui yang sudah berada di hujung tangga.
Hui sedang menyusun kasut untuk Maria pakai nanti dan memandang Maria, menantinya untuk turun.
Tok Wan senyum kemudian menarik Maria kedalam pelukannya.
"Maria, jangan buat Hurul tunggu lama sangat. Orang macam dia tu ramai peminat."
+++
Kata-kata Tok Wan terngiang di telinganya bagai rekorder rosak. Sesekali dia menjeling Hui yang sedang memandu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Love, Maria Anne ✅
RomanceFly High Series Book #1 +++ Dark hair, red lips, pale skin, foxy eyes. The witch. - Maria Anne Chairman Fly High Company ini ada semuanya - karier, kekayaan, kecantikan, keluarga tapi satu benda yang dia kurang; "She's unable to love anyone other th...