"AYAH..." panggil Surhana dengan lembut seperti menginginkan sesuatu dari ayahnya
"Ya ada apa Ana?" Tanya Komander Syafiq dia terus memandang wajah comel anak daranya
"Ayah boleh tak kalau Ana nak keluar dengan kak Rara?" Tanya Surhana dia ikut apa yang Syahira katakan tadi sebelum pergi mana-mana kena bagitahu ibu atau ayah mana yang Ana nak pergi
"Pergi mana?" Komander Syafiq anaknya dia nak pergi mana dengan siapa
"Keluar pergi taman dengan kak Rara boleh kan ayah?" Surhana membuat muka comel pada Komander Syafiq
"Boleh tak jangan balik lama tau" Komander Syafiq mengingatkan Surhana untuk balik rumah sebelum maghrib
"Ok ayah!" Dengan terujanya Surhana berlari masuk dan mencari SyahiraDI dapur. Syahira dengan mak uda Amelia berborak sambil memasak
"Kak Rara!" Panggil Surhana dengan kuat yang membuat Syahira dan mak uda Amelia memandang ke arah suara tersebut
"Ana jangan menjeritlah ingat awak tu perempuan" tegur Syahira dengan lembut memperingatkan Surhana jangan menjerit kerananya dia ialah seorang perempuan. Mak uda Amelia melirik Syahira dengan tajam'Ceh, kata orang je lebih dia pun sama!' gumam mak uda Amelia dalam hati
"Kenapa mak uda pandang Khay macam tu?" Syahira mula risau takut dia ada buat salah ke
"Khay tak payah nak tegur Ana sangat ye dia pun sama suara pun tak nak kalah! Kuat bukan kemain sampai serak suara tu bagi arahan" bebel mak uda Amelia sampai Syahira pun menggosok-gosok belakang tengkuk
"Hah, kan dah kena batang hidung sendiri" Surhana perlahan mentertawakan Syahira
'Nak nasihat konon dia pun sama dua kali lima' gumam Surhana dalam hati sambil mentertawakan Syahira
YOU ARE READING
My Lovely Army
ActionKali pertama bertemu kerana mereka berdua sepupu bukan pertalian darah "Hai apa nama nak nombor phone sekali boleh?"-Mikhail Ridzuan "Boleh, nama saya Syahira"-Khayra Syahira Kedatangan Mikhail Ridzuan membuatkan pintu hati Syahira itu terbuka un...