"BETUL ke?!" mak uda Amelia tercengang bila mendengar cerita dari Syahira
"Mak uda jangan kuat sangat nanti pak uda dengar macam mana" kata Syahira separa berbisik bukan nanti kang tak pasal-pasal si Ana ni tak boleh keluar rumah pergi taman
"Apa bisik-bisik ni?" sapa suara garau yang menyapa telinga Syahira dan mak uda Amelia
"Eh, pak uda..." Syahira tersenyum serba-salah nak bagitahu ke tidak
"Apa yang dibisiknya?" tanya Komander Syahira dia tahu apa yang berlaku antara Syahira dan Amelia sampai berbisik ni
"Errr" terkelu lidah Syahira nak jawab soalan Komander Syahira
"Hm?" terangkat kening sebelah Komander Syafiq ingin jawapan dari mulut Syahira menarik nafas panjang
"Macam ni sebenarnya..." Syahira menceritakan apa yang jadi pada Komander Syafiq. Muka Komander Syafiq terus berubah jadi tegas dan dingin sampai mak uda Amelia dan Syahira yang mendukung Surhana terus berundur ke belakang perlahan-lahan
"Tunggu!" Komander Syafiq menyuruh Syahira berhenti
"Ya?" Syahira terus berhenti berundur dan mendekati Komander Syafiq
"Terimakasih sebab selamatkan Ana" Komander Syafiq berterima kasih pada Syahira kerana melindungi Surhana dari kena culik
"You welcome Komander Syafiq" senyuman manis Syahira membalas sebagai tanda terima kasih diterima
Di bilik, Syahira sibuk membaca novel sampai tak sedar dah waktu maghrib. Dia mendengar ketukan pintu dari luar bilik.
'Tok!'
'Tok!'
'Tok!'Syahira membuka pintu dan terpampang jelas wajah Mak uda Amelia yang memakai telekung
"Khay dah solat belum?" Tanya Mak uda Amelia. Syahira menggelengkan kepala tanda belum solat lagi
"Kalau belum jom solat berjemaah uda ajak solat berjemaah sekali" kata Mak uda Amelia sejujurnya dia harap Surhana boleh jadi macam Syahira suatu hari nanti
"Ok" Syahira menganggukkan kepala perlahan dan mengambil wudhuk. Memakai telekung dan terus keluar dari berjalan ke arah ruang tamu di mana Mak uda Amelia, Komander Syafiq dan Suruhan sedang menunggu. Mereka berempat terus solat berjemaah. Seusai solat berjemaah dan salam-menyalami
WAKTU malam semua sedang tidur dalam bilik masing-masing kecuali Syahira yang tak dapat tidur kerana mimpi buruk. Dia keluar dari bilik sambil memeluk anak patung ikan lumba-lumba berjalan membuka perlahan pintu bilik Surhana
Dia mendekati katil Surhana yang sedang tidur nyenyak bersama patung pemberiannya sebelum iaitu teddy bear. Syahira duduk di sampingnya yang sedang tidur nyenyak. Syahira mengusap lembut kepalanya.
"Jadi anak yang baik ye Surhana Alesya untuk ibu dan ayah" kata-kata Syahira yang penuh makna tidak didengari olehnya. Syahira membaringkan diri di sebelah Surhana dan menariknya ke dalam pelukan dengan erat
SAAT mak uda Amelia dan Komander Syafiq masuk bilik Surhana untuk mengejut Surhana bangun solat. Mereka tersenyum lebar kerana Syahira disamping Surhana tidur nyenyak
"Abang tengoklah Khay tu..." Mak uda Amelia menunjukkannya pada Komander Syafiq
"Bagus Khay ni dia bagi sikap positif dia pada Ana untuk elak berfikiran negatif walaupun dia tengah ada banyak masalah dalam hidup" Komander Syafiq dan mak uda Amelia memandang Syahira yang masih tidur dalam pelukan Surhana.
Mak uda Amelia dan Komander Syafiq mendekati katil dan mengejut Syahira dan Surhana bangun solat subuh
"Ana, Khay bangun solat subuh" dengan lembut mak uda Amelia menepuk-nepuk lengan Syahira dan Surhana. Syahira membuka mata dan terus duduk dengan senyum perlahan
"Ana bangun solat subuh" Syahira mengejut Surhana dengan lemah lembut. Surhana terus bangun dari tidur. Syahira membawa anak patung ikan lumba-lumba bawa masuk bilik sendiri. Dia terus mengambil air wudhuk untuk sembahyang subuh
Selesai solat subuh berjemaah. Syahira masuk dan membuka telekung. Dia terus berjalan ke bilik dan mandi.
Beberapa minit kemudian, selesai Syahira membersihkan diri. Dia memakai baju yang menutup aurat setelah selesai Syahira memakai pakaian dia keluar dari berjalan terus ke dapur untuk menolong mak uda Amelia
"Bah!"
"Oh, mak kau hijau! Ish Khay ni!" Mak uda Amelia mencubit lengan Syahira sampai mengadu kesakitan
"Adoi" Syahira menggosok-gosok lengan sakit mat kena cubit!
"Mak uda nak Khay tolong tak?" Tanya Syahira dia nak mengurangkan beban mak uda Amelia yang tengah mengandung selama 3 minggu
"Tolong mak uda potong bawang tu boleh?" Mak uda Amelia menunjukkan bawang merah dan putih yang di potong
"Boleh je" kata Syahira dia memotong bawang merah dan putih. Syahira membantu mak uda memasak dan macam-macam untuk sarapan pagi
Selesai melakukan kerja rumah dan membantu meringankan beban mak uda Amelia
"Kak Rara" panggil Surhana pada Syahira yang sibuk membantu mak uda Amelia terus berhenti dan memandangnya
"Ada apa my princess?" Syahira meletakkan sebelah lutut ke bawah seperti ingin melamar
"Kak Rara petang ni ada masa tak?" Tanya Surhana dia nak ajak Syahira temannya pergi main di taman permainan
"Akak tak busy pun petang ni kenapa?" Tanya Syahira dia memandang wajah Surhana yang berseri-seri mendengar perkataan Syahira
"Ana, nak ajak akak pergi main dekat taman boleh?" Tanya Surhana dia mengajak Syahira bermain di taman permainan
"Boleh my princess but kena bagitahu ayah dengan ibu dulu baru boleh pergi" kata Syahira dia tak lupa mengingati Surhana untuk meminta izin dan memberitahu pada Komander Syafiq dan mak uda Amelia sebelum keluar dari rumah
"Ok!" Jawab Surhana dengan teruja
YOU ARE READING
My Lovely Army
ActionKali pertama bertemu kerana mereka berdua sepupu bukan pertalian darah "Hai apa nama nak nombor phone sekali boleh?"-Mikhail Ridzuan "Boleh, nama saya Syahira"-Khayra Syahira Kedatangan Mikhail Ridzuan membuatkan pintu hati Syahira itu terbuka un...