Bab 12

23 2 0
                                    

6 Bulan kemudian

TAMAT juga Syahira menjalani latihan asas tentera. 

  "Mak uda!" Syahira berjalan mendekati Mak uda Amelia yang sedang memegang Surhana

   "Ya?" Mak uda Amelia tersenyum lebar melihat anak buah kesayangannya datang mendekatinya.

   "Mak uda sihat?"

   "Ya, mak uda sihat Khay" Syahira mendukung Surhana tak bagi Mak uda Amelia letih sebab menjaga Surhana yang tak reti duduk diam ni

   "Ana duduk diam-diam boleh tak?" Tanya Syahira dengan lemah lembut dia tak suka kalau Surhana menyusahkan Mak uda Amelia

   "Ok"

   "Mak uda, pak uda mana?" Tanya Syahira dia dari mencari kelibat Komander Syafiq yang kejap ada kejap tak ada

   "Pak uda ada je dengan Ridzuan" Kata Mak uda Amelia. Dia memandang wajah Syahira yang begitu prihatin padanya

   "Khay?" Panggil Mak uda Amelia memanggil dengan lembut

    "Ya?"

    "Khay rasakan mak uda ada tak susahkan Khay?" Tanya Mak uda Amelia. Dia tahu Syahira ni jenis hormat orang tua walaupun perangai tu macam lelaki tapi adab dia dengan orang tua itu menampakkan dia memang budak baik

    "Mak uda tak pernah susah Khay pun bukan Khay dah cakap dengan mak uda ke sebelum yang Khay akan jaga Mak uda sampai akhir hayat Khay sebab Khay sayang mak uda macam mak kandung Khay sendiri" kata Syahira dia memang sayang mak uda Amelia macam mana dia sayang arwah Umminya sendiri

    Mata Mak uda Amelia berkaca mendengar ayat Syahira yang ikhlas sayangkannya seperti ibu kandungnya sendiri. Mak uda Amelia memeluknya dan air matanya mengalir di pipinya

   "Mak uda sayang Khay. Khay janji jangan tinggalkan mak uda ya sampai mak uda bersalin?" Syahira menganggukkan kepala dia memang buat apa je asalkan orang dia bahagia walaupun tanpanya

    "Khay janji akan jaga Mak uda sampai mak uda habis pantang" Syahira kalau boleh nak jaga Mak uda Amelia sampai akhir hayatnya tapi dia pun ada keluarga juga. Syahira membalas pelukan Mak uda Amelia

     "Mak uda jangan nangis" Syahira mengesat air mata Mak uda Amelia dengan jarinya
  
     "Khay, tak nak mak uda menangis nanti baby dalam perut tu sedih sebab tengok ibunya menangis tanpa sebab" Syahira sedaya-upaya untuk menghentikan Mak uda Amelia menangis


DI pantai Port Dickson. Syahira dan Mak uda Amelia berjalan-jalan di pinggir pantai. Tiba-tiba ada seorang perempuan datang menjerit pada Syahira

    "Woi betina!" Jerit Haura yang tiada sopan santun langsung padanya

    "Kau nak apa Setan?!" Kata Syahira dengan kuat dia dua kali ganda lagi teruk bila mengamuk

    "Eh, betina aku nak kau jauhi Ridzuan!" Kata Haura sambil memandang Syahira dan Mak uda Amelia dengan sinis

    "Kau kenapa setan pandang mak uda aku macam tu!?" Syahira paling pantang kalau ada yang cuba nak mengejek Mak uda Amelia

    "Kau dengan mak uda kau ni boleh pergi mampuslah sial!" Haura dengan kurang ajarnya langsung menampar Mak uda Amelia dengan kuat

         'Pang!'

    Satu tamparan yang Haura buat dapat membuatkan amukan Syahira menjadi-jadi

    "SIAL KAU!?" dengan cepat Syahira menarik rambut Haura sampai dia jatuh tersungkur depan Mak uda Amelia
 
     "Lepaskan akulah betina!" Terjadilah aksi tampar-menampar dan tarik-menarik

     "Ya Allah, Amelia apa yang berlaku ni sayang?" Tanya Komander Syafiq dia terkejut tengok Syahira mengamuk sampai macam tu

     "Syahira!" Ridzuan dengan cepat meleraikan pergaduhan mereka berdua dan menarik Syahira ke belakangnya

     "Ridzuan tengok perempuan ni!" Rengek Haura sengaja membuat suara manja dekat Ridzuan untuk meraih kembali hati beku bekas kekasihnya itu

     "Apa masalah kau ni Haura?" Tanya Ridzuan dengan dingin. Haura mencebik sinis

      "You, tahukan betina ni cari pasal dengan I tadi" Haura cuba menfitnah Syahira supaya Ridzuan mempercayainya

      "Eh, gila kau kau yang cari pasal dengan aku tadi!" Syahira tak boleh terima kalau ada yang menfitnahnya

      "Enough!" Jerit Ridzuan yang membuatkan mereka berdua terus terdiam. Syahira terus mendekati Mak uda Amelia dengan riak risau

       "Mak uda ok?" Tanya Syahira dia risau sangat takut jadi apa-apa pada Mak uda Amelia

       "Mak uda oklah" Mak uda Amelia mengangkat muka memandang wajah Syahira dengan lembut. Syahira memeluk Mak uda Amelia dengan lembut

       "Mak uda, Khay minta kalau Khay gagal lindungi mak uda" dia takut kehilangan Mak uda Amelia seperti dia kehilangan Umminya kerana kanser jantung tahap 4

       "Khay, tak pernah gagal untuk melindungi mak uda" Mak uda Amelia menahan sebab di dada kerana terharu dengan sikapnya yang sanggup melindungi orang yang dia sayang

       "Khay sayang mak uda sangat-sangat" dia menangis dalam pelukan Mak uda Amelia dia tak kuat menahan tangisan dari tadi

My Lovely ArmyWhere stories live. Discover now