Bab 5

1.4K 57 18
                                    

🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍
Him and I by Hasley

     'Seminggu berlalu'

     Sejak kali terakhir peristiwa hitam dalam hidup Kayla terjadi , kini tiba hari dimana lagi beberapa jam status bujang dia akan berubah kepada isteri orang .

Dia yang berada dalam bilik pengantin merasa pelbagai perasaan yang satu persatu datang kepadanya . Gemuruh dan sedikit takut dengan apa yang akan terjadi di masa akan datang .

"Betul ke apa aku buat ni ?".

Gumam Kayla yang melihat pantulan diri dia di cermin . Gaun putih yang sedikit mengikut lengkuk tubuh badan makeup simple yang tak terlalu menonjol dan sedikit barang perhiasan yang ada pada dirinya.

Badan dipusingkan ke sisi kiri dan kanan untuk melihat bagaimana rupa dia di dalam gaun yang baginya sangat mewah tapi simple.

"Hurm , tak pernah aku pakai dress . Not bad ," terselah senyuman nipis di bibir nya . Mata bersinar menunjukkan dia sangat suka dengan rupa dia di dalam gaun itu .

"Cik Kayla , jom semua dah menunggu ."

"O-oh hurm okey ," Kayla mengikuti langkah pengiringnya ke arah dewan utama di mana lafaz akad nikah akan disebut .

Dia sedikit gugup . Setiap langkah nya terasa berat lagi-lagi dimana sepatutnya hari macam ni daddy dan ibu dia turut mengiring dia ke dalam namun untuk sekarang itu hanya lah angan-angan yang takkan terjadi .

"Majlis kecil , hurmm...tak macam kecil pun ," ujar Kayla apabila dia tiba di gerbang dewan . Dalam 500 lebih tetamu yang datang dari pihak Khalish hampir saja membanjiri dewan yang megah dan mewah ini .

Mata dia melilau mencari sosok seseorang namun hampa . Tiada .

"Apa lagi yang kau harap kan Kayla , terang-terang ibu sendiri kata aku bukan a-anak dia lagi ,"
mata sedikit dipejam cuba menahan sebak . Apa yang dia harapkan ? Ibu dia datang? Tak mungkin . Sejak malam itu , Kayla langsung dah tak nampak batang hidung ibu nya . Call dan mesej dari nya semua diabaikan .

"Dijemput pengantin perempuan untuk naik ke atas pelamin sebelum acara akad nikah dimulakan ."

Terbuka mata Kayla apabila seruan dari pengacara majlis terdengar jelas di telinga dia. Semua mata tertumpu pada nya yang perlahan berjalan masuk menuju ke pelamin.

     Senyuman kecil terukir sepanjang perjalanan dia menuju ke pelamin .

      "H-ha?".

     Secara tak sengaja anak mata dia bertemu dengan anak mata berwarna kelabu Khalish yang tersenyum indah kepada nya.

    'Flasback'

     "Nyawa kau dalam bahaya ."

     "Hell no! Apapun yang kau cakap aku tetap takkan setuju nak kahwin dengan kau . I will defend myself , no need your help ," Kayla berjalan ke arah pintu . Panggilan dari Khalish diabaikan dan langsung tidak menoleh .

     "Lagipun , aku memang tak boleh kahwin dengan kau . You're my target Khalish . We are in diffrent side ," gumam Kayla dalam hati . Walaupun dia sedikit tersentuh dengan tindakan Khalish sewaktu melindungi dia dari amukkan ibu kandung dia , tetap saja itu tidak menolak kenyataan bahawa mereka berdua berada di dua pihak berbeza .

     "Kayla! Wait ," Khalish memegang tangan Kayla yang sudah berada di tombol pintu. Mata memandang wajah Kayla lama .

     "Sekali kau dah terjebak dalam dunia permusuhan aku , nyawa kau akan jadi taruhan dia . So , please i begging you . Terima tawaran aku , lagipun kita tak perlu jadi macam suami isteri yang lain . Aku takkan kacau hal kau asalkan kau jaga nama aku sebagai seorang isteri aku nanti , boleh?" Mata berwarna kelabu merenung ke dalam mata Kayla cuba meruntuhkan satu tembok besar yang ada pada Kayla .

Mia Moglie  (in editing new storyline)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang