Rasa macam nak try tulis dengan cara baru lah ...
Kita try sat ..kalau hampa semua okey , kita keep going cara ni kk?Infected : Sick Kick
Harini ini dah genap seminggu , Kayla berpantang di rumah mertua dia. Cuti Khalish juga , dah habis . Jadi hari ini dia perlu masuk office .
"Good morning mummy , daddy ..."
Khalish turun bersama Kayla mendekati kedua orangtua dia . Sapaan pagi diberi sebelum Dato' Mustafa dan Datin Khalisha tersenyum manis pada mereka .
"Good morning too , kesayangan mummy .." balas Datin Khalisha sambil menuang air kopi di cawan suami dia.
Kayla dituntun duduk di kerusi dengan sangat berhati-hati . Khalish pastikan yang Kayla selesa dengan posisi duduk itu sebelum dia beralih ke kerusi bersebelahan isterinya.
"Sayang nak apa-apa tak? bihun? roti?" soal Khalish lembut. Bihun goreng , roti dan kaya dimeja dikerling sekilas sambil menunggu jawapan dari sang isteri.
"Roti jelah , dengan ais kosong .." balas Kayla dengan senyuman manis di bibir pucat itu.
"Okey kej...
Pap!
"Aargh! mummy ! kenapa pukul tangan anje .." gerutu Khalish apabila baru sahaja dia nak mencapai jug berisi air kosong berais , tangan dia dipukul Datin Khalisha .
Kayla yang sedikit terkejut , hanya menekup mulut dia . Datin Khalisha dan Khalish dipandang bersilih ganti . Mereka berdua saling memberi pandang tajam antara satu sama lain.
"Kamu nak jadi duda awal ke ?! Kayla kan masih berpantang . Jangan buat kerja gila , bagi isteri kamu minum ais time pantang boleh tak?!"
Membulat mata Khalish . Patutlah mummy dia jadi hulk pagi-pagi ni. Dia lupa yang Kayla masih fasa berpantang . Aduh..menempah tiket betul Khalish ni .
"Eh..hehehe sorry . Khalish lupa .." mengekeh Khalish tak bersalah. Tangan naik mengusap belakang tengkuk nya.
"Cari pasal .." geleng Dato' Mustafa . Surat khabar di tangan tetap dibaca tanpa terganggu dengan perbalahan dua beranak itu.
Skip selepas sarapan pagi...
Kayla menunggu di hadapan pintu bersama briefcase suami dia . Khalish yang sedang memakai kasut , dipandang lama.
Khalish bangun dan mendekati Kayla dengan senyuman manis terukir di bibirnya.
"Okey...abang pergi dulu tau . Jangan buat kerja , duduk diam-diam kat rumah okey? nanti abang balik sebelum malam kalau tak busy ..."
Pipi Kayla ditekup sebelum dia beri satu ciuman setiap inci wajah isterinya.
Cup!
Cup!
Cup!
Cup!Kedua pipi , dahi dan berakhir ciuman singkat di bibir Kayla. Kepala Kayla diusap sebelum dia mengambil briefcase dari isterinya.
"Abang ..balik nanti jangan lupa belikan barang yang semalam , Kayla ingatkan tu ye .." ujar Kayla mengingatkan lagi . Tali leher Khalish yang sedikit senget , dibetulkan .
"Okey , mi amore . Tapi kalau abang taktahu , abang nak tanya siapa?"
"Tanya kucing kat situ.."
"Kucing boleh tahu ke ? hmm , lain macam eh kucing zaman sekarang ni . Semua berpelajaran tinggi .."
Kayla memutar bola mata malas . "Aihh, mestilah staff yang kerja kat situ ..abang ni , benda basic pun taktahu ke?"
"Ehhh of course , abang tahu ! emm okey lah abang gerak dulu . Take care ! dada didi dudu !" Khalish bergegas masuk ke dalam kereta sambil melambai tanpa memandang belakang. Malu agaknya hahaha.

YOU ARE READING
Mia Moglie (in editing new storyline)
AcciónSeorang gadis yang dipaksa dewasa dari berumur 8 tahun kini sudah berumur 24 tahun . Akibat dari ketegasan dan kekerasan yang dia terima sewaktu kecil menjadikan dia seorang yang dingin , degil dan tak gentar dengan apapun . "Black Eagle , kita ad...